12 Perkara Penting Sebagai Persediaan Bersalin. #7 Wajib Dibuat.

1
57
views

Kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman bersalin pertama kali. Walaupun bukan pertama kali mengandung, namun kali ini adalah kehamilan yang berjaya. Oleh sebab yang demikianlah penulis menunggu sehingga bulan ke-4 barulah mula menyenaraikan perkara-perkara yang perlu di lakukan sebagai persediaan bersalin. Akibatnya, penulis terpaksa mengambil kelas antenatal pada minggu ke 37 kehamilan kerana melengahkan masa. Sebenarnya sangat merugikan! Kerana dalam kelas inilah penulis belajar cara untuk tidur secara baring dan cara untuk bangkit dari pembaringan. Ya… saya terpaksa tidur duduk ketika sudah sarat kerana kurang ilmu!

Berdasarkan pengalaman pertama kali bersalin, penulis menyenaraikan perkara-perkara penting yang mesti dibuat sebelum menyambut bayi anda. Senarai ini adalah bagi membantu para ibu yang pertama kali mengandung.

Ada 12 perkara yang mesti dilakukan oleh ibu mengandung sebelum bersalin :

1. Mengenalpasti lokasi kelahiran

Perkara pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti di mana anda ingin melahirkan bayi anda. Adakah lokasinya berdekatan dengan rumah atau berdekatan dengan pejabat tempat anda bekerja? Bagaimana pula dengan keadaan lalu lintas? Adakah jalan ke sana selalu mengalami kesesakan?

Tip dari pengalaman penulis:

Jika anda bekerja, cuba berbincang dengan majikan anda untuk bekerja dari rumah pada minggu-minggu terakhir kehamilan. Oleh itu kenal pasti hospital yang berdekatan dengan rumah anda. Kenal pasti jiran-jiran baik yang berdekatan yang boleh membawa anda ke hospital jika anda bersendirian di rumah.

2. Bajet/Insuran

Bagaimana pula dengan bajet anda? Adakah anda mempunyai insurans sendiri atau majikan anda boleh membiayai kos tersebut.

Anda juga harus menyediakan lebihan wang kerana walaupun anda merancang untuk bersalin secara normal, tetapi anda tidak dapat menjangkakan sekiranya anda perlu menjalani pembedahan.

Pastikan anda bertanyakan tentang pakej-pakej bersalin yang disediakan oleh pihak hospital pilihan anda.

3. Kemudahan hospital

Pastikan hospital yang anda pilih menyediakan kemudahan lengkap jika berlaku kes kecemasan seperti kelahiran pramatang atau lemas.

Selain daripada itu anda juga perlu berikan perhatian kepada wad bersalin, bilik bayi, penyediaan makanan jika anda harus bermalam, adakah anda boleh membawa sesiapa untuk menemani dan sebagainya.

4. Kelas antenatal

Jika boleh, ikutilah kelas antenatal di hospital pilihan anda. Ini kerana selalunya anda akan dibawa melawat tempat-tempat seperti wad bersalin dan bilik bayi selain anda berpeluang mengenali jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang ada di hospital tersebut.

Di dalam kelas ini, anda akan didedahkan dengan topik-topik seperti cara pemakanan ketika hamil, cara senaman ibu mengandung, penjagaan bayi baru lahir dan penjagaan ibu selepas bersalin.

Tip dari pengalaman penulis:

Pastikan membuat tempahan beberapa bulan awal kerana tempat selalunya terhad.

5. Persediaan penyusuan ibu

Jika anda bercadang untuk memberi susu badan sepenuhnya. Pastikan anda mencari maklumat secukupnya.

Penyusuan pada jam pertama amat penting kerana susu ibu yang pertama mengandungi kolostrom yang penting untuk bayi. Ia juga dapat meransang penghasilan susu ibu dengan lebih baik.

Tip dari pengalaman penulis:

Sediakan barang-barang keperluan seperti breastpump, botol simpanan susu, nursing bra dan nursing pad. Adakalanya susu ibu sukar untuk keluar maka gunalah breastpump untuk menggalakkan pengeluaran.

6. Melengkapkan diri dengan ilmu bersalin

Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang tanda-tanda awal kelahiran supaya anda boleh bersedia dengan lebih tenang.

Secara rumusannya, tanda-tanda awal kelahiran adalah seperti berikut:

– Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, seolah-olah senggugut.
– Anda boleh lihat sedikit darah seperti lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah.
– Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
– Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Berbincanglah dengan doktor anda tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya tanda-tanda awal ini berlaku.

Tip dari pengalaman sendiri:

Jika anda tidak mempunya buku rekod kesihatan, anda berada dalam trimester ketiga dan anda dikehendaki berjalan jauh untuk seketika, pastikan anda meminta doktor anda membuat satu surat yang menyatakan tentang kondisi kandungan anda. Bawalah surat ini kemana-mana supaya jika  berlaku apa-apa kecemasan mudah untuk pakar perubatan membuat rujukan dengan cepat.

7. Doa dan surah amalan

Antara surah yang bagus untuk diamalkan:

  1. Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat daya ingatan
  2. Ayat Kursi
  3. Surah Maryam – untuk memperoleh anak yang sabar dan tabah
  4. Surah Luqman – untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
  5. Surah Yusuf – untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
  6. Surah Al-Anbiya – ayat 87 (doa nabi yunus)
  7. Surah ‘Abasa – ayat 20 dan ayat 35
  8. Surah Al-Ahqaaf – ayat 35
  9. Surah An-Naziat – ayat 46
  10. Surah An-Nahl – ayat 78 hingga 80 – untuk memperoleh anak yang berdisiplin

Selain daripada itu selalu amalkan berzikir dan berdoa kepada Allah penting untuk mententeramkan jiwa dan memupuk kesabaran ketika sakit melahirkan kelak.

8. Kelengkapan bayi

Apabila anda telah mencapai usia kandungan 7 bulan, maka mula membeli barangan bayi. Senarai kelengkapan bayi boleh didapati di link ini.

Senarai Barang Keperluan Bayi

Seeloknya beli terlebih dahulu barangan yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan.

9. Kelengkapan berpantang

Sebagai persediaan bersalin, kenal pasti siapa  tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin sama ada berpantang di rumah sendiri atau di kampung anda nanti.

Jika anda ingin membeli set bersalin, dapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman. Selain daripada itu terdapat banyak review online yang boleh dijadikan rujukan anda. Selalunya set bersalin adalah dalam linkungan RM200- RM300. Tetapi ada sesetengah jenama yang membenarkan anda memilih produk-produk tertentu sahaja mengikut kepentingan.

11. Beg bersalin

Sediakan beg bersalin anda sebaik sahaja kandungan anda mencecah 7 bulan. Senarai barang-barang yang perlu ada di dalam beg tersebut boleh di dapati di link ini.

 Checklist Beg Bersalin

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here