10 Tanda-tanda Awal Kehamilan. Klise! Tetapi Ramai Yang Masih Tidak Sedar.

3
25
views

Pernah dengar rancangan realiti tv yang bertajuk “I didn’t Know I Was Pregnant”? Ramai yang bertanya – Aik? Mengandung pun tak tahu? Namun, tak semua mengalami tanda-tanda yang sama ketika mengandung. Tahukah anda sesetengan wanita masih mengeluarkan darah setiap bulan walaupun mengandung? Kadang kala jika anda tiba-tiba merasakan dalam hati sahaja juga merupakan tanda-tanda awal. Jika anda tidak melakukan perancangan keluarga maka tidak salah jika menyimpan kit kehamilan di rumah. Tambahan lagi ada kit kehamilan yang tidaklah begitu mahal. Ada yang serendah RM5 sahaja.

BACA : Alahan Semasa Hamil : Informasi dan Tips Cara Mengatasi

Mari kita lihat tanda-tanda awal kehamilan. Nampak macam klise sahaja, tetapi masih ramai yang terlepas pandang.

1. Mengidam

Anda mungkin tiba-tiba sahaja teringin yang amat sangat untuk memakan sesuatu. Ada kajian mengatakan mengidam mungkin salah satu cara badan kita memberitahu ada sesuatu zat yang tidak cukup di dalam badan kita. Namun jangan hanya bergantung kepada tanda ini. Jika anda ada mengalami tanda-tanda lain seperti di dalam senarai ini, dapatkanlah kit kehamilan dan kira hari bermula dari hari pertama kali terakhir anda datang bulan.

2. Payudara melembut dan membengkak

Ini terjadi kerana penambahan aliran darah ke payudara akibat daripada peningkatan hormon. Ini menyebabkan payudara anda sensitif kepada sentuhan. Namum begitu, apabila anda sudah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesaitan akan hilang.

3. Areola menjadi gelap

Salah satu tanda awal yang akan anda perasan adalah areola anda semakin gelap. Ini terjadi akibat daripada peningkatan hormon kehamilan sebagai persediaan untuk menyusukan bayi nanti. Tetapi ini juga tanda ketidakseimbangan hormon. Mungkin anda juga perlu memerhatikan tanda-tanda lain untu kepastian.

4. Pendarahan ringan

Apabila anda mendapati ada pendarahan ringan dalam 5 hingga 10 hari selepas bersama ada kemungkinan ini adalah akibat daripada implantasi. Kadang kala pendarahan ini diikuti dengan kekejangan perut yang ringan. Implantasi adalah keadaan di mana telur yang telah disenyawakan terbenam ke lapisan endometrium.

5. Selalu membuang air kecil

Apabila anda hamil, badan anda mengeluarkan hormon yang di panggil sebagai hCG. Hormon ini mengakibatkan anda selalu membuang air kecil. Selalunya keadaan ini berlaku dalam minggu kedua atau ketiga. Hormon ini juga hadir di dalam air kencing anda yang menyebabkan tanda 2 garis pada kit kehamilan anda.

6. Keletihan

Keletihan yang melampau! Badan anda sedang membuat persiapan untuk bayi anda. Oleh itu banyak tenaga diperlukan untk proses tersebut. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan anda mungkin memerlukan masa untuk tidur sebentar di tengahari.

7. Deria bau lebih sensitif

Seperti mempunyai kuasa baru apabila hidung anda lebih sensitif daripada biasa. Anda mungkin tidak tahan dengan bau-bau tertentu yang sebelum ini langsung tidak mengganggu anda. Tidak semua wanita mengalami keadaan yang sama. Ada juga yang merasa sedikit payau di tekak.

8. Mabuk pagi

Sesetengah wanita amat bertuah kerana langsung tidak mengalami masalah ini sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi seorang wanita boleh mengalami mabuk kehamilan seawal 2 hari selepas telur disenyawakan. Ia tidak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja, boleh sahaja berlaku pada waktu petang dan malam.

9. Kembung

Ini berlaku kerana hormon progesterone merehatkan otot-otot anda menyebakan usus anda bekerja dengan perlahan. Maka, makanlah sedikit-sedikit tetapi selalu untuk menangani masalah ini.

10. Tidak datang haid

Jika selama ini haid anda teratur dan secara tiba-tiba terlambat. Maka dapatkanlah kit kehamilan dengan segera untuk kepastian. Ini adalah tanda kehamilan yang paling pasti bagi setiap wanita.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here