Argh! Apakah garisan hitam di perutku? Boleh hilang selepas bersalin?

1
20
views

Garisan gelap menegak yang merentasi pusat ini adalah salah satu perubahan yang berlaku ketika mengandung akibat daripada perubahan hormon. Tetapi jangan risau ia akan mula menghilang dalam masa 2 minggu selepas kelahiran dan akan hilang sepenuhnya dalam 9 ke 12 bulan. Pheww! Anda perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering.

Garisan yang kadang kala boleh mempunyai ketebalan sehingga 1 cm ini, selalunya muncul sekitar trimester ke dua. Garisan gelap ini juga mungkin akan muncul pada pusat, payudara dan vagina juga!

Tetapi anda juga harus mengetahui bahawa bukan ini sahaja perubahan yang akan berlaku pada kulit ketika hamil. Perubahan pigmentasi pada muka dan leher, jaringan urat yang timbul pada kaki, bintik-bintik, jerawat dan tanda regangan juga bakal muncul.

Walaubagaimanapun tidak semuanya negatif. Ketika hamil inilah anda dikatakan lebih berseri-seri. Ini kerana kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Kulit anda juga cerah bersinar kerana peningkatan tahap peredaran darah di seluruh badan anda.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here