15 Tip Mengajar Anak Menggunakan Tandas

2
58
views

Mungkin anda sedang bertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk mengajar anak menggunakan tandas dan tidak lagi menggunakan lampin.

Jawapannya, tiada umur yang khusus. Ada yang bermula ketika berumur 1 setengah tahun dan ada yang bermula setelah 2 tahun setengah. Ada yang berpendapat setelah anak anda boleh bercakap kerana itu akan memudahkan proses peralihan.
BACA: Mama! Jangan stress sangat okay? Luang sedikit masa untuk melakukan aktiviti berikut.

Apa pun jawapannya, bagaimana pula langkah seterusnya untuk mengajar?

Berikut adalah tip-tip untuk mengajar anak anda menggunakan tandas:

Bahagian pertama

1. Perkara pertama yang anda perlukan ialah kesabaran. Biasalah, diperingkat awal pasti ada ‘kemalangan’ kecil yang akan berlaku.
2. Untuk permulaan, jangan gunakan lampin pada siang hari.
3. Selepas mandi, pesan pada mereka agar memberitahu anda jika terasa mahu kencing.
4. Terapkan perasaan malu pada anak kerana masih menggunakan lampin walaupun dah besar.
5. Seterusnya, tetapkan masa setiap 30 minit ke 1 jam untuk membawa anak anda ke tandas untuk beberapa hari. Ini mungkin berlanjutan sehingga seminggu.
6. Sebelum anak tidur siang, pastikan mereka ke tandas terlebih dahulu.
7. Jika anak anda sudah pandai memberitahu jika mereka mahu kencing atau berak, berikan mereka ganjaran.
8. Jika anda mendapati anak anda tidur agak lama pada waktu siang, kejutkan mereka setelah 1 jam untuk membuang air.
9. Pastikan anak anda benar-benar sukses pada siang hari sebelum meneruskan melanjutkan proses ke malam hari. Ini bermakna anak anda sudah boleh ke tandas dengan sendirinya.
10. Jika anda berada dalam perjalanan ke mana-mana, jangan lupa untuk singgah ke tandas awam mengikut tempoh yang anda sudah tetapkan dengan anak anda.

Bahagian kedua

1. Untuk langkah seterusnya, pastikan mereka membuang air terlebih dahulu sebelum tidur di malam hari.
2. Pada peringkat ini, ajar anak anda untuk tidak memakai lampin pada waktu malam.
3. Jika anak anda masih menyusu, kejutkan dia selepas 1 jam untuk ke tandas.
4. Kemudian, kejutkan lagi selepas 2-3 jam untuk membuang air sekali lagi.

Membuang air besar

Dalam kes ini, anda perlu memerhatikan tanda-tanda bila masa untuk membuang air besar. Mungkin terkentut, tiba-tiba menyangkung dan sebagainya.
Kalau anda ternampak akan situasi yang demikian, cepat-cepatlah bawa anak anda ke tandas.
Pada mulanya mungkin anak anda tidak mahu ditinggalkan bersendirian di dalam tandas, mungkin anda perlu menunggu bersama-sama.
Mungkin anda perlu menukar posisi dari tandas duduk ke mencangkung di lantai jika anda mendapati anak anda masih tidak membuang air besar lagi.

Rujukan:
http://farahwahida22.blogspot.my/2011/03/mengajar-anak-menggunakan-tandas-potty.html
https://www.facebook.com/momsfavshop/posts/496582843738178
http://www.makchic.com/tag/potty-training/
http://www.parents.com/toddlers-preschoolers/potty-training/tips/potty-training-tips/#page=1

Previous article6 Cara Mendapatkan Pendapatan Sampingan
Next articleSenarai Lengkap Permainan Kanak-Kanak 1 Hingga 5 Tahun
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here