15 Idea Menarik Untuk Kek Harijadi Si Kecil. #6 Paling Mudah dan Menarik!

0
39
views

Kami di lovebaby sangat menyokong DIY. Maklumlah zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Jika kita boleh berjimat dan simpan duit yang dijimatkan itu untuk kegunaan masa sesak apa salahnya. Kita tak tahu bila kita berada dalam keadaan kecemasan kan? Tip yang hendak di kongsi kali ini ialah tip mendekorasi kek harijadi anak anda. Mahu memesan kek berdekorasi sudah semestinya memerlukan duit.

BACA : 12 Mainan DIY Untuk Anak Anda. Hobi Yang Menyeronokkan!

Anda ada masa terluang? Anda ingin membuat sendiri kek tetapi tidak tahu cara untuk mendekorasi? Jangan risau! Tidak perlu pening-pening lagi. Kami menyenaraikan 11 idea menarik untuk mendekorasi kek yang mudah. Jom kita cuci mata dan cari idea.

 

Pre Order

1. Kek Aquarium Ikan

Nampak pun senang. Hanya perlu sapukan frosting bewarna biru untuk air, frosting hijau untuk rumput rumpai dan jeli berbentuk ikan. Sangat mudah! Anda hanya perlukan :

  • Bahan-bahan untuk membuat kek instant
  • Buttercream Icing
  • Pewarna
  • Jeli ikan
  • Bebola Dekoratif

Cara-cara membuatnya sila klik di sini.

2. Kek Belon Icing

kek-belon-icing

Tidak perlu bersusah payah untuk melukis di atas kek. Anda hanya perlu ratakan frosting di atas biskut berbentuk bulat dan susun di atas kek. Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan membuat kekPewarna makanan
  • Wafer perasa vanilla
  • Likoris merah atau hitam untuk tali

Untuk cara-cara membuatnya klik di sini.

3. Kek Si Kura-Kura Hijau

kek-kura-kura

Kek berbentuk haiwan pasti memikat si kecil untuk harijadinya. Apa kata anda cuba membuat kek kura-kura hijau ini. Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kek instant
  • Frosting vanilla
  • Pewarna makanan hijau
  • Frosting coklat
  • Gula bebola hijau
  • Likoris tali merah
  • Likoris tali hijau

Untuk cara-cara ntuk membuatnya klik di sini.

4. Kek Sprinkle Warna-Warni

sprinklecake2-1024x1024

Alamak mudahnya menghias kek dengan sprinkle berwarna-warni. Bukan sahaja cantik tetapi ceria sekali.   Bahan-bahan

  • Sebiji kek
  • Frosting vanilla
  • Sprinkle warna-warni

Untuk cara-cara membuatnya klik di sini.

5. Kek Musang Oren Yang Comel

13-diy-fox-cake

Sekiranya anda masih ingin membuat sesuatu yang hebat tetapi kurang pengalaman dan idea, apa kata cuba buat dekorasi seperti ini. Anda boleh belajar membuat fondant mudah sekali dalam masa yang sama. Bahan-bahan

  • Kek 2 lapis atau kek setebal 8 inci yang di potong 2
  • Buttercream vanilla
  • Pewarna oren
  • Fondant hitam
  • Fondant putih
  • Tepung jagung

Alat-alat

  • Spatula atau butter knife (boleh dapatkan di sini)
  • Beg piping (boleh didapati di sini)
  • Lidi sate

Untuk cara-caranya sila klik di sini.

6. Kek Umur Yang Mudah

kek-umur

Juga variasi dekorasi kek dengan hanya menggunakan sprinkle. Cuma kali ini anda memerlukan acuan biskut berbentuk nombor untuk dekorasi nombor di atas kek.   Bahan-bahan

Untuk cara-cara membuatnya sila klik di sini.

7. Kek Construction Site

construction

Nampak hebat kan? Tetapi mudah sahaja caranya. Hancurkan biskut oreo untuk efek seperti tanah yang telah di gali. Jika anda tidak mahu membuat fondant untuk kon oren tersebut, boleh sahaja gunakan mainan. Bahan-bahan

  • Sebiji kak
  • Buttercream perisa pilihan
  • Biskut Oreo
  • Gula-gula berbentuk batu
  • Fondant oren
  • Traktor mainan (boleh didapati di sini)

Untuk cara-cara membuatnya sila klik di sini.

8. Kek Belon Mudah dan Menarik

balloon-cake

Belon di atas kek? Comelkan? Bahan-bahan

  • Kek
  • Frosting putih
  • Lidi satay
  • Belon kecil (boleh didapati di sini)
  • Riben (boleh didapati di sini)

Lagi dekorasi mudah seperti ini klik di sini.

9. Kek Kapal Layar

birthday-cake-pirate-ship-477_0
Budak lelaki pasti gembira dengan kek berbentuk kapal ini. Untuk cara-caranya sila klik di sini.

10. Kek Lilin Berbentuk

enhanced-buzz-1186-1366057098-3
Kalau selalunya jumlah lilin di letak mengikut umur. Kali ini kita susun mengikut bentuk nombor pula. Pun menarik jugakan?

11. Kek Teng-Teng oops! Hopscotch!

polkadot_cake_xl
Sila lihat di sini untuk cara-caranya.

12. Kek Aiskrim Oreo

kek-aiskrim

Bahan-bahan:

  • Biskut Oreo
  • Aiskrim
  • Krim putar

Untuk cara-caranya sila ikuti pautan ini.

13. Kek Pelangi

rainbow

Bahan-bahan:

  • Mentega untuk dulang pembakar
  • Campuran tepung untuk membuat kek
  • Frosting perisa vanilla
  • M&M atau Smartie pelbagai warna untuk membuat pelangi

Untuk cara-cara pembuatannya sila lihat pautan ini.

14. Atau mungkin kek simple yang ditaburicoklat kegemaran anak anda

chocolate-frosting

Bahan-bahan:

  • 2 1/4 butter
  • 3 cawan gula
  • 6 biji telur gred A
  • 1 cawan krim masam (sour cream)
  • 1 1/2 sudu kecil perasa vanila
  • 1 biji lemon
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking soda

Bahan-bahan untuk frosting:

  • 24 ounce cip coklat
  • 1 1/2 heavy cream
  • 2 sudu besar light corn syrup
  • 1/2 sudu kecil perasa vanilla
  • 4 sudu besar unsalted butter
  • Kandi coklat untuk hiasan

Untuk cara-caranya sila lihat pautan ini.

15. Kek Comel Berbentuk Ikan

cupcake-fish

Bahan-bahan:

  • Campuran tepung untuk membuat kek
  • Air, minyak sayuran dan telur seperti yang diperlukan untuk membuat kek
  • Frosting vanilla
  • Pewarna makanan – Ungu dan merah jambu
  • Marshmallow
  • M&M berwarna biru
  • Cheerios

Untuk cara-caranya yang lengkap sila ke pautan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here