7 Kebaikan Darah Tali Pusat Bayi. #4 Paling Penting

1
191
views

Tahap kesedaran mengenai kebaikan darah tali pusat di negara kita masih lagi di tahap rendah jika dibandingkan dengan luar negara.

BACA: Memahami Vaksinasi Di Malaysia

Melalui artikel ini, pembaca akan mengetahui

  1. Apakah itu darah tali pusat
  2. Apakah kebaikan darah tali pusat
  3. Apakah penyakit yang boleh dirawat menggunakan darah tali pusat
  4. Syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan darah tali pusat

Apakah itu darah tali pusat?

Secara mudahnya darah tali pusat ialah darah yang diekstrak daripada tali pusat bayi sebaik sahaja kelahiran. Proses ini akan dijalankan oleh doktor ataupun jururawat. Apa yang pentingnya ialah sel stem yang terkandung di dalam darah tali pusat. Sel stem ini berpotensi berkembang menjadi komponen penting di dalam darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platlet.

Apakah kebaikan darah tali pusat?

  1. Darah tali pusat boleh didermakan kepada mereka yang memerlukan darah.
  2. Menurut kajian darah tali pusat mempunyai kebarangkalian yang rendah dalam transmisi sesetengah virus.
  3. Terdapat 3 sumber sel stem pada manusia iaitu sum sum tulang, darah dan tali pusat bayi. Daripada ketiga-tiga sumber ini tali pusat bayi adalah paling mudah dan tidak berisiko ibu dan bayi.
  4. Sel darah tali pusat adalah lebih mudah diterima serta risiko penolakan juga adalah lebih rendah berbanding dengan sel stem tulang sum sum.
  5. HLA adalah sejenis protein di permukaan stem sel yang menentukan kejayaan proses transplasi. Frekuensi HLA adalah berbeza di antara kaum, maka ini membuatkan padanan darah lebih mudah dilakukan berdasarkan latar belakang etnik dan kaum.
  6. Tiada had jangka hayat bagi menyimpan darah tali pusat. Namun begitu, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja oleh seorang pesakit dengan padanan yang sesuai.
  7. Terdapat lebih 80 jenis penyakit boleh di rawat dengan darah tali pusat seperti penyakit leukimia.

Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat oleh darah tali pusat

  1. Leukima
  2. Lymphomas
  3. Myelodysplasia
  4. Bone Marrow Failure Syndromes
  5. Hemoglobinopathies
  6. Immune Deficiencies

Kenapa anda perlu mendermakannya?

  1. Darah yang didermakan sudah siap sedia tersimpan untuk terus digunakan oleh pesakit.
  2. Pengambilan darah tali pusat tidak menyebabkan apa-apa risiko kepada bayi dan ibu berbanding pengambilan sel stem melalui tulang sum sum.
  3. Darah tali pusat tidak memerlukan padanan 100% dengan penerima, maka peluang untuk pesakit adalah lebih cerah.
  4. Sel imun di dalam darah tali pusat mempunyai kebarangkalian yang lebih rendah menyerang tisu pesakit berbanding dengan darah dari tulang sum sum.
  5.  Kebarangkalian yang rendah dalam transmisi sesetengah virus seperti Epstein-Barr virus (EBV) dan cytomegalovirus (CMV) iaitu virus yang selalunya menyerang pesakit tranplantasi.

Tetapi anda tidak perlu risau, jika anda memerlukannya suatu hari nanti, anda boleh mendapatkannya dengan syarat penjenisan HLA adalah sepadan dan unit darah tali pusat masih lagi dalam simpanan.

5 hospital yang menerima darah tali pusat ialah

  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Serdang
  3. Hospital Selayang
  4. Hospital Ampang
  5. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah

Jika anda ingin menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan sendiri, terdapat beberapa syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Iaitu:

  1. http://www.cryocord.com.my/
  2. http://cellsafegroup.com
  3. http://stemlife.com/

Fatwa berkenaan dengan menderma darah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Menderma darah hukumnya harus.
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.
Advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here