12 Mainan DIY Untuk Anak Anda. Hobi Yang Menyeronokkan!

0
12
views

12-diy-mainan

Sebelum ini kami ada memaparkan satu artikel bertajuk Senarai Lengkap Permainan Kanak-Kanak 1 Hingga 5 Tahun. Terdapat seorang pembaca memberi cadangan tentang permainan DIY. Kali ini kami ingin menyenaraikan permainan DIY yang bukan sahaja seronok dibuat malah boleh dijadikan sebagai hobi.

  1. Blok dan velcro – Mudah sahaja. Apa yang anda perlukan ialah velcro dan blok yang kedua-duanya saya kira boleh didapati di Mr DIY atau Daiso.
  2. Busy board – Busy board ini sentiasa dalam checklist saya. Tetapi saya tidak pasti jika mengajar anak-anak kecil membuka selak pintu adalah satu cadangan yang baik. Mungkin anda boleh menggantikannya dengan alatan yang lain.
  3. Permainan dari tiub tisu gulung – Simpan tiub-tiub tisu dapur untuk membina laluan seperti gambar di atas. Mudah tetapi menyeronokkan!
  4. Kit lego – Kit ini untuk mengisi masa anak-anak ketika dalam perjalanan.
  5. How-Are-You-Feeling-Today – Belajar mengenai emosi dengan kraf ini.
  6. Kotak Shape Sorter – Jika anda mempunyai kotak besar yang tidak tahu jika mahu dibuang atau simpan, anda boleh menjadikan permainan ini untuk si kecil.
  7. Permainan Memancing – Menarik dan menyeronokkan. Malah anda juga boleh bermain bersama. Lagi ramai lagi seronok!
  8. DIY Mainan Musikal – Kanak-kanak sukakan mainan musikal. Mungkin sedikit cerewet pembuatannya.
  9. Dapur DIY – Anak anda suka bermain masak-masak? DIY sahaja. Dengan cara ini, mainan juga tidak bersepah dan mudah disimpan semula. Bijak!
  10. Mainan dari kotak kasut – Kotak kasut ada banyak kegunaan. Bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan barang malah boleh juga diubah menjadi mainan.
  11. Mainan dari kotak kadbod – Mainan dari kotak kadbod. Jika anda tidak tahu apa yang boleh anda lakukan dengan kotak-kotak yang berlebihan. Nah! Ini satu idea. Eh! Banyak idea. Hehe.
  12. Patung Stokin – Anda suka menjahit? Bagaimana dengan anak patung stokin ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here