6 Cara Mendapatkan Pendapatan Sampingan

0
11
views

Penulis selalu mendengar keluhan di antara rakan-rakan ibu akhir-akhir ini mereka mendapati agak sukar untuk memenuhi keperluan sekeluarga dengan keadaan ekonomi pada masa ini. Keadaan pada masa kini agak mencabar bukan sahaja bagi surirumah, malah ibu yang bekerja turut merasakan perkara yang sama.
Untuk artikel kali ini, penulis ingin membantu ibu-ibu semua mencari pendapatan sampingan.

BACA:Program Untuk Membantu Ibu-ibu Kembali Bekerja Anjuran Kerajaan

1. Menjual barangan terpakai

Apa yang anda perlu buat?
Daftar sebagai ahli dan mula menjual barangan terpakai anda seperti baju, buku-buku dan barangan bayi.

Apa yang anda boleh dapat?
Wang tunai.

Laman web
1. Carousell
2. Duriana
3. Mudah.my
4. Lelong.com.my
5. Preloved Baby Goods Malaysia
6. Forum Lowyat
7. KL Moms Swap and Shop

2. Kaji Selidik

Apa yang anda perlu buat?
Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik untuk mendapatkan mata. Mudahlah!

Apa yang anda boleh dapat?
Apabila mata yang terkumpul mencukupi, ia boleh ditukar menjadi wang tunai, baucar atau kupon.

Laman Web
1. PanelPlace
2. iPanelOnline

3. Mengambil Upah Menjaga Anak

Apa yang anda perlu buat?
Daftar masuk dan bina profile anda sebagai penjaga.

Apa yang anda dapat?
Wang tunai

Laman Web
1. http://mybabysitter.my

4. Dibayar memberi makan tetamu

Apa yang anda perlu buat?
Jika anda pandai memasak, anda perlu mendaftar sebagai ahli dan kemudian bina profile anda. Kemudian, iklankan kelebihan anda untuk menarik minat orang ramai untuk mencuba masakan anda. Anda boleh mengadakan temujanji yang sesuai mengikut waktu lapang anda.

Apa yang anda dapat?
Wang tunai

Laman Web
1. Plate Culture

5. Mystery Shopper

Apa yang perlu anda buat?
Anda perlu menyamar sebagai pelanggan dan mendapatkan informasi-informasi tertentu mengikut arahan yang diberi.

Apa yang anda dapat?
Wang tunai untuk anda berbelanja ketika menyamar.

Laman Web
1. ILoveMysteryShopping.com
2. Cardas Research & Consulting Sdn. Bhd.
3. Neway Karaoke Box Malaysia
4. Popular Malaysia

6. Freelancer

Apa yang perlu anda lakukan?
Terdapat beberapa website yang menyenaraikan kerja-kerja yang mungkin sesuai dengan kebolehan anda. Di antara kerja-kerja yang tersenarai adalah seperti memasukkan data, menulis artikel, menaip, kerja-kerja editorial, menyalin audio, menghantar barang, pembantu acara dan banyak lagi. Anda boleh memilih yang mana yang bersesuaian dan hubungi mereka yang berkenaan untuk langkah seterusnya.

Apa yang anda dapat?
Wang tunai

Laman Web
1. Supahand
2. Goget
3. https://parttimepost.com/
4.http://jobless.com.my/
5. http://www.you.my/
6. Upwork

Tetapi anda harus ingat, senarai ini bukanlah untuk anda yang mencari pendapatan tetap setiap bulan. Tetapi setakat untuk membantu untuk mendapatkan penambahan sedikit di dalam akaun bank anda. Kami berharap, cadangan kami ini tidak menyebabkan anda terlalu terleka sehingga mengabaikan masa anda dengan anak-anak.

Previous articleDapatkan Hadiah Percuma Bila Anda Mengumpul Mata Ganjaran. Mudahnya!
Next article15 Tip Mengajar Anak Menggunakan Tandas
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here