6 Tip Pakaian Paling Jimat Semasa Mengandung. Tidak perlu lagi berbelanja besar!

0
4
views

Perkara pertama sekali yang anda fikirkan apabila mengetahui anda telah mengandung sudah semestinya pakaian. Ramai yang bersemangat membeli pelbagai jenis pakaian mengandung walaupun baru beberapa minggu usia kandungan. Tetapi pakaian mengandung hanyalah relevan apabila perut sudah betul-betul membesar.

Tetapi, adakah anda ingin berjimat? Pakaian khas untuk wanita mengandung seperti yang kita ketahui tidaklah begitu murah. Anda tentu lebih rela membelanjakan wang ke arah barangan bayi daripada membeli begitu banyak pakaian mengandung yang hanya boleh dipakai beberapa bulan sahaja.

Mari kita lihat senarai tip-tip paling jimat berikut.

1. Getah Rambut

Anda dalam trimester pertama dimana seluar mengandung masih terlalu besar tetapi seluar anda pula tidak boleh dikancing. Macam mana pun anda cuba mengempiskan perut anda masih tidak sampai butang pada lubangnya. Apa yang boleh anda lakukan? Gunakan getah rambut anda. Tidak ada getah rambut? Getah sayur pun boleh! Ikat pada lubang butang dan kancing pada butang seluar anda. Kemudian, satu lagi getah ikat pada kepala zip dan sangkutkan juga pada butang. Yang pastinya anda haruslah memakai baju yang labuh.

taktik-getah-rambut
bumpboxes.com

2. Bra Extender / Penyambung Bra

Bra baru yang berkualiti boleh meninggalkan kesan yang mendalam pada poket anda. Jangan risau dengan tidak sampai RM20, penyambung bra amat sesuai digunakan. Nak lebih jimat? Potong sahaja dari bra lama yang tidak lagi digunakan. Setidak-tidaknya anda boleh memanjangkan lagi penggunaan bra yang sedia ada sehingga anda tidak lagi berasa selesa. Tetapi pada masa itu, anda sudah pun berjimat dengan tidak perlu sentiasa membeli bra yang baru. Tidak ada bra untuk dikorbankan? Anda boleh membeli penyambung bra di sini.

penyambung-bra

3. Belly Band / Tube Top

Jika anda tidak mahu menggunakan getah rambut sebagai pengancing seluar, apa kata anda mencuba belly band. Ia diperbuat daripada kain yang memeri dan ia boleh mengelakkan seluar anda dari terlondeh selain memegang perut anda agar lebih selesa. Kelebihan 2 dalam 1! Atau anda juga boleh membeli sebarang tube top untuk dijadikan belly band anda. Anda boleh beli belly band di sini.

belly-band

4. Dress / Jubah

Aduhhh… kalaulah saya mengetahui lebih awal sewaktu mengandung anak pertama dahulu, sudah tentu saya akan beli 1-2 pasang dress labuh. Bukan sahaja boleh dipakai sepanjang tempoh kehamilan, malah selepas itu dan seterusnya. Ia sesuai dipakai ke majlis-majlis, Hari Raya dan juga untuk bersantai. Pastikan anda membeli dress yang tidak mencerut di pinggang dan sesuai untuk penyusuan. Menjimatkan bukan? Lihat ibu-ibu gorgeous menggayakan dress di bawah.

pinterest.com
pinterest.com
pinterest.com
pinterest.com
ibumanja.com
ibumanja.com
ibumanja.com
ibumanja.com

Wow! Menarik bukan? Anda boleh mencari lebih banyak baju dress labuh yang bersesuaian di Poplook dan Zalora.

5. Kardigan / Baju Kemeja

Anda mempunyai kardigan atau kemeja-kemeja yang sudah tidak boleh dibutang? Suaikan dengan baju t yang sedia ada juga belly band untuk menutup jarak antara baju dan seluar. Cepat, santai tetapi tetap bergaya. Mudah bukan?

kardigan-mengandung

6. Bra Sukan

Sekiranya anda perlu membeli bra yang baru, pastikan anda membeli bra yang tidak mempunyai wayar. Kerana apabila dada anda membesar, ia menjadi sangat tidak selesa. Bra sukan adalah sangat menjimatkan. Kerana ianya memeri tetapi masih memberikan sokongan yang sepatutnya. Oleh itu, belilah bra sukan yang betul-betul berkualiti. Ingat kita mahukan bra yang tahan lama. Dalam kes ini kita haruslah alah membeli menang memakai. Bra daripada Cadenshea ini betul-betul menarik walaupun harganya agak mahal. Namun seperti yang dikatakan sebelum ini, tidak salah berbelanja lebih untuk membeli bra kerana ianya boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.

bra-mengandung

 

Itu dia 6 tips jimat dari kami. Jika anda masih perlukan tip-tip penjimatan yang lain berikut ada beberapa artikel kami yang boleh membantu:

Tips merancang pembelian barangan bayi. Wajib beli #2 adalah barang penting yang sering diabaikan.

9 Barangan Bayi Ikea Yang Berbaloi Untuk Dibeli. #2 Paling Berbaloi!

Tip Penjimatan: Membeli Barangan Preloved Untuk Anak-anak Anda

6 Breast Pump Terbaik Mengikut Keperluan Setiap Ibu. #2 Paling Berbaloi!

Ingin membeli secara online? Ikuti artikel berikut:

Senarai Kedai Barangan Bayi Atas Talian

Stail Ibu: Senarai Kedai Baju Mengandung Online Terkini

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here