10 Aktiviti Dalam Rumah Untuk Bayi 1 Tahun. Jom Kita Cuba!

0
827
views

20 aktiviti ini hanya menggunakan barang-barang murah atau terpakai sahaja. Jika anda mencari jalan untuk melatih anak anda dalam kebolehan motor mereka, kami menyenaraikan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda ikuti.

Jom kita lihat!

1. Memasukkan bola pom pom ke dalam tin

pompom-dalam-tin
https://engagingtoddleractivities.wordpress.com/2010/04/28/homemade-toy-pushing-puff-balls/

Anak saya menggemari aktiviti ini. Bola pom pom boleh didapati di kedai-kedai Daiso dengan hanya RM5.30 sepeket. Tin pula anda boleh menggunakan tin-tin susu terpakai atau apa-apa tin penutup lembut supaya mudah ditebuk dan tidak membahayakan anak.

Klik sini untuk lebih info.

2. Papan Felt

http://chasingcheerios.blogspot.com/2008/06/toddler-activity-bags.html
http://chasingcheerios.blogspot.com/2008/06/toddler-activity-bags.html

Jika anda kreatif, maka anda boleh membuat papan felt seperti ini. Kain felt boleh didapati di kedai-kedai atas talian dan juga Daiso.
Klik sini untuk lebih info.

3. Latihan Membutang

Latihan membutang
Latihan membutang

Idea yang mudah dibuat. Anda cuma perlukan butang, riben tebal dan kain felt berwarna-warni.

4. Aktiviti Menguli dan Menekap

Menguli dan Menekap
Menguli dan Menekap

Mudah! Aktiviti ini meningkatkan kebolehan motor anak anda. Walaupun anda boleh menggunakan Play-doh untuk aktiviti ini, tetapi anda juga boleh membuat adunan sendiri dengan menggunakan tepung dan pewarna makanan.
Pilihan Lovebaby: Play-doh Starter Set

5. Permainan Pipe Cleaner

pipe-cleaner
https://engagingtoddleractivities.wordpress.com/2010/05/14/increased-difficulty-to-pipe-cleaner-toy/

Permainan ini juga meningkatkan kebolehan motor anak anda. Anda hanya memerlukan pipe cleaner yang boleh didapati di kedai Daiso dan mana-mana tip penutup lembut.

6. Kad Sulaman

http://totschool.shannons.org/make-your-own-lacing-cards/
http://totschool.shannons.org/make-your-own-lacing-cards/

Tingkatkan daya fokus anak anda dengan aktiviti ini. Tetapi bagi saya aktiviti ini lebih sesuai untuk bayi 18 bulan ke atas.
Klik sini untuk cara-cara membuatnya.
Pilihan Lovebaby: Disney Princess Wooden Lacing Cards

7. Ikan Magnet

Ikan Magnet
Ikan Magnet

Mudah untuk di buat. Anda hanya memerlukan sebatang pensel, sebiji magnet, benang kait, klip kertas dan kain felt. Jika anda seperti saya, seorang pengumpul fridge magnet, pastinya ada sebiji dua yang boleh dikorbankan atau anda boleh membeli magnet di Daiso atau kedai pekakasan logam.
Pilihan Lovebaby: Two Pole Magnetic Fishing

8. Span Mandi

http://frogsandsnailsandpuppydogtail.com/sponge-bath-activity-easy-and-fun/
http://frogsandsnailsandpuppydogtail.com/sponge-bath-activity-easy-and-fun/

Jika anda mencari aktiviti yang menyeronokkan ketika mandi, ini satu idea yang menarik. Span mandi seperti ini banyak banyak di jual di kedai-kedai bayi.

9. Mencedok Bola Dalam Air

http://thetraindriverswife.com/2014/09/05/toddler-water-ball-scoop/
http://thetraindriverswife.com/2014/09/05/toddler-water-ball-scoop/

Jika anda tidak kisah dengan kebasahan, apa kata cuba aktiviti ini? Tidak perlulah mengisi air sehingga penuh. Cukup sehingga bola-bola ini terapung sedikit bagi memudahkan anak anda menceduk. Alatan menceduk pula anda boleh menggunakan senduk dah penapis sahaja.

10. Kadbod Tisu Dapur

kadbod-tisu-dapur
Kadbod Tisu Dapur

Semua pasti menggunakan tisu dapur. Jika tisunya sudah kehabisan, anda boleh menggunakan gulungan kadbod tersebut untuk aktiviti ini. Lekatkan kadbod tersebut di dinding, letakkan bekas di bawahnya dan bayi anda boleh menjatuhkan bola pom-pom dan sebagainya.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here