Raya 2017 : 6 Kedai Atas Talian Untuk Baju Raya Kanak-kanak

0
12
views

Puasa 2017 sudah menjelma Hari Raya bakal tiba. Sudahkah anda membuat persiapan? Sebut pasal persiapan bagaimana baju raya anak-anak tahun ini? Tidak sempat? Apa kata kita lihat senarai kedai atas talian (online shops) yang menawarkan baju raya bagi kanak-kanak. Uuuuuu… terujakan? Saya suka shopping!

Poplook Kids
poplook
Dahulu Poplook hanya menjual pakaian kanak-kanak perempuan. Kini Poplook telah maju setapak dengan turut menyediakan pakaian untuk kanak-kanak lelaki. Pakaian Poplook kebanyakannya bercirikan ‘minimalis’ sedap pada mata yang memandang. Apa yang lebih menarik, pakaian raya turut didatangkan sedondon dengan pakaian ibu. Tetapi maaflah pakaian lelaki dewasa tidak dijual lagi buat masa ini.

Harga: RM60 – RM160

BB Luvs Me
bbluvsme
Jika anda tidak pernah mendangar nama kedai ini, anda memang rugi. Baju raya yang disediakan tidak begitu banyak seperti Poplook. Tetapi mempunyai design yang menarik dengan gabungan fabrik pelbagai warna di dalam satu baju. Harganya juga agak berpatutan!

Harga: RM89 – RM95

Fashion Valet – Kids
fashionvalet
Siapa tidak mengenali Fashion Valet? Di Fashion Valet ada menawarkan semua jenis pakaian kepada lelaki dan perempuan. Dan pada tahun ini, mereka menyediakan rangkaian pakaian Hari Raya untuk kanak-kanak.

Harga: RM75 – RM250

Whimsigirl.com
whimsigirl
Jika anda mahukan kelainan baju raya ibu dan anak, Whimsigirl ada jawapannya. Ringkas tetapi tetap anggun, Whimsigirl banyak bermain dengan fabrik untuk memberikan keanggunan yang lain dari yang lain.

Harga: RM175 – RM225

Tooba Malaysia
tooba
Tooba Malaysia juga tidak kurangnya. Banyak memanipulasi corak-corak pada kain menyebabkan setiap produk keluaran mereka ada kelebihannya. Bukan hanya untuk kanak-kanak perempuan, tetapi Tooba Malaysia turut menjual baju melayu untuk kanak-kanak lelaki yang comel-comel belaka. Cubalah lihat Koleksi Hipster mereka di Instagram.

Harga: RM139 – RM170

Pokoks.com
pokok
Koleksi Wau Raya 2017 dari Pokoks.com tahun ini sangat menarik. Koleksi ini menyediakan aksesori sedondon untuk satu keluarga yang merangkumi samping untuk untuk si ayah, beg bimbit untuk si ibu dan baju (baju kurung dan baju melayu) untuk si kecil di dalam keluarga. Dengan pattern yang sangat menarik rugi jika anda tidak sekurang-kurangnya melihat dahulu apa yang mereka sediakan.

Harga: RM39.50 – RM165.50

Jika anda tidak mempunyai tema pada Hari Raya tahun ini atau mungkin idea baju raya bagi anda sekeluarga adalah ringkas dan mudah, apa kata anda berkunjung ke laman web Uniqlo untuk seleksi baju yang menarik. Uniqlo juga turut menawarkan baju-baju muslimah yang pasti anda minati.

Di mana anda shopping raya tahun ini? Taipkan cadangan anda di ruangan komen di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here