50 Nama-nama Bayi Lelaki dan Perempuan Popular 2016

0
18
views

Seperti biasa pada awal tahun lovebaby akan menyenaraikan nama-nama popular sekitar tahun lepas. Sebagai ibu bapa, pemberian nama adalah salah satu tanggungjawab kepada anak. Anda boleh melihat senarai nama-nama popular pada tahun-tahun sebelum ini di sini:

50 Nama Bayi Perempuan dan Lelaki Popular 2014

50 Nama-nama Bayi Lelaki dan Perempuan Paling Popular 2015

Senarai nama ini diambil dari laman web babycenter.com.my. Maka senarai ini dipengaruhi oleh nama-nama yang didaftar di dalam laman web ini oleh ahli-ahlinya. Menurut babycenter, pada tahun ini terdapat banyak nama yang bermula dengan Mohamed atau Nor yang digabungkan dengan nama yang lebih unik seperti Nor Amanda, Nor Keisha dan Mohamed Aidan.

Menurutnya lagi nama-nama seperti Zara, Hana, Danish dan Rayyan masih lagi popular. Nama-nama yang baru meningkat popular pula adalah seperti Aqif, Anas, Hadif dan Harraz untuk lelaki dan Isabel, Raisya, Maya dan Nadia.

Jom kita lihat senarai nama yang popular sekitar 2016.

*nama-nama termasuk nama bukan Muslim*

Lelaki

  1. Mohamed
  2. Ahmad
  3. Aidan
  4. Adam
  5. Firash
  6. Aryan
  7. Izz
  8. Umar
  9. Aqil
  10. Yusuf
  11. Naufal
  12. Ashraff
  13. Aqif
  14. Anas
  15. Hadif
  16. Harraz
  17. Iyad
  18. Zarif
  19. Amar
  20. Jayden
  21. Abdul
  22. Daniel
  23. Mikail
  24. Emil
  25. Iman

Perempuan

  1. Nor
  2. Aishah
  3. Sophia
  4. Maryam
  5. Siti
  6. Dhia
  7. Nayla
  8. Arianna
  9. Alicia
  10. Hannah
  11. Zara
  12. Nurul
  13. Alya
  14. Aminah
  15. Nuha
  16. Amirah
  17. Keisha
  18. Arissa
  19. Humaira
  20. Isabel
  21. Raisya
  22. Puteri
  23. Marissa
  24. Maya
  25. Nadia

Mari kita tinjau senarai selebriti yang menimang cahaya mata sepanjang 2016 beserta nama-nama yang diberikan.

Nad Zainal
Anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2016.

Bila daddy acah-acah muka model BB cream Korea

A photo posted by NAD ZAINAL (@nad.zainal) on

Nas-T
Anak perempuan bernama Nas Taliyah. Dilahirkan pada 12 Disember 2016.

A photo posted by NMZ (@dj.nas.t) on

Shukri Yahaya
Pelakon drama bersiri Suami Tanpa Cinta ini menyambut kelahiran anak sulungnya yang bernama Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.

Hanis Zalikha
Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini melahirkan anak sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

๐Ÿ‘ป mommy nak displin balik minum @toujoursadvanced collagen shots untuk 2017 ni ๐Ÿ˜‚

A photo posted by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Eina Azman
Pelakon ini melahirkan cahaya mata kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.

Yana Samsudin
Yana dan suaminya, Fadzil Zahari menyambut kelahiran putera pertamanya, Aisy Mateen pada tanggal 21 Julai 2016.

@aisymateen leka kena baca buku travel… paham ke idak tu.. #MAS #singapore

A photo posted by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Sharifah Shahira
Pengacara dan pelawak ini melahirkan anak kelimanya yang bernama Adeena pada 5 November 2016.

Fahrin Ahmad
Fahrin menyambut kelahiran anak pertamanya, Khalifa Fahrel pada 29 September 2016.

Shuk SYJ
Pelawak yang berkahwin dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Nur Qurratu Ain pada 30 Oktober lalu.

Liyana Jasmay
Pelakon serba boleh ini selamat melahirkan anak keduanya, Selena pada 22 Januari 2016.

Elly Mazlein
Kak Lina Pom Pom melahirkan puteri kesayangannya, Putri Sara Sefhia pada 9 Mac lalu.

Aepul Drama Band
Aepul dan isterinya, dramatis Leez Rosli menyambut kelahiran anak sulung, Nur Saffiya Alisha pada 4 April 2016.

Atue Zero
Pelawak kelahiran Sabah ini menyambut kelahiran puteri sulung, Dayang Sumayyah pada 9 November 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here