Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekiranya BFF Anda Bersalin?

    Sebagai rakan baik, apakah yang anda patu lakukan untuk BFF anda selepas melahirkan anak.

    0
    77
    views

    Kawan baik anda sudah bersalin! Sebelum ini andalah tempatnya berkongsi pendapat untuk persoalan apa nama yang sesuai, baju-baju bayi yang comel, car seat, stroller dan sebagainya. Mungkin anda juga seorang ibu. Atau anda lebih pandai meng’google’ daripada BFF anda. Oleh itu, kawan baik anda mengharapkan anda untuk memberikan tip-tip berguna untuk menghadapi kelahiran kelak.

    Dan sekarang, BFF anda sudah pun melalui proses kelahiran. Seperti seorang kawan yang sebenar-benar baik, anda berkongsi kegembiraannya! Apakah yang boleh anda lakukan sebagai BFF?

    #1 Tunggu dulu! Bagi masa untuk si ibu membiasakan diri dengan rutin terbaru.

    zoriana-stakhniv-bff-bersalin

    Sebagai seorang rakan yang memahami anda harus mengetahui bahawa kehidupan selepas mempunyai anak akan mendatangkan perubahan yang besar. Tambahan pula, bayi tersebut masih kecil dan anda tidak mahu menjangkiti apa-apa kepadanya.

    Tambahan pula, tentu ramai yang akan bertanya khabar dan ini sedikit sebanyak meletihkan dan mungkin merimaskan rakan anda.

    Jadi berikan dia ruang untuk bernafas.

    #2 Datang dengan membawa hadiah

    annie-spratt-bff-bersalin

    Jika anda mempunyai duit lebih dan ingin menghadiahkan sesuatu, kami ada idea. Mungkin anda boleh menghadiahkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan bayi. Dengan ini, dia akan berasa dihargai dan disayangi.

    Rakan anda mungkin dalam keadaan stress. Tidur yang tidak mencukupi, pakaian tidak sempat bertukar.

    Hadiah seperti cokelat dan sebagainya mungkin boleh menaikkan semangat dan memberi rasa positif kepada si ibu baru.

    #3 Masakkan makanan

    Photo by Katie Smith on Unsplash
    Photo by Katie Smith on Unsplash

    Jangan lupa, bukan si ibu sahaja yang kepenatan. Si bapa juga akan berada dalam keadaan yang sama. Jika anda datang dengan membawa makanan berpantang, bukankah itu sangat-sangat membantu?

    Tidak tahu apa yang boleh anda masak? Klik di sini untuk senarai 22 jenis resepi mudah.

    #4 Hulurkan bantuan jika diperlukan

    Photo by Nik MacMillan on Unsplash
    Photo by Nik MacMillan on Unsplash

    Mungkin rakan anda memerlukan bantuan untuk menghantar barang atau mengambil barang dan sebagainya. Hulurkan bantuan!

    Rakan anda perlu mengemas rumah atau membasuh baju atau apa sahaja! Bantulah dia.

    Jasa anda akan dikenang sampai bila-bila.

    #5 Jadilah rakan yang mendengar

    Photo by Ben White on Unsplash
    Photo by Ben White on Unsplash

    Proses transisi menjadi seorang ibu bukanlah mudah (percayalah!). Kadang kala anda hanya perlu menjadi pendengar yang setia. Rakan anda baru sahaja lepas bersalin. Hormon masih belum stabil. Meroyan bukanlah mitos.

    Anda mungkin akan mengurangkan bebanannya hanya dengan mendengar keluh kesah dan kebimbangan rakan anda itu.

    #6 Elakkan memberi pandangan negatif

    ambreen-hasan-bff-bersalin

    Anda mungkin tidak sengaja atau tidak bermaksud negatif. Tetapi untuk sementara waktu simpan dahulu cerita-cerita negatif sehingga ke masa yang sesuai.

    Ingat, waktu-waktu ini si ibu sangat sensitif.

    Advertisement

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here