Alahan Semasa Hamil : Informasi dan Tips Cara Mengatasi

0
175
views

Tidak semua wanita bernasib baik menjalani proses kehamilan yang normal, ada yang mengalami alahan sama ada sepanjang tempoh kehamilan atau hanya dalam trimester pertama.

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simptom-simptom seperti muntah-muntah, sakit kepala dan sebu perut. Ada yang hanya mengalaminya di awal pagi tetapi ada juga yang mengalaminya sepanjang hari.

Alahan dikatakan disebabkan oleh perubahan hormon dan fizikal tubuh badan. Selain dari itu, alahan  juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan gula di dalam darah.

 

Perlukah saya berjumpa doktor?

Hanya  jika si ibu mengalami muntah-muntah yang teruk sehingga apa sahaja yang dimakan diluahkan kembali, maka si ibu memerlukan rawatn doktor dengan segera. Ini kerana ibu berkemungkinan mengalami dehidrasi.

 

Simptom-simptom dehidrasi

  1. Pening-pening
  2. Dahaga
  3. Air kencing sedikit daripada biasa

Ibu yang mengalami dehidrasi akan diberikan cecair tambahan melalui drip oleh doktor.

 

Cara mengatasi alahan

  1. Makan biskut kering atau makanan ringan sejurus selepas bangun dari tidur untuk menyerap asid di dalam perut dan mengekalkan tahap gula badan.
  2. Makan sedikit dan kerap (seperti 2 jam sekali) bagi mengekalkan kestabilan gula di dalam darah.
  3. Simpan snek ringan seperti biskut  disisi anda setiap masa.
  4. Cuba minum dengan kerap antara waktu makandan hadkan minuman semasa makan.
  5. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
  6. Elakkan makanan yang mencetuskan rasa loya seperti makanan berminyak, berempah, kafein, makanan yang manis seperti gula-gula.
  7. Multivitamin kehamilan boleh mengurangkan simptom mabuk kehamilan.
  8. Minum 10 gelas air sehari untuk menggantikan bendalir dalam badan dan mengelakkan sembelit.
  9. Pastikan pakaian selesa dan tidak memanaskan. Kerana kepanasan boleh mencetuskan rasa loya dan pening.
  10. Cuba aromaterapi seperti minyak limau nipis, lemon atau sitrus.
Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here