23 Resepi Berpantang Yang Mudah, Ringkas dan Sedap. 2 hingga 5 Bahan Sahaja!

0
6
views

resepi-pantang

Setelah sekian lama kami ingin menyenaraikan resepi berpantang yang sedap. Akhirnya hari ini kami ingin berkongsi resepi-resepi yang mudah, ringkas dan pasti menyelerakan. Yang pasti resepi-resepi ini juga boleh dimasak oleh suami-suami yang menjaga isteri dalam pantang.

Bahan asas yang diperlukan:

Bahan-bahan ini perlu disiapkan terlebih dahulu kerana kebanyakan masakan akan memerlukan bahan-bahan ini.

  1. Garam
  2. Gula
  3. Lada hitam
  4. Kunyit
  5. Asam keping
  6. Air
  7. Minyak masak

Selain daripada itu perlu diketahui jenis-jenis ikan yang boleh dimakan:

  1. Kembong
  2. Selar
  3. Tenggiri
  4. Merah
  5. Ikan bilis
  6. Siakap

Boleh juga diselang selikan dengan hati lembu, daging dan ayam.

Yang pasti elakkan makanan yang boleh mendatangkan kegatalan dan sayuran yang sejuk.

2 Bahan

Resepi #1: Ikan masin lada hitam

Bahan-bahan:

  1. Ikan masin digoreng tanpa minyak
  2. Lada hitam

Cara-cara:

  1. Tumbuk kesemua bahan tadi dan jika mahu boleh ditambah dengan perahan limau
  2. Gaul sehingga mesra
  3. Hidangkan

3 Bahan

Resepi #1: Ikan bakar

Bahan-bahan:

  1. Ikan (kembung/selar/merah/tenggiri)
  2. Kunyit
  3. Lada hitam

Cara-cara:

  1. Selepas ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam, kunyit dan lada hitam
  2. Bakar ikan di dalam pemanggang

Resepi #2: Daging goreng kunyit

Bahan-bahan:

  1. Daging lembu dihiris nipis
  2. Bawang besar dipotong bulat
  3. Kunyit hidup ditumbuk

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan garam dan kunyit hiudp selama 20 minit
  2. Kemudian, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali bersama sedikit air
  3. Rebuskan daging sehingga empuk
  4. Masukkan bawang besar yang telah dipotong (boleh juga diletak lada merah dan lada hijau)
  5. Kacau sehingga rata sehingga kesemuanya cukup masak

4 Bahan

Resepi #1: Ikan tenggiri kering

Bahan-bahan:

  1. 1 keping ikan tenggiri kering
  2. Hirisan halia
  3. 2 biji lada besar
  4. 1/2 biji bawang besar dihiris

Cara-cara:

  1. Gorengkan ikan dengan hirisan halia.
  2. Keluarkan ikan dan tumbuk dengan lada besar yang dipotong dan bawang tetapi jangan terlalu hancur.
  3. Hidangkan.

Resepi #2: Sambal tok-tok lada hitam

Bahan-bahan:

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Ikan bilis
  4. Lada hitam

Cara-cara:

  1. Goreng dan layurkan bahan-bahan di atas
  2. Setelah kesemuanya layu tumbuk kesemuanya dan tambah sedikit garam
  3. Hidangkan

Resepi #3 : Steam ikan

Bahan-bahan:

  1. Ikan
  2. 2 halia (dihiris)
  3. 1 biji tomato (dibelah 4)
  4. Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara:
1. Letakkan halia yang dihiris dengan jumlah yang agak banyak,tomato yang dipotong,daun sup dan sedikit garam di atas ikan.
2. Steam sampai ikan masak.

Resepi #4 : Ikan bilis kunyit

Bahan-bahan:

  1. 50 gm ikan bilis (digoreng)
  2. 20 gm ibu kunyit
  3. 2 sudu kecil lada hitam
  4. Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam
  2. Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman

Resepi #5: Ikan bilis daun kari

  1. 50 gm ikan bilis (digoreng)
  2. 1 genggam daun kari
  3. 2 ulas bawang merah (dihiris)
  4. 2 ulas bawang putih (dihiris)

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
  2. Masukkan pula daun kari dan ikan bilis.
  3. Goreng seketika dan angkat.

5 Bahan

Resepi #1: Ikan masak singgang

Bahan-bahan:

  1. Ikan (selar/kembong/tenggiri)
  2. Kunyit hidup
  3. Lengkuas
  4. Bawang putih
  5. Asam keping

Cara-cara:

  1. Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air.
  2. Didihkan.
  3. Bila sudah mendidih dalam tempoh yang agak lama, masukkan ikan. Perasakan dengan garam.
  4. Padamkan api apabila ikan sudah masak.
  5. Hidangkan.

Resepi #2: Sup lobak putih

Bahan-bahan:

  1. Bawang putih – hiriskan
  2. Bawang merah – hiriskan
  3. Lobak putih – dipotong
  4. Ikan bilis yang telah dikupas dan dibersihkan
  5. Lada hitam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  2. Setelah naik bau, masukkan pula ikan bilis dan tumis selama 1 minit.
  3. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan lobak putih dan sesudu kecil lada hitam.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Bila lobak sudah empuk. tutupkan api dan hidangkan.

Resepi #3: Tenggiri goreng halia

Bahan-bahan:

  1. Ikan tenggiri yang sudah dipotong dan dibersihkan
  2. Bawang merah – hiriskan
  3. Bawang putih – hiriskan
  4. Halia – hiriskan
  5. Kunyit

Cara-cara:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit
  2. Gorengkan ikan tadi dengan minyak yang sedikit
  3. Keluarkan ikan dan gunakan minyak yang sama untuk menggoreng bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
  4. Setelah bahan-bahan tadi naik bau masukkan ikan dan goreng bersama seketika beserta sedikit air

Resepi #4 : Daging lada hitam
Bahan-bahan:

  1. 250gm daging lembu – hiris nipis
  2. 1 biji bawang besar (Dihiris)
  3. 5 biji bawang putih (Dicincang halus)
  4. 1 sudu besar lada hitam
  5. 1 sudu besar kicap manis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Gorengkan daging hingga agak garing dan angkat.
3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan daging,lada hitam,kicap dan garam.
5. Kacau rata sebelum diangkat.

Resepi #5 : Ayam masak bijan

Bahan-bahan:

  1. Ayam
  2. Minyak bijan
  3. Kicap manis
  4. Bijan goreng
  5. Halia tua – hiris

Cara-cara:

  1. Goreng ayam terlebih dahulu
  2. Dalam kuali yang lain tumis halia yang dihiris dengan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi
  3. Kemudian, masukkan 2 sudu besar minyak bijan dan masukkan kicap manis.
  4. Kacau sehingga mesra kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

 Resepi #6 : Ikan tenggiri masak asam

Bahan-bahan:

  1. 3 ketul ikan tenggiri
  2. 1/2 cawan air asam jawa
  3. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  4. Halia
  5. 3 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan bersama air dan didihkan di atas api perlahan
  2. Apabila kuah menjadi agak pekat dan ikan masak, tutupkan api
  3. Hidang

Resepi #7 : Ikan tenggiri bakar

Bahan-bahan:

  1. 2 ketul ikan tenggiri
  2. 1/2 cawan air asam jawa
  3. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  4. Halia
  5. 3 biji bawang merah dihiris

Cara-cara:

  1. Perapkan ikan tenggiri bersama garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu
  2. Bakar ikan tenggiri sehingga masak
  3. Sebagai pencicah, campurkan air asam jawa, lada hitam, halia, bawang merah berserta garam dan gula secukup rasa
  4. Hidangkan bersama ikan yang dipanggang

Resepi #8 : Ikan siakap bakar

Bahan-bahan:

  1. Seekor ikan siakap
  2. 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  3. 1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
  4. 2 sudu besar sos tiram
  5. Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara :

  1. Bersihkan ikan siakap.
  2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
  3. Panggang sehingga masak.
  4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.

Resespi #9 : Ayam masak halia

Bahan-bahan:

  1. Setengah kg ayam
  2. 5 ulas bawang putih – diketuk
  3. 3 biji bawang besar – dipotong
  4. 2 inci halia – hiris halus

Cara-cara:

  1. Potong dan bersihkan ayam dan ketepikan
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram
  4. Masukkan air (500ml) dan ayam kemudian tunggu sehingga mendidih
  5. Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat

Resepi #10 : Sawi tumis air

Bahan-bahan:

  1. Seikat sawi
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 1 ulas bawang merah
  4. Sedikit serbuk lada hitam
  5. Sedikit ikan bilis yang sudah dikopek dan dibersihkan

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dengan api sederhana.
  2. Tumiskan sekejap bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.
  3. Masukkan air ke dalam kuali.
  4. Kemudian letakkan sayur sawi dan serbuk lada hitam.
  5. Kacau sebentar dan tutup selama 2 – 3 minit.
  6. Tumis sehingga sayur separuh layu.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Resepi #11 : Ikan bilis lemak lada hitam

Bahan-bahan:

  1. 50 gm ikan bilis
  2. 1 cawan santan pekat
  3. 10 gm kunyit (ditumbuk)
  4. 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  5. 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)

Cara-cara:

  1. Didihkan santan,air dan bahan tumbuk di atas dengan api perlahan.
  2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
  3. Masak sehingga ikan bilis masak
  4. Hidangkan

Resepi #12 : Ikan panggang berkari
Bahan-bahan:

  1. Ikan
  2. 1 sudu besar serbuk kari
  3. 1 sudu besar serbuk kunyit
  4. 1 sudu besar serbuk lada hitam
  5. Daun pisang

Cara-cara:

  1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
  2. Lumurkan di atas ikan dan balutkan dengan daun pisang.
  3. Panggang boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.

Bonus : Air

Air susu almond

Bahan-bahan:
1 gelas susu segar
1 biji kurma
21 biji kismis
7 biji badam

Cara-cara:
1. Kisar semuanya dan minum setiap pagi.
2. Bagus untuk membantu membanyakkan air susu ibu.

Pati air halia

Bahan-bahan:
2.5 liter air
Halia besar tapak tangan
Gula kabung
2 biji bunga cengkih
Sehelai daun pandan

Cara-cara:
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati.
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

Jus halia kurma

Bahan-bahan:
200gm halia
20 biji buah kurma
750ml air masak

Cara-cara:
1. Tumbuk halia hingga lumat
2. Belah 2 biji kurma dan buangkan bijinya
3. Jerang halia,kurma dan air dalam periuk
4. Renehkan selama 3 jam
5. Bila mendidih,perlahankan api
6. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam

Lebih banyak pilihan resepi berpantang pada pautan di bawah. Selamat mencuba!

Rujukan:

  1. https://siraplimau.com/resepi-pantang-selepas-bersalin-normal-pembedahan/
  2. http://aishukri.blogspot.my/2015/01/wajib-tahu-resepi-ketika-berpantang-40.html
  3. http://www.diarimama.com/2015/07/10-resepi-mudah-untuk-ibu-berpantang/
Previous article7 Stroller Kompak Terbaik Yang Menjimatkan Ruang di Dalam Kereta Anda
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here