9 Barangan Bayi Ikea Yang Berbaloi Untuk Dibeli. #2 Paling Berbaloi!

0
8
views

Siapa yang tidak tergoda? Kami di Lovebaby sangat menggemari barangan IKEA kerana reka bentuk yang ringkas, memenuhi keperluan dan harga yang berpatutan.

BACA: 17 Ubah Suai Barangan Ikea Untuk Anak-anak. Comel-comel belaka!

Di sini kami ingin menyenaraikan barangan IKEA khas untuk bayi yang sangat-sangat berbaloi untuk dibeli.

1. Set Makan Bayi MATA (RM12.90)
mata-piece-eating-set-green
Kenapa kami menyukainya: Hanya RM12.90 untuk 4 alatan makan yang comel untuk si kecil. Sesuai untuk digunakan sebaik sahaja bayi anda mula memakan makanan pejal. Selamat digunakan untuk ketuhar gelombang mikro. Apa lagi yang anda mahukan?

2. Kerusi Makan ANTILOP (RM49.90)
antilop-highchair-with-tray
Kenapa kami menyukainya: Reka bentuk yang ringkas membuatkannya mudah dibersihkan. Ia juga mudah dipasang dan mudah juga diceraikan semula untuk di bawa ke mana-mana.

3. Bib OMTALIG (RM12.90)
omtalig-dribble-bib-assorted-colours
Kenapa kami menyukainya: 3 untuk RM12.90 bagi kami adalah murah. Comel, ringkas dan mudah dipakai sesuai untuk semua keadaan. Boleh dipakai oleh bayi seawal baru lahir.

4. Tab Mandi LATTSAM (RM19.90)
lattsam-baby-bath-white
Kenapa kami menyukainya: Ringkas dan murah. Apa lagi yang anda mahukan?

5. Mangkuk KALAS (RM5.50)
kalas-bowl-assorted-colours
Kenapa kami menyukainya: 6 mangkuk warna-warni yang boleh di gunakan dalam ketuhar gelombang mikro. Mudah untuk memanaskan makanan bukan hanya untuk kanak-kanak malah kita juga boleh menggunakannya untuk memanaskan pelbagai makanan.

6. LEKA Mobile (RM19.90)
leka-mobile
Kenapa kami menyukainya: Selalunya harga di kedai pasti mahal. Produk ini lebih ringkas dan tidak begitu sarat. Tambahan pula ia diperbuat dari kain.

7. Trak Menolak EKORRE (RM99)
ekorre-toddle-truck
Kenapa kami menyukainya: Kerana harganya yang lebih murah dari biasa. Tambahan pula, ini lebih disyorkan daripada baby walker yang biasa.

8. Tikar LEKA (RM119)
leka-play-mat-blue__0237000_PE376214_S4
Kenapa kami menyukainya: Ia diperbuat daripada kain maka ia boleh dilipat untuk mudah dibawa ke mana-mana. Tikar ini juga mempunyai permainan yang dijahit di bahagian tepi untuk simulasi si kecil.

9. Baby Gym LEKA (RM129)
leka-baby-gym
Kenapa kami menyukainya: Reka bentuknya ringkas memudahkan ia di bawa kemana-mana dan boleh disimpan dengan mudah.

Previous articleHari Pramatang Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan
Next article13 Tip Menghadapi Sakit Kontraksi
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here