6 Tip Untuk Menjadi Suri Rumah Yang Bahagia dan Produktif . #4 Paling Wajib!

0
277
views

Tidak mudah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda kena bersedia menjadi seorang yang amat sibuk. Maka, anda perlu menyediakan diri dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan bebanan tugas menjadi seorang suri rumah.

Di sini, kami ingin memberikan anda tip-tip untuk menjadi suri rumah yang lebih bahagia dan produktif. Kerana anda bukan hanya perlu menjadi ibu yang efektif untuk setahun dua tetapi mungkin untuk belasan tahun yang akan datang.

BACA : Mama! Jangan Stress Sangat Okay?

  1. Susun jadual rutin harian anda. Apabila anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, merancang jadual rutin adalah cara lebih mudah untuk menguruskan hari anda. Rancang masa untuk tidur, sarapan, makan tengahari, makan malam dan masa bermain anda dan anak-anak anda. Merancang menu makan untuk seminggu atau sebulan boleh membantu anda membeli belah dan mengurangkan pembuangan masa apabila anda tercari-cari resepi apa yang ingin dimasak setiap hari.
  2. Berkawan. Pilihlah kawan yang seangkatan dengan anda. Iaitu seorang suri rumah yang anda merasa bersikap positif agar anda juga boleh berfikiran positif. Selain itu, anda boleh bertukar-tukar tip dan panduan tentang penjagaan rumah tangga.
  3. Keluar dari rumah. Hanya tinggal di dalam rumah memang membosankan. Sekali sekala bawalah anak anda bersiar-siar menyedut udara di luar. Pertukaran pemandangan bagus untuk ibu dan anak.
  4. Hobi. Carilah hobi yang anda suka. Apabila anda dikerumuni dengan tugas-tugas di rumah, amat mudah untuk anda beremosi bahawa ini semua tidak adil untuk anda dan anda perlukan kredit. Dengan mempunyai hobi, anda akan merasa lebih tenang dengan membuat perkara yang anda suka dan lebih menghargai diri anda.
  5. Libatkan anak anda dalam aktiviti rumah. Ketika anda memasak atau membersihkan rumah dan anak anda menunjukkan minat, berilah mereka peluang untuk membantu. Ini boleh membuatkan anak anda merasakan diri mereka penting. Walaupun kemungkinan mereka mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan tugasan itu tetapi inilah cara mereka belajar untuk menjadi bertanggungjawab.
  6. Tunjukkan kasih sayang anda setiap hari. Peluklah anak-anak anda seberapa banyak yang mungkin. Dengan cara ini memudahkan mereka menunjukkan kasih sayang mereka kepada anda.

Sumber:

  • https://www.facebook.com/notes/ceciter-ilmu/tips-membina-keyakinan-diri-untuk-surirumah/222437371123970
  • http://naufalsayang.blogspot.com/2011/02/susun-rutin-mengikut-jam-tip-suri-rumah.html
  • https://www.care.com/a/6-tips-to-be-a-successful-stay-at-home-mom-1202110432
  • http://www.blogher.com/10-tips-being-happy-and-productive-stay-home-mom
Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here