Beri Anak Minum Susu Badan Bercampur Air Masak, Pasangan Di Dakwa Di Mahkamah

1
159
views

Pasangan dari Georgia, Amerika Syarikat ini terpaksa menanggung akibat dari perbuatan mereka yang mencampurkan air masak ke dalam susu badan yang diberikan pada bayi mereka.

Menurut berita Daily Mail, ibu bayi tersebut, Lauren Fristid tidak dapat menghasilkan susu yang cukup untuk bayinya. Oleh kerana tidak mampu membeli susu formula, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk menambah air masak ke dalam susu tersebut.

Akibatnya, anak mereka dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan air. Pasangan ini sedang didakwa di mahkamah Amerika Syarikat atas tuduhan membunuh bayi mereka yang berusia 10 bulan itu.

Sedih membaca berita seperti ini. Golongan yang terhimpit dek keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat. Apatah lagi apabila mereka kurang pendedahan mengenai kesihatan anak dan bantuan yang disediakan untuk golongan ini.

Kami di fahamkan terdapat program bernama WIC dan program-program lain di Amerika Syarikat yang menyalurkan bantuan nutrisi untuk bayi bagi golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan seperti pasangan ini.

LoveBaby mencari informasi sekiranya terdapat program seperti WIC di Malaysia untuk kami war-warkan kepada golongan sasar. Jika program seperti ini masih belum wujud di Malaysia, kami berharap akan ada NGO atau agensi kerajaan yang akan berusaha mengadakan program seperti ini supaya mereka yang kurang berkemampuan di Malaysia ini dibantu.

Sila maklumkan kepada kami jika anda mempunyai maklumat berkenaan program yang seumpama WIC ini di Malaysia.

Advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here