6 Perkara Patut Diketahui Ketika Memilih Nama dan 25 Cadangan Nama

0
7
views

cadangan-nama-baby-feat

Sudahkah anda membuat pilihan nama untuk si kecil? Ada kala proses pemilihan ini membuatkan anda berasa stress. Apakah anda lebih suka nama klassik atau nama moden? Apa itu nama moden? Nama ciptaan anda sendiri atau nama yang diambil dari bahasa-bahasa tertentu.

Dalam Islam, pemberian nama adalah tanggungjawab pertama kedua ibu bapa terhadap anak. Tidak kisahlah ia diambil dari bahasa lain selain dari bahasa Arab. Asalkan maknanya baik. Kerana nama umpama doa kepada si pemilik nama tersebut. Zaman sekarang kita beruntung. Kita mempunyai banyak saluran yang membolehkan kita mengkaji nama-nama yang ingin diberi dengan lebih baik.

Untuk mengelakkan anda stress ketika memilih nama, jom kita lihat senarai di bawah.

6 perkara yang patut anda tahu ketika memilih nama:

1. Nama yang trending dan sangat popular
Tidak ada salahnya jika anda mengikuti trend masa kini. Tetapi mengikut pengalaman penulis yang pernah berada di dalam kelas yang mempunyai 2 orang yang sama nama dengan penulis, hmm… bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Sehinggakan guru terpaksa memanggil nama penuh sehingga ke nama ayah. Ada juga yang meletakkan nombor di belakang nama kami. Sedikit kajian tidak salah. Anda boleh ke artikel ini untuk mengetahu apakah nama yang popular masa masa kini.

2. Maksud di dalam pelbagai bahasa
Selalunya orang Melayu meletakkan nama yang diambil dari bahasa Arab. Ada juga yang di ambil dari bahasa lain. Jika bahasa Arab, terdapat ramai ustaz dan ustazah yang mahir berbahasa Arab. Tidak salah jika anda bertanyakan pendapat. Jika anda rajin, gunakan internet untuk melihat jika nama tersebut ada mempunyai makna lain di dalam bahasa lain. Terpulang kepada anda untuk memilih setelah membuat kajian terperinci.

3. Ejaan dan sebutan
Jika boleh, pastikan ejaan adalah sama dengan cara anda menyebutnya. Ia memudahkan anda dan anak anda kelak. Ingat nama untuk dipanggil ketika mengambil kedatangan di dalam kelas, ketika mendaftar di klinik dan sebagainya.

4. Nama panggilan
Ada di antara nama yang pernah saya temui mempunyai suku kata yang ‘pelik’ di dalamnya menyebabkan ia menjadi bahan ketawa pada si anak. Tidak ada contoh di sini. Kami pasti anda memahami maksud kami

5. Terima nasihat
Ada kalanya kita terlampau syok sendiri pula. Jika sebagai contoh anda bercadang memilih nama dalam bahasa Arab. Cubalah mendapatkan pakar bahasa Arab untuk memberi pendapat. Betulkah tatabahasanya atau cara sebutannya. Jika ada masalah jangan pula kita bersikap sombong pula. Dengarlah pendapat-pendapat yang diberikan kepada anda dengan tenang dan pertimbangkan dengan baik bersama pasangan anda.

6. Mereka di sekeliling akan belajar menerima nama yang anda pilih
Jangan risau, mereka akhirnya akan belajar menerima nama yang anda pilih walaupun pada mulanya mereka mempunyai cadangan sendiri. Oleh itu adalah dinasihatkan jika proses pemilihan nama hanya dibincangkan antara anda dan pasangan sahaja serta mintalah pendapat pada yang pakar.

57 Cadangan Nama Bagi Anak Lelaki dan Perempuan

Nama-nama berikut adalah di dalam bahasa Arab. Dinasihatkan TIDAK diubah ejaannya kerana takut akan lari maksudnya. Anda boleh berkongsi dengan pakar bahasa Arab untuk lebih kepastian.

Kredit #NNYIB

Perempuan

  1. AISA DARIYA – KECERDIKAN YANG MENGETAHUI (sebut kai sa + da ri ya)
  2. LIYANAH ZUHAYRA – KELEMBUTAN KUNTUMAN BUNGA (sebut li ya nah + zu hai ra)
  3. RAZANA MUKRIMA – KETENANGAN YANG MEMULIAKAN (sebut ra za na + muk ri ma) 
  4. WILFA SYAKURA – TEMAN YANG BANYAK BERSYUKUR (sebut wil fa + sya ku ra)
  5. ZAHRA RIFAH (زهرة رفة) – BUNGA YANG BERSERI-SERI (sebut zah ra + ri fah)
  6. ZAHRA SYAWILA – BUNGA YANG RAJIN (sebut zah ra + sya wi la)
  7. ZAHRIYYA FAWZANA – BUNGA KEJAYAAN KAMI (sebut zah riy ya + fau za na)
  8. ARIN (أرن) JAHARA (جهارة) – YG RAJIN YG CANTIK
  9. MILHA (ملح) SALISA (سلسة) — KECANTIKAN YG LEMBUT
  10. ALWA (ألو) MAILIN (ميل) – NIKMAT KASIH SAYANG
  11. AZRA (أزر) TASNEEM (تسنيم) – KEKUATAN AIR MATA AIR SYURGA
  12. KAISA (كيس) IRSALIN (إرسال) – KECERDIKAN UTUSAN (KAISA sebut kai sa)
  13. MILHA (ملح) SALISA (سلسة) — KECANTIKAN YG LEMBUT
  14. NAYLI (نيل) SUMAYYAH – PENCAPAIAN YANG TINGGI (NAYLI sebut Nai li bukan neli)
  15. NURA ( نور ) MADIHA (مادحة) – CAHAYA YG MEMUJI

 

Lelaki

  1. AIDI MUKHLIS – KEKUATAN YG IKHLAS
  2. FIRMAN IBTISAM – KATA2 SENYUMAN
  3. HARIS ZHAFRAN – PENJAGA KEMENANGAN
  4. ILMAN HADIF – ILMU YG BERWAWASAN
  5. LUTHFI IKHWAN -KELEMBUTAN PERSAUDARAAN
  6. ZALFAN ADRIN – DARJAT KEBERANIAN
  7. HADAFI KAMIL – MATLAMATKU YANG SEMPURNA (sebut ha da fi + ka mil)
  8. HADZWAN KAMIR – CONTOH YANG BERANI (sebut hadz wan + ka mir)
  9. NAUFI ANAS (نوفي أنس) – KETINGGIAN KESOPANAN (sebut nau fi + a nas)
  10. AHDAF ZAHIL – MATLAMAT YANG TERANG FIKIRANNYA (sebut ah daf + za hil)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here