6 Tanda-tanda Anda Sedang Berovulasi. Cara Mudah Yang Boleh Anda Lakukan!

0
14
views

Setiap wanita yang sihat berumur dalam lingkungan 20an dan awal 30an akan menghasilkan telur (berovulasi) sekali sebulan. Telur ini hanya bertahan selama 12 -24 jam sahaja.

Nampak seperti peluangnya sangat tipis, tetapi sperma yang selalunya boleh bertahan selama 3 hingga 7 hari dan hanya satu sperma sahaja diperlukan untuk menjadi hamil.
BACA: 6 Ciri-ciri Masalah Kesuburan Yang Harus Anda Ambil Berat

Oh! Bagaimana saya boleh mengetahui masa subur?

Ada 6 cara untuk mengetahui yang anda sedang berovulasi.

1. Bila anda datang haid?

Kira kitaran haid anda. Jika kitaran haid anda adalah 28 hari, selalunya ovulasi akan berlaku kira-kira 12 hingga 14 hari sebelum haid yang seterusnya. Ini adalah anggaran purata sahaja mungkin akan tercepat atau terlambat sehari dua. Oleh itu jika anda sudah berkahwin amat penting untuk anda mencatat kitaran haid anda.

2. Sakit pinggang

Jika anda tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, mungkin anda boleh melihat tanda-tanda lain yang juga menunjukkan and sedang berovulasi. Seperti sakit pinggang yang spesifik di satu belah sahaja. Sakit pinggang ini bukanlah seperti senggugut. Hanya sakit-sakit ringan sahaja.

3. Catat perubahan suhu badan setiap hari

Catat suhu badan anda setiap hari selepas bangun tidur sebelum melakukan apa-apa. Apabila masa untuk ovulasi semakin hampir suhu badan anda akan turun dengan mendadak dan akan naik secara mendadak apabila sedang berovulasi. Cara ini agak rumit dan memerlukan kerajinan anda untuk mencatat selama beberapa bulan sebelum dapat membaca corak kenaikan dan penurunan suhu badan anda.

4. Perubahan pada bendalir serviks

Bendalir serviks juga akan berubah ketika ovulasi. Setelah habis haid anda akan berasa kering dan lama kelamaan anda akan mendapati bandalir serviks anda akan berubah. Apabila ia menjadi lebih likat dan licin seperti putih telur ini menandakan anda sedang subur. Keadaan ini memudahkan perjalanan sperma ke telur.

5. Anda berasa seksi dan menawan

Erm.. betul… jika anda berasa seksi dan menawan barangkali inilah masanya anda berovulasi.

6. Gunakan kit ovulasi

Kit ovulasi boleh didapati di farmasi. Bagi saya ini adalah cara terakhir jika yang di atas tidak dapat di kesan kerana kit ovulasi agak mahal. Lagipun anda hanya boleh menggunakannya jika kitaran haid anda teratur.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here