50 Nama Bayi Perempuan dan Lelaki Popular 2014

1
23
views

Banyak yang perlu disediakan untuk menyambut kelahiran orang baru. Adakah anda sudah tahu dimana anda akan bersalin? Bagaimana pula dengan senarai barangan yang perlu disediakan? Anda boleh merujuk di sini untuk senarai penuh barangan keperluan. Bagaimana pula dengan nama? Kali ni kami ingin berkongsi senarai nama bayi perempuan dan lelaki paling popular sekitar tahun 2014.

Nama yang diberi umpama doa kepada anak-anak. Secara logiknya, kita haruslah memberi nama yang baik-baik maksudnya. Berbeza dengan pendapat umum, sebenarnya nama-nama yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah  dalam kategori normal atau yang sudah biasa kita dengar.

Pada zaman ini, masyarakat sudah lebih berilmu, nama yang dikatakan pelik sebenarnya bermaksud indah di dalam bahasa lain. Apa pun, berikut adalah tip-tip memilih nama bayi.

Tip memilih nama bayi :

1. Maksud nama

Maksud nama yang diberikan haruslah yang baik kerana ianya suatu doa kepada anak terbabit. Cuba bertanya kepada yang pakar mengenai pemilihan supaya tidak menyesal nanti. Walaupun terdapat banyak buku-buku yang memberi penterjemahan nama, tetapi tidak semuanya tepat. Lebih-lebih lagi kalau bahasa Arab.

2. Sebutan nama

Adakah anda menghadapi kesukaran menyebut nama yang anda pilih? Kadang-kadang ejaannya lain tetapi lain pula cara sebutannya. Susah apabila anak anda dipanggil oleh guru dan sebagainya.

3. Keunikan nama

Mungkin apabila anak anda mula ke sekolah terdapat 5 orang yang bernama sama di dalam satu kelas. Tetapi agak-agak juga, kalau terlampau unik seperti nama Ultraman Taro pun payah juga.

4. Nama panggilan

Anda mungkin ingin mempertimbangkan nama panggilan untuk anak kelak ketika memilih nama.

Menurut babycenter.com.my berikut adalah senarai nama bayi lelaki dan perempuan paling popular pada tahun 2014

Nama-nama di bawah bukan hanya nama untuk bayi muslim.

Bayi Perempuan

1. Nor
2. Zara
3. Aishah
4. Alicia
5. Sophia
6. Hannah
7. Arissa
8. Iris
9. Adelia
10. Dhia
11. Humaira
12. Puteri
13. Damia
14. Safiya
15. Azalea
16. Nurul
17. Zulaikha
18. Arianna
19. Marissa
20. Aliyah
21. Medina
22. Irdina
23. Batrisya
24. Iman
25. Aqilah

Bayi Lelaki

1. Mohamed
2. Adam
3. Amar
4. Ahmad
5. Rayyan
6. Aqil
7. Mikhail
8. Amsyar
9. Naufal
10. Umar
11. Yusuf
12. Firash
13. Daniel
14. Zikri
15. Aish
16. Danish
17. Haziq
18. Harith
19. Darwish
20. Zafran
21. Aryan
22. Lucas
23. Khalish
24. Rizqi
25. Emir

Ada nama anak anda di dalam senarai?

Jom kita tengok pula beberapa selebriti-selebriti terkenal kita yang baru menerima cahaya mata dalam tahun 2014 beserta nama mereka.

Kayla Elayna – Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha

Selfie dgn mamy sikit daddy mane daddy

A post shared by KFLN CLANS (@ke_19) on

Jelita Clarissa – Beego & Linda Hashim

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on

Aina Elisabeth – Aishah Sinclair & Sheikh Abdul Shahnaz

First tooth and first food all on the same day! #ainaelisabeth #breastfedbaby #weaning #sixandahalfmonths

A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer) on

Sarah Ashraf – Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Amboi Si Sarah ni apa saja nak masuk dalam mulut.. Dah cukup nnti batuk yer nak.. #SarahAshraf #anakayah

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Rizqin Uwais – Fazreen & Isteri

My luvly rizqin uwais.. Xde muka daddy pun.. Haisshhh.. Daddy pun penat tau… @symarlina

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi) on

Sofia Arissa – Liyana Jasmay & Fathuddin

Aww.. its good to be home playing with you sayang mummy.. #missingdaddy #sofiaarissa

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

Lara Alana – Scha Alyahya & Awal As-Shaari

Kangaroooooo @laraalanaa

A post shared by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

Amar Taufiq – Amar Asyraf & Arna Salleh
http://instagram.com/p/x_7pQeA01I

Menarik bukan? Sebelum kami terlupa, kami juga ingin mengingatkan kepentingan car seat. Pada zaman di mana kereta adalah keperluan, kami juga ingin menekankan bahawa car seat juga satu keperluan. Anda boleh merujuk artikel ini untuk tip-tip pemilihan car seat.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here