6 Breast Pump Terbaik Mengikut Keperluan Setiap Ibu. #2 Paling Berbaloi!

10
2500
views

Masih mencari-cari breast pump yang bersesuaian dengan anda? Masih berkira-kira tentang bajet yang ingin di keluarkan? atau anda rambang mata melihat pelbagai jenis breast pump yang ada di pasaran? Jika ini kehamilan yang pertama, sudahkah anda menyediakan keperluan yang lain? Senarai ini boleh membantu anda.

BACA: 3 Breast Pump Manual Terbaik. #3 Yang Paling Unik!

Jom kita lihat senarai breast pump yang popular mengikut keperluan setiap ibu di Malaysia.

1. Breast pump popular dikalangan ibu bekerja

medela-swing-maxi-double-2medela-swing-maxi-double-3
Medela Freestyle Double Electric Breast Pump yang praktikal, ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Apa yang menyebabkan ibu-ibu bekerja tertarik dengan breast pump ini adalah kerana ianya boleh menggunakan elektrik dan juga bateri yang boleh dicas semula. Maka anda boleh mengepam ketika tiada plak elektrik di mana-mana sahaja dan tidak perlu membeli bateri baru. Selain itu, pam jenis ini mempunyai kelebihan handsfree yang membolehkan anda mengepam sambil membuat kerja-kerja yang lain.
Satu lagi kelebihan pam ini ialah kebolehannya menyimpan stail mengepam anda yang spesifik. Sebagai contoh jika anda selalu memerlukan 10 minit urutan stimulasi untuk setiap 20 minit pengepaman, anda boleh menyimpan stail ini untuk memudahkan kegunaan di masa akan datang.
Kekurangan pam ini mungkin dari segi harga tetapi jika dilihat fungsi-fungsi yang didatangkan bersama pam ini, ia agak berbaloi.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:
1 x Medela Freestyle Breast Pump
1 x Black microfiber tote bag
1 x Rechargeable Lithium Ion Battery
1 x AC Power Cord 12V
1 x Insulated cooler bag and ice pack
4 x 150 mL (5oz) BPA-free breastmilk bottles and lids
1 x Double pumping kit
2 x Medium (24 mm) PersonalFit™ breastshields
2 x Large (27 mm) PersonalFit™ breastshields
2 x Freestyle breastshield connector bodies
1 x Set of tubing
2 x Membranes
1 x Hands-free accessory kit with 2 pairs of bra clip (A & B)

2. Breast pump dua corong murah paling popular

unimom-forteUnimom-ForteNew
Unimom Forte Double Electric Breast Pump adalah breast pump 2 corong yang paling popular di antara breast pump yang murah. Kelebihan pam ini ialah bunyinya amat senyap dan boleh digunakan secara manual jika tidak terdapat plak elektrik.Tetapi switch kit untuk pam manual perlu di beli asing. Pam ini juga dikatakan salah satu breast pump di dalam kategori tahan lasak.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:
1 x Forte electric breast pump
2 x breast shields
2 x teats
2 x white valves
2 x bottle stands
2 x bottles
2 x bottle covers
2 x caps
2 x disks
2 x large membranes
2 x bottom covers
2 x top covers
2 x air tubes
1 x connector
2 x silicone massager

3. Breast pump yang paling mudah dan selesa digunakan

tommee-tippee-pumptommee-tippee-pump-3
Breast pump yang mendapat banyak review positif tentang kemudahan dan keselesaan penggunaannya adalah Tommee Tippee Closer to Nature Electric Breast Pump. Pam ini mudah di pasang dan di bersihkan kerana hanya melibatkan beberapa bahagian sahaja. Corong silikonnya amat lembut pada payudara dan amat selesa sepanjang tempoh mengepam. Selain itu bentuknya yang kecil memudahkan anda membawa ke mana-mana dan boleh di letakkan di dalam beg tangan. Pam ini juga boleh menggunakan bateri AA jika tiada plak elektrik berdekatan anda.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:
1 x electric breast pump
1 x 150ml bottle
1 x breast milk storage pot
6 x breast pads
1 x steriliser box

4. Breast pump manual paling popular

philips-avent-natural-manual-breast-pump-2philips-avent-natural-manual-breast-pump-1
Philips Avent Natural Manual Breast Pump adalah pam manual yang paling popular di Malaysia. Dengan harga tidak sampai RM200, pam ini mudah dibawa kemana-mana hanya masukkan saja ke dalam tas tangan anda. Tidak perlu tercari-cari plak elektrik mahupun bateri, pam sahaja dengan tangan. Tidak menyakitkan bahkan ramai yang mengatakan pam ini sangat selesa. Tetapi mestilah ketika anda mengepam, anda tidak boleh melakukan hal-hal lain. tetapi tidak mengapa, rehat sahaja kerana mengepam dalam keadaan stress sudah pasti impaknya ke atas pengeluaran susu anda. Kelebihan pam ini, anda hanya perlu pam sekali dan apabila susunya sudah keluar biarkan sahaja sehingga habis dan pam semula. Mudah bukan?

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:
1 x Manual breast pump with funnel cover
1 x Avent Natural feeding bottle 4oz/125ml
1 x Extra soft newborn teat pack
1 x Sealing disc (for milk storage)
2 x Avent Disposable Breast Pads-Night
2 x Avent Disposable Breast Pads-Day

5. Breast pump paling tahan lasak (gred hospital)

ameda-lactaline-breast-pump-1 ameda-lactaline-breast-pump-3
Jika anda tidak ke mana-mana, hanya mengepam dalam satu tempat sahaja. Ameda Lactaline Breast Pump adalah tepat untuk anda. Pam yang tahan lasak untuk hasil yang berkualiti.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:
1 x Ameda Lactaline Breast
1 x HygieniKitTM Double Milk Collection System (BPA and DEHP free)
1 x AC Power Adaptor
1 x Instructions for use

6. Breast Pump Handsfree yang paling popular

freemie-collection-cups-deluxe-set-1 freemie-collection-cups-deluxe-set-3
Okay-okay ini bukanlah pam hanya collection cup sahaja tetapi bayangkan anda mengepam susu tanpa perlu menyelak baju anda. Menarik bukan? Freemie Collection Cups  datang dengan dua size iaitu 25mm dan 28mm. Ya, harga untuk collection cup ini agak mahal, tetapi jika anda tidak kisah, anda boleh mendapatkannya di dalam group preloved Facebook dengan harga lebih murah. Jangan bimbang, collection cup ini boleh disesuai dengan pam-pam seperti:

  • Spectra : M1, S1, S2, S3, Dew 300, Dew 350.
  • Unimom : Forte, Allegro.
  • Medela : Freestyle, PISA, Swing, Swing Maxi
  • Autumnz : Passion, Bliss.
  • Lacte : Duet, Solo
  • Malish : Mango, Ilaria
  • Snow Bear : Single advanced, Micro computer.
  • Philips Avent
  • Ameda Lactaline

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej ini:
2 x Collection cup
2 x 25mm funnel
2 x 28mm funnel
2 x Tubing
3 x Quick connector
2 x Backflow Protector
3 x Short tubing
1 x T-connector

Selain dari pam, anda juga memerlukan beberapa barangan yang lain seperti berikut:

1. Bag zip untuk menyimpan susu

2. Botol penyimpanan susu

3. Bra breast pump bebas tangan

4. Pad penyusuan pakai buang / Pad guna semula

5. Bantal untuk penyusuan

6. Krim puting

7. Beg breast pump

8. Pek ais

 

10 COMMENTS

    • Salam. Terima kasih kerana membaca lovebaby.
      Berkenaan dengan harga medela freestyle double elektrik. Pam ini berharga dalam RM1200 hingga RM2600 bergantung kepada item yang terkandung di dalam package. Harap jawapan ini membantu saudari 😀

    • Terima kasih kerana membaca lovebaby.my
      Medela swing berharga dalam lingkungan RM680 ke atas mengikut pakej-pakej yang disediakan oleh penjual.

  1. Antara breastpump di atas, mana yang paling murah dan mendapat feedback yg paling bagus? Sedang mencari breastpump yg heavy duty sgn harga yg paling ekonomi.. Memandangkan keadaan ekonomi yang gawat sekarang ni.. Harap blh tolong suggestkn.. Terima kasih..

    • Terima kasih kerana membaca Lovebaby.my
      Untuk menjawab soalan ini, saya merasakan ianya bergantung kepada bajet yang puan tetapkan. Walaupun ada sesetengah breast pump mencecah sehingga lebih RM1k, tetapi tidak semestinya sesuai utk puan. Selain Dari breastpump, puan juga memerlukan bekas menyimpan susu dan beg breast pump. Jadi puan juga perlu menimbangkan yang mana lebih untung sama ada beli satu- satu atau secara pakej. Dalam artikel ini, kami menyarankan breast pump unimom kerana harganya bermula dari RM250 untuk 2 Pam sekaligus. Tetapi puan juga boleh mencari breastpump yg berjenama lebih popular dengan harga lebih murah di dalam group-group preloved di facebook. Puan boleh lihat di sini http://www.lovebaby.my/barang-baby-preloved-second-hand/
      Kami berharap jawapan ini membantu puan dalam membuat keputusan.
      Terima kasih 😀

  2. Salam,

    Just nk tnye.. pam unimom forte tu ade rechargeble battery x? Mksdnye klo xde plug berdektn still blh pam elektrik?

  3. Saya pakai avent manual breast pump. Nak tumpang tanya breast pump saya masih elok tapi bahagian getah kat corong tu mcm dah kekuningan. Perlu ke tukar atau masih boleh digunakan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here