Dapatkan Hadiah Percuma Bila Anda Mengumpul Mata Ganjaran. Mudahnya!

0
11
views

Adakah anda mempunyai anak-anak kecil yang masih meminum susu? Jika ada jangan dibuang lagi kotak bungkusannya! Anda mungkin berpeluang mendapatkan hadiah percuma seperti permainan berjenama dan banyak lagi. Ini memberi peluang kepada anda untuk berjimat.

Mari kita lihat senarai produk yang membolehkan anda menebus mata ganjaran bagi setiap pembelian.

1. Dutch Lady Nutri Plan
dutch-lady
Dutch lady menawarkan polisi insuran pendidikan untuk anak anda sebagai ganjaran apabila menebus mata pembelian pek susu Dutch Lady Nutri Plan. Terdapat 2 jenis pelan insuran yang ditawarkan yang keduanya berjumlah RM100,000 dan RM50,000 setiap satu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara menebus mata yang anda kumpul, lawati link ini – Tebus Smart Insurance

2. Dugro
dugro
Dugro mungkin tidak mempunyai tawaran penebusan yang tetap. Tetapi dari semasa ke semasa, anda boleh melawati laman web Dugro untuk mengetahui promosi dan acara yang sedang dianjurkan. Contohnya, dari 1 Januari 2016 sehingga 29 Febuari 2016 ini, Dugro menawarkan sesi membeli belah sebanyak RM2,000 jika anda terpilih untuk memenangi pertandingan menulis slogan ini. Untuk informasi lebih lanjut, sila lawati pautan ini – Menangi Sesi Membeli Belah

3. Friso Gold
friso-gold
Anak anda minum susu Friso Gold? Untunglah! Ini bermakna anda berpeluang menikmati diskaun harga jika anda mengumpul bukti pembelian produk Friso Gold. Menarik bukan? Jadi jangan sia-siakan peluang ini. Untuk cara-cara penebusan mata menjadi diskaun, sila ikuti laman web ini – Friso Gold Jangan lupa mendaftar!

4. Anmum

Bukan susu bayi sahaja yang boleh ditebus mata ganjarannya. Susu untuk ibu mengandung Anmum juga membolehkan anda menerima ganjaran jika anda membeli produk mereka. Jangan lupa simpan bukti pembelian ya! Dan dapatkan ganjaran anda di sini – Anmum

5. Sustagen
sustagen
Jika anak anda meminum susu Sustagen, jangan lupa pula menggunting barcode yang terdapat pada kotak susunya. Pelbagai barangan yang boleh anda tebus dengan setiap barcode yang anda kumpul itu. Dari barang mainan ke botol air sehinggalah ke Thermos air. Jumlah mata ganjaran pula bergantung kepada jenis produk yang dibeli. Untuk butiran lanjut sila ke – Sustagen

6. Enfagrow
enfagrow
Untuk Enfagrow, seperti Sustagen, anda perlu menyimpan barcode yang berada pada setiap kotak susu. Enfagrow juga menawarkan hadiah yang menarik untuk penebusan mata ganjaran yang telah anda kumpul. Maka rugilah jika anda tidak menggunakan peluang ini.

7. Drypers
dryers
Bukan sahaja susu formula yang membolehkan anda mengumpul mata ganjaran, tetapi ada juga lampin pakai buang jenama tertentu yang memberikan anda hadiah tebus ganjaran yang istimewa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hadiah tebus ganjaran anda haruslah mendaftar akaun baru di laman web Drypers.

Jadi, selepas ini jangan lupa kumpulkan bukti pembelian anda untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang disediakan!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here