Tip Penjimatan: Membeli Barangan Preloved Untuk Anak-anak Anda

0
16
views

Barangan bayi bukan murah. Saya sebagai WAHM (work at home mom) selalu mencari alternatif-alternatif yang boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan rumah.

Jadi, di sini lovebaby nak kongsikan satu cara lagi untuk berjimat. Iaitu barangan preloved atau second hand. Bukan saja kita boleh berjimat, kita juga boleh menjual semula barangan bayi yang kita tidak perlukan lagi. Maka, tidaklah membazir selain dapat membantu ibu-ibu lain yang tidak berkemampuan. Jangan salah sangka, banyak juga barangan yang masih baru seperti hadiah-hadiah yang tidak diperlukan mungkin sudah terlalu banyak. Kalau ikut cara saya, apabila saya ingin membeli permainan untuk anak saya, saya akan jual terlebih dahulu permainan lama yang sudah kurang ‘popular’. Dengan cara ini, saya boleh dapatkan modal untuk membeli permainan lain. Oleh itu, saya jimat wang dan tempat di rumah saya.

Barang-barang yang di jual antaranya:

  1. Pakaian bayi / kanak-kanak
  2. Stroller
  3. Breast pump
  4. Permainan
  5. Car seat
  6. Lampin pakai buang (masih baru)
  7. Susu formula (masih baru)

BACA: 8 Stroller Lipat Payung Yang Ringan Dan Murah Pilihan Lovebaby. #6 Paling Ringan!

Mari saya kongsikan group-group Facebook dan website yang menjual barangan preloved.

Website

1. mudah.my

 

 

Website yang popular menjual barangan second hand. Anda boleh mencari barang-barang yang anda inginkan dengan memilih kategori-kategori yang disediakan. Ada 2 kategori penjual, pertama Private dan yang kedua Company. Harus diingatkan, tidak semestinya penjual kategori Company barang-barangnya baru.

2. http://mybabysell.com

 

 

Website ini khas untuk barang-barang preloved bayi dan kanak-kanak. Banyak stroller, car seat dan playmat di jual di sini.

Facebook Group

1. Preloved Baby Items Only

preloved-baby-items-only-header

 

 

Dalam group ini, anda juga boleh menjual dan membeli barangan bayi dan kanak-kanak dengan mudah. Ramai yang menjual pakaian bayi preloved secara pukal, stroller dan permainan yang berjenama dengan harga yang murah. Malah anda juga boleh tawar menawar harga dengan penjual. Anda dinasihatkan baca terlebih dahulu peraturan yang ditetapkan oleh admin group ini.

2. Preloved Baby Item Malaysia

preloved-baby-items-malaysia-header

Ini adalah salah satu group preloved yang paling dipercayai yang pernah saya jumpa. Tetapi masih ada kes-kes penipuan. Maka berhati-hati ketika berurusan menjual beli dan baca terlebih dahulu peraturan yang ditetapkan oleh group ini.

Berhati-hati ketika membeli barang preloved

Penting! Berhati-hatilah ketika membuat sebarang transaksi dengan penjual. Buat reasearch terlebih dahulu sebelum membeli dan kalau boleh COD atau Cash On Delivery untuk meneliti barang yang anda inginkan itu.

Kesimpulannya….

1. Kita boleh mengelakkan pembaziran dengan menjual barang yang masih elok dan tidak diperlukan lagi
2. Kita boleh mendapatkan barangan yang berkualiti dan berjenama dengan harga yang jauh lebih rendah
3. Kita boleh membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan menjual barang terpakai yang masih elok dengan harga yang murah dari harga asal
4. Apabila kita menjual barangan terpakai, kita boleh menjimatkan ruang di dalam rumah kita

Selamat bershopping! Anda ada cara lain untuk berjimat? Kongsikan di sini agar kita semua dapat sama-sama mendapat kebaikannya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here