7 Stroller Kompak Terbaik Yang Menjimatkan Ruang di Dalam Kereta Anda

0
12
views

Kekurangan ruang di dalam kereta? Memerlukan stroller yang lebih kecil? Kami mempunyai senarai lengkap stroller kompak yang menjimatkan ruang di dalam kereta anda dengan paling optimum.

Recaro Easylife Stroller (RM1169 – RM2099)

recaro-easylife-strollerDengan ukuran selepas lipatan ialah 49 x 58 x 26 cm, Recaro Esylife Stroller ini juga amat ringan dengan berat hanya 5.7 kg.

Apa yang lagi menarik, untuk melipat dan membuka stroller ini, hanya sebelah tangan sahaja yang diperlukan.

Walaupun stroller ini ringan dan kompak, tetapi ini tidak bermakna stroller ini kekurangan  kelebihan yang lain. Stroller ini mempunyai penyandar yang boleh dilaras dalam beberapa aras, hud pelindung yang besar  serta 8 roda suspension yang membolehkan anda menggerakkan stroller ini dengan mudah menggunakan sebelah tangan.

GQ QBit+ (RM2038 – RM2751)

gb_qbit_plus_monument_blackStroller jenis kompak GQ QBit+ dengan ukuran 42 x 53 x 49cm apabila dilipat, stroller atau pushchair ini mempunyai keberatan sebanyak 7.6kg.

Penyandar belakang boleh dilaraskan sehingga rata menyebabkan ia sesuai untuk bayi yang baru lahir.

Apa yang mengagumkan dengan stroller ini, rangkanya boleh disuaikan dengan infant car seat dari jenama GB Asana, Cybex Aton dan Maxi Cosi Mico!

Baby Jogger CIty Tour (RM1299)

baby-jogger-city-tourBaby Jogger City Tour sesuai untuk bayi berumur 6 bulan sehingga mereka mencapai berat 22kg. Dengan hanya seberat 6.4kg, direka untuk kegunaan harian dan juga ketika melancong.

Ukuran selepas lipatannya ialah 45.5 x 23 x 57cm cukup muat untuk diletakkan ke dalam ruang hand luggage kapal terbang.

Penyandar belakangnya boleh diubahsuai kepada 5 laras. Kanopinya juga cukup besar untuk menghalang cahaya matahari.

Mountain Buggy, Nano Buggy (RM1399++)

mountain-buggy-nano-strollerSungguh minimalis rekaan stroller Mountain Buggy Nano ini. Beratnya hanya 6kg! Ukurannya setelah dilipat ialah 51 x 30 x 54cm turut boleh di bawa sebagai hand luggage ketika menaiki kapal terbang.

Walaupun stroller ini sesuai untuk bayi berumur 6 bulan sehingga berat mencapai 20kg, anda mempunyai opsyen untuk menggantikan bahagian tempat duduk dengan coccoon yang direka khas untuk bayi baru lahir.

Walaupun nampak simple tetapi ia tidak sama sekali mengurangkan mutunya!

GB Pockit (RM959 – RM3000)

international-shippinggb-pockit-stroller-capri-blueGB Pockit stroller kompak yang sangat popular di Malaysia. Teramat ringan dengan hanya seberat 4kg sahaja! Malah stroller ini telah menempah nama di dalam Buku World Guiness Record sebagai stroller paling ringan di dunia. Malah ukuran lipatannya juga hanya 35 x 30 x 18cm.

Stroller ini sesuai untuk bayi berumur 6 bulan sehingga tahun didatangkan dengan 6 pilihan warna.

Stroller ini dilipat dalam 2 langkah. Ini bermaksud, anda boleh melipat dan membukanya dalam masa beberapa saat sahaja. Juga boleh menjadi hand luggage ketika menaiki kapal terbang.

Babyzen Yoyo (RM2499 – RM3000)

babyzen-yoyo-black-frame-redBabyzen Yoyo Stroller memenangi banyak anugerah kerana mempunyai sistem lipatan satu tangan yang sangat mudah dan ukuran lipatan yang kecil (52 x 44 x 18cm).

Rangkanya boleh dimuatkan dengan car seat yang popular seperti Maxi Cosi, BeSafe and Cybex Aton 4 dan Q (menggunakan Babyzen Plus Car Seat Adapters). Beratnya ialah 6.2kg dan sesuai untuk bayi berumur 6 bulan sehingga 18kg.

Bugaboo Bee 3 (RM4700++)

bugaboo-bee-3Walaupun Bugaboo Bee 3 tidak mempunyai sistem lipat satu tangan tetapi ia tetap dikatakan antara yang paling mudah untuk dikendalikan.

Bakul dibahagian bawah tempat duduk agak besar untuk kegunaan membeli belah.

Car seat yang boleh dimuatkan di atas rangka stroller ini ialah Britax B-Safe, Chicco Key Fit, Chicco Key Fit 30, Maxi-Cosi Micro AP, Maxi-Cosi Mico NXT, Maxi-Cosi Prezi, Cybex Aton 2 dan Cybex Aton Q.

Salah satu dari keistimewaannya ialah tempat duduknya boleh berubah arah sama ada ke arah depan atau ke belakang mengikut kesesuaian.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here