Cara Menangani Kritikan Pedas Dari Ibu Bapa Yang Lain. Kongsikan Cara Anda Pula

1
7
views

Kadang kala kita ketika membaca timeline di Facebook, kita ada melihat sesetengah ibu bapa yang melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap cara ibu bapa lain terhadap anak-anak mereka.

Ketahuilah, kita bukanlah pemenang anugerah ibu bapa terbaik. Mungkin ada beberapa tindakan kita mendatangkan kritikan daripada orang lain.

Walau apapun, yang penting adalah anak kita sihat dari segi mental dan fizikal. Kita juga mestilah berfikiran terbuka untuk mendengar pendapat orang lain. Mungkin ada yang kita terlepas pandang.

Tetapi tidak dinafikan, ada sesetengah ibu bapa yang terlampau taksub dengan cara pemikiran mereka sehingga apa yang orang lain katakan adalah langsung tidak benar baginya. Susahlah. Berkongsi dan bertukar pendapat bukankah lebih baik daripada asyik mencari siapa salah dan siapa betul?

BACA: 10 Perkara Yang Tidak Pernah Diberitahu Apabila Menjadi Ibu

Ada beberapa cara yang ingin dikongsikan di sini:

1. Bertenang

Jangan cepat melatah! Cuba baca dari tona percakapan mereka. Jika mereka bertanya kenapa kita perlu lakukan sesuatu perkara sedemikian rupa, itu tidak semestinya mereka ingin mengkritik. Mungkin mereka hanya ingin tahu. Maka terangkanlah kepada mereka dengan baik.

2. Agree to Disagree

Setuju untuk tidak bersetuju. Apa? Ada sesetengah ibu bapa yang begitu lantang menyuarakan pendapat dan tidak mahu mengalah. Maka, untuk memendekkan perbualan dan mengelakkan pergaduhan, iakan sahaja. Mungkin mereka akan berhenti dan beralih kepada topik yang lain. Jangan bazirkan masa dan tenaga. Sudah pastinya mereka hanya perlukan orang untuk bersetuju sahaja.

3. Tiada ibu bapa yang sempurna di dunia ini

Ya! Tiada siapa yang sempurna. Oleh itu jika ada yang cuba mengkritik, cuba untuk mendengar terlebih dahulu. Mungkin apa yang dikatakan ada betulnya. Ini menunjukkan kita sentiasa mencari cara yang terbaik untuk mendidik dan menjaga anak kita.

4. Letakkan had

Ada sesetengah ibu bapa pula sengaja memberi kritikan dengan tujuan untuk menjatuhkan. Untuk mereka yang sebegini, letakkan had. Ini bermakna jika kita sudah mula merasakan perbualan itu mula menjadi ‘panas’ maka cubalah untuk menukar topik. Atau cakap sahaja terus terang yang kita tidak mahu hubungan dengan mereka regang dengan perkara tersebut oleh itu marilah bertukar tajuk perbualan.

5. Biar sahaja mereka bercakap

Jika anda masih boleh bersabar, maka biarkan sahaja mereka bercakap. Sebagai respon anda mungkin boleh menyelitkan lawak dan gelakkan sahaja.

Ini hanyalah pendapat. Tidak semua akan bersetuju dengan cara yang sama.

Bagaimana pula cara anda mengatasi kritikan pedas daripada orang lain?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here