Cabaran Berpuasa Ketika Hamil Dan Tip-tip Berpuasa dan Berbuka

1
12
views

Berpuasa ketika hamil adalah selamat jika ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan tidak mengalami apa-apa komplikasi. Tumbesaran janin, kesihatan janin dan air ketuban juga tidak terjejas jika ibu tidak mempunyai masalah kesihatan.

makan

BACA: Alahan Semasa Hamil : Informasi dan Tips Cara Mengatasi

Hukum wanita hamil berpuasa

Perempuan yang sedang hamil dan bimbang jika ia berpuasa akan membahayakan dirinya, diharuskan berbuka tetapi wajib mengqadha’ puasa yang ditinggalkan. Sekiranya ia bimbang akan membahayakan kandunganya, harus baginya berbuka puasa tetapi wajib qadha’ serta membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

rujukan: http://apps.islam.gov.my/ka/questions/view/33618

Terdapat beberapa komplikasi yang melarang wanita hamil dari berpuasa

1. Kehamilan kembar
2. Diabetis
3. Penyakit buah pinggang
4. Penyakit hati yang tidak berfungsi
5. Tekanan darah tinggi
6. Berisiko melahirkan bayi pramatang
7. Bronchial asthma yang kuat

Bagaimanapun, keupayaan untuk berpuasa setiap wanita hamil adalah berbeza. Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut ketika berpuasa, adalah dinasihatkan untuk tidak meneruskan puasa anda.

Tanda-tanda tersebut ialah:

1. Rasa pening, lemah atau pitam walaupun sudah berehat
2. Rasa loya dan muntah-muntah
3. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini menandakan anda sedang mengalami dehidrasi dan anda harus berbuka dengan segera kerana boleh membahayakan diri anda dan bayi.
4. Pergerakan bayi di dalam kandungan kurang daripada biasa.
5. Terasa rahim mengeras. Ia mungkin mengakibatkan kelahiran pramatang.

Ada juga pakar perubatan yang tidak menggalakan wanita hamil berpuasa ketika trimester pertama kerana selalunya pada peringkat ini, selalunya wanita akan mengalami simptom ‘morning sickness’ di samping saat inilah bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Tip berpuasa bagi wanita hamil

1. Elakkan stress
2. Rancang aktiviti harian anda supaya anda banyakkan berehat
3. Banyakkan minum air ketika berbuka dan bersahur
4. Elakkan meminum air berkaffein
5. Pastikan anda memakan banyak makanan berprotein seperti kekacang, daging dan telur
6. Elakkan memakan makanan yang tinggi gula kerana ia akan paras gula tinggi dan rendah dengan mendadak menyebabkan anda rasa pitam dan pening
7. Elakkan makanan yang berminyak kerana makanan ini kurang khasiatnya.
8. Makan makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang.
9. Amalkan pengambilan air masak, jus dan buah-buahan sebelum tidur.
10. Jangan meninggalkan sahur
11. Melewatkan sahur adalah amalan yang terbaik juga merupakan sunnah nabi.

Tip berbuka puasa

Mulakan dengan:
1. 3 biji kurma dan jus buah-buahan
2. Susu atau yogurt rendah lemak
3. Sup jernih

Kemudian makanlah makanan yang seimbang yang mengandungi:
1. Protein seperti ayam, ikan, telur, tauhu dan tempe.
2. Bijirin seperti nasi, mihun, spageti, roti dan biskut
3. Makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan kerana ia membantu memberi rasa kenyang yang lama.

Selepas berbuka berehatlah seketika dan kemudian bangun dan lakukan aktivit-aktiviti ringan.

Rujukan:
1. http://www.babycenter.com.my/a1028984/tip-tip-kesihatan-semasa-hamil-dan-berpuasa

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here