50 Nama-nama Bayi Lelaki dan Perempuan Paling Popular 2015

0
10
views

50 nama bayi lelaki dan perempuan paling popular 2015
Selain stroller, breastpump, hospital bersalin apa lagi yang perlu difikirkan untuk menyambut kehadiran orang baru? Sudah tentunya nama yang bakal diberikan. Bagi yang beragama Islam, bagi setiap kelahiran, adalah tanggungjawab ibu bapanya untuk memberikan nama yang baik. Nabi Muhammad SAW telah menggariskan beberapa perkara sunnah termasuklah memberikan nama pada hari ke tujuh selepas dilahirkan.

Ada seorang lelaki menemui Rasulullah SAW dan bertanya mengenai hak anaknya yang perlu ditunaikannya.
Nabi SAW bersabda: “Engkau berikan nama yang baik dan mengambil berat mengenai pendidikannya, kemudian engkau tempatkannya di tempat yang baik. Perbaikilah namamu kerana dengan nama itu kamu akan dipanggil pada hari kiamat.”

Riwayat Abu Dawud

BACA: 50 Nama Bayi Perempuan dan Lelaki Popular 2014

Menurut babycenter.com.my berikut adalah senarai nama bayi lelaki dan perempuan paling popular pada tahun 2015

* nama-nama berikut termasuk nama-nama bukan Muslim

Lelaki

1. Mohamed16. Noah
2. Ahmad17. Lucas
3. Amar18. Mikhail
4. Adam19. Amsyar
5. Ethan20. Yusuf
6. Umar21. Firash
7. Aqil22. Emir
8. Danish23. Iman
9. Izz24. Dani
10. Aidan25. Amir
11. Aish
12. Jayden
13. Abdul
14. Hud
15. Daniel

Perempuan

1. Nor16. Ayra
2. Hannah17. Alicia
3. Aishah18. Kayla
4. Siti19. Olivia
5. Zara20. Amy
6. Puteri21. Maryam
7. Nurul22. Izz
8. Sophia23. Bella
9. Sara24. Adelia
10. Dhia25. Nawal
11. Alya
12. Nayla
13. Arianna
14. Keisha
15. Ainul

Jika kita lihat, nama-nama di atas, nama Izz yang bermaksud kekuatan berada di kedua-dua senarai lelaki dan perempuan. Nama-nama klassik seperti Amir, Ahmad, Maryam, Siti dan Amar masih menjadi pilihan pada masa kini berbanding dengan tanggapan ramai yang menyangka ibu bapa zaman sekarang lebih gemar memilih nama unik dan ada unsur-unsur kebaratan.

Jom kita lihat pula senarai nama anak-anak selebriti tempatan yang lahir pada tahun 2015

  1. Yusry & Lisa Surihani – Yahaira Leanne
  2. Farid Kamil & Diana Danielle – Nur Aurora
  3. Erin Malek & Farriz – Mohamed Faliq
  4. Wawa Zainal & Aeril Zafrel – Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa
  5. Fouziah Gous &  Md Zhafran Md Yusof – Muhammad Zeeshan
  6. Ashraf Muslim & Noor Dayana – Anas Ashraf
  7. Memey Suhaiza & Norman Hakim – Muhammad Dikhriz Hakim
  8. Almy Nadia & Fizz Fairuz – Nur Afriana Ariana
  9. Nurul & Eric Depp – Raphael Depp

Selalu kita lihat selebriti tanah air meletakkan nama yang unik dan menarik untuk anak-anak mereka. Tidak kisahlah asalkan ia bermaksud baik dan mudah dipanggil.

Anda bakal menimang cahaya mata tahun ini? Sudah ada pilihan nama? Jangan lupa berkongsi kegembiraan anda di Facebook Lovebaby!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here