3 Breast Pump Manual Terbaik. #3 Yang Paling Unik!

0
38
views

Dalam kesibukan pada masa kini ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sudah tentu ramai yang berhati-hati dalam pembelian barangan bayi. Kedai-kedai barangan bayi online menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai masa untuk ke kedai fizikal.

Breast pump adalah salah satu daripada barangan ‘mesti’ beli pada masa kini. Ada terdapat pelbagai pilihan breast pump yang bersesuaian untuk pelbagai jenis keadaan, ekonomi dan keperluan.

Mengapa breast pump manual?

  1. Kerana lebih murah dari pam yang automatik dan sesuai dijadikan pam kedua.
  2. Ringan dan kompak kerana tidak mempunyai wayar berselirat dan motor yang perlu diangkut bersama.
  3. Tidak perlu di cas atau mencari soket atau plak dinding.
  4. Kurang atau langsung tidak berbunyi. Tiada siapa yang mengetahui yang anda membawa breast pump serta sedang mengepam susu pada ketika itu.

Apakah ciri-ciri breast pump yang berkualiti?

Sungguh pun breast pump manual, ciri-ciri tertentu perlu ada supaya ianya selamat dan berbaloi untuk membelinya.

  1. Efisien – Perahan yang cepat dan kurang memberi tekanan pada tangan dan juga puting
  2. Tahan lasak – Pastikan ianya dari bahan yang tahan lasak dan tidak mudah rosak
  3. Mudah – Penggunaan dan pemasangan adalah mudah terutama jika ketika pembersihan
  4. Sesuai – Sesuai dengan bentuk buah dada agar susu tidak mudah mengalir ke luar

Philip Avent Comfort Manual Breast Pump

philips-avent-manual-breast-pump-box

Bila anda selesa dan relaks, susu anda akan lebih mudah mengalir keluar. Itulah yang cuba ditekankan oleh jenama ini. Kelebihannya ialah anda boleh duduk bersandar dengan selesa tanpa perlu risau susu akan tertumpah keluar. Bentuk kelopak pada corongnya memberikan daya sedutan efektif yang mirip sedutan bayi. Malah ianya telah dibuktikan secara klinikal. Tetapi ada yang memberi review yang anda perlu memastikan puting berada betul-betul di tengah-tengah corong agar tidak berlaku ‘kemalangan’.

Philips Avent Comfort Manual Breast Pump didatangkan dengan beberapa bahagian tertentu yang mudah dipasang dan mudah juga dibuka untuk dibasuh.

Pam jenama ini juga kecil dan mudah dipegang selain mudah dibawa kemana-mana. Malah, ianya juga boleh dimasukkan ke dalam beg tangan anda sahaja.

Menurut beberapa review yang dibuat oleh pengguna, pam ini mempunyai daya sedutan yang kuat tetapi tidak menyakitkan seumpama sedutan bayi. Anda yang berminat harus mengetahui cara yang sebenar penggunaan pam ini untuk pengepaman yang lebih efektif.

Berikut adalah video yang menunjukkan cara penggunaan pam ini dengan betul. Pastikan pada awalnya anda mengepam dengan lebih cepat untuk memberi sedikit tekanan pada puting sehingga susu mula keluar. Seterusnya anda hanya perlu memicit pemegang sekali sekala untuk menambah tekanan jika berkurangan sehinggalah susu habis dikeluarkan. Dengan cara ini, anda tidak memberikan tekana yang lebih padan tangan yang mengepam.

Ada sesetengah review mengatakan pam ini tidak sesuai dijadikan sebagai pam utama kerana walaupun jumlah hasilnya banyak tetapi masih tidak setanding dengan breast pump elektrik.

Berikut adalah beberapa laman web yang memberi review tentang penggunaan breast pump ini:

  1. http://fareiny.blogspot.my/2013/06/fashionistas-review-philips-avent.html
  2. http://www.productreview.com.au/p/philips-avent-manual.html
  3. https://nileeysphere.blogspot.my/2012/09/breast-pump-review-avent-manual-pump.html

Medela Harmony Manual Breast Pump

medela-harmony-manual-breast-pump

Jenama Medela sudah tentu jenama breast pump yang paling popular. Pam buatan Jerman ini terkenal dengan mutu dan kualiti pam yang terhebat dan sudah mengeluarkan breast pump pelbagai jenis sejak 50 tahun yang lalu. Sudah tentu harganya juga agak tinggi berbanding dengan jenama-jenama lain.

Namun jika anda teringin untuk mempunyai breast pump jenama Medela ini tetapi tidak mempunyai bajet, maka versi manual inilah pilihan anda. Tidak salah jika pam yang manual ini dijadikan pam yang kedua menggantikan pam auto memandangkan kualiti yang ditawarkan oleh jenama ini. Malah, pam ini adalah salah satu pam ‘best seller’ Medela.

Berbanding dengan Philips Avent, Medela Harmony Manual Breast Pump ini mempunyai pemegang yang lebih lembut dan lebih senyap tanpa mengorbankan daya sedutan. Ia juga lembut dan selesa pada puting.

2 fasa sedutan yang ditawarkan oleh Medela manual ini (kerana ia mempunyai 2 pam; 1 untuk sedutan pendek dan cepat, 1 lagi untuk sedutan yang lebih kuat dan lama) menjamin kutipan susu yang lebih lumayan. Ini kelebihan Medela Harmony manual berbanding dengan Philips Avent Manual Breast Pump.

Selain daripada itu, pam ini mempunyai pelindung puting yang pelbagai saiz dan pengguna boleh memilih mengikut kesusaian. Tetapi harus diingatkan, pelindung puting ini dijual berasingan.

Pam ini juga kecil dan kompak sangat berguna kepada ibu-ibu yang lebih diskrit.

Kekurangannya menurut sesetengah review ialah agak sukar untuk mengeluarkan beberapa bahagian tertentu untuk dibasuh. Tetapi ia tidak mempengaruhi kualiti yang diberikan.

Lebih banyak review mengenai Medela Harmony dalam pautan-pautan di bawah:

  1. http://www.madeformums.com/reviews/feeding/breast-pumps/medela-harmony-breast-pump/687.html
  2. http://www.babygearlab.com/Breast-Pump-Reviews/Medela-Harmony-Manual

Haakaa Silicone Breast Pump

haakaa-silicone-breast-pump

Pam manual yang popular sejak akhir-akhir ini kerana reka bentuknya yang tidak mempunyai bahagian-bahagian yang perlu ditanggal seperti pam-pam manual yang lain. Hanya ada 1 bahagian sahaja, maka ia amat mudah untuk dibasuh.

Haakaa Silicone Manual Breast Pump ini diperbuat daripada silikon lembut yang memudahkan ibu memicit dan tidak meletihkan malah ianya amat lembut pada puting. Walaupun ia diperbuat daripada silikon, tetapi ianya 100% bebsa BPA, PVC dan Phtlate. Cuma anda harus memastikan pam yang dibeli adalah tulen.

Ada satu lagi kelebihan pam ini iaitu ia boleh dijadikan sebagai hands-free. Hanya perlu picit pada bahagian botolnya dan tekup pada puting kemudian lepaskan untuk memberikan daya sedutan pada puting agar tidak terjatuh. Namun, ini tidak bermakna anda boleh bergerak begitu aktif.

Apa yang sangat menarik mengenai pam ini juga ialah ia langsung tidak mengeluarkan bunyi. Maka ianya sesuai digunakan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak yang sensitif dgn bunyi ketika tidur.

Malah berbanding dengan breast pump manual yang lain, harganya jauh lebih murah.

Tetapi adalah dinasihatkan, anda perlu betul-betul membiasakan diri dengan pam ini sebelum betul-betul boleh menggunakannya dengan mudah.

Berikut adalah review-review daripada ibu yang pernah menggunakan pam ini.

  1. http://thesquishycheeks.blogspot.my/2016/05/haakaa-silicone-breastpump-review.html
  2. http://www.cruisybaby.co.nz/cruisy-chat/haakaa-silicone-breast-pump-review-by-rocky-and-ruby/
  3. http://aliafarhansaid.blogspot.my/2016/07/product-review-haakaa-silicone_25.html
  4. http://www.cfchai.com/2016/05/haakaa-silicone-breast-pump-review.html

Kesimpulan

Kesimpulannya, ibu-ibu yang menyusukan anak secara idealnya perlu mempunyai 2 jenis breast pump. Satu automatik dan satu lagi manual. Banyak kelebihan memiliki 1 pam manual.

  1. Ketika anak sedang menyusu badan anda boleh mengepam susu disebelah lagi.
  2. Pada waktu malam pula ketika sedang menyusukan anak untuk tidur, pam manual boleh digunakan untuk yang mengepam susu pada buah dada yang sebelah lagi tanpa mengeluarkan bunyi.
  3. Merehatkan puting dari pam auto dengan pengepaman yang lebih lembut.
  4. Boleh digunakan sebagai pam kecemasan ketika di luar atau ketika tiadanya plak dinding.
  5. Selamat pada poket.

Dengan ini, tidak hairanlah kenapa ramai ibu mempunyai lebih dari satu breast pump. Ia tidak merugikan malah menambahkan lagi produktiviti. Semoga dengan artikel ini anda dapat membuat keputusan untuk membeli breast pump manual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here