Dimana anda membeli baju kanak-kanak di atas talian? Kami ada senarainya.

0
1
views

Dimana anda membeli pakaian kanak-kanak secara dalam talian? Membeli pakaian secara dalam talian ada keburukan dan kebaikannya. Keburukannya, anda mungkin tidak dapat mengagak keadaan fizikalnya dengan tepat. Kebaikannya, anda tidak perlu keluar rumah jika anda tidak mempunyai banyak masa dan boleh dikatakan kebanyakan barangan yang dijual secara atas talian jauh lebih murah dari harga barangan di kedai. Apa pun kita selalu mencari jalan untuk menjimatkan masa. Oleh itu kami ingin menyenaraikan kedai-kedai baju kanak-kanak atas talian untuk kemudahan anda. Anda ada cadangan lain? Sila nyatakan di ruangan komen di bawah.

Summerglitz.com.my – (bayi – 7 tahun)

summerglitz
Kedai ini menjual beraneka jenis barangan bayi dan kanak-kanak. Pakaian kanak-kanak yang dijual adalah dari bayi sehingga kanak-kanak berumur 7 tahun. Harganya adalah murah memandangkan kualiti pakaian yang dijual adalah bagus. Servis yang ditawarkan juga bagus dan cepat. Pengeposan barang yang dibeli hari ini adalah pada hari seterusnya.

Uniqlo – (bayi – 14 tahun)

uniqlo

Adakah anda tahu Uniqlo turut menawarkan pembelian secara online? Setiap pembelian dikenakan bayaran pos sebanyak RM15 kecuali jika pembelian anda melebihi RM150. Kedai ini berkonsepkan pemakaian secara minimalis mempunyai pelbagai kategori pakaian termasuklah pakaian dalam, pakaian kanak-kanak dan aksesori-aksesori tambahan. Jika anda bercadang untuk ke luar negara yang mengalami musim sejuk, Uniqlo ada menjual baju sejuk dengan harga yang agak murah berbanding dengan kedai-kedai yang lain. Oleh itu, jika anda tidak mempunyai peluang untuk ke kedai Uniqlo secara fizikal apa kata anda melawati sahaja laman web Uniqlo.

Advertisement

Poplook.com – (1 tahun – 8 tahun)
poplookSelain mengeluarkan baju wanita, Poplook juga ada menyediakan rangkaian pakaian untuk kanak-kanak perempuan. Ya, untuk kanak-kanak perempuan sahaja. Jika anda bercadang untuk sedondon dengan anak anda, di sinilah tempatnya. Namun ia lebih kepada baju blouse dan gaun sahaja.

Poney – (bayi – 12 tahun)

poney

Jika anda mempunyai anak kecil sudah pasti anda mengenali jenama ini. Pakaiannya sudah pasti comel-comel belaka. Harganya agak mahal tetapi sesuai dengan kualiti yang ditawarkan. Cas pengeposan untuk semenanjung Malaysia ialah RM10 manakala untuk Sabah dan Sarawak pula RM20. Namun begitu pilihan pakaian yang disediakan di dalam laman webnya tidak sebanyak seperti di kedai-kedainya.

Bbluvsme – (bayi – 6 tahun)

bbluvsme

Bbluvsme menawarkan pakaian untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dari bayi sehingga ke umur 6 tahun. Tetapi lebih banyak kepada kanak-kanak perempuan. Kedai ini turut mempunyai pakaian sedondon antara ibu dan anak. Kedai ini juga mempunyai kategori ‘Dad & Me’ yang merujuk kepada pakaian sedondon untuk si ayah dan anak lelaki. Tetapi buat masa ini tiada produk lagi. Mungkin akan diisi dimasa akan datang.

Mothercare – (bayi – 9 tahun)

mothercare

Kedai atas talian ini menjual pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak. Kedai ini juga turut menjual barangan untuk ibu mengandung daripada pakaian dalam sehingga ke barangan kecantikan. Jika anda mencari pakaian yang berkualiti dan comel-comel lawati laman web ini untuk melihat pelbagai jenis pakaian kanak-kanak yang menarik beserta aksesori seperti cermin mata hitam, topi dan getah rambut. Jika anda membeli barangan yang berjumlah RM400 dan ke atas anda layak untuk menerima penghantaran percuma.

Selain daripada kedai-kedai yang disebut di atas, terdapat lagi beberapa kedai atas talian yang turut menjual pakaian kanak-kanak seperti berikut:

  1. http://www.babykidzwear.my
  2. http://kiddietowns.com/
  3. http://babyraff.com.my
  4. https://www.babyland.my/baby
  5. http://www.qqbabyshop.com/

Ada juga beberapa kedai serbaneka yang turut menjual pakaian bayi dan kanak-kanak. Tetapi anda harus mengetahui jika produk yang ingin dibeli datang dari Malaysia atau dari luar negara. Kedai-kedai tersebut ialah:

  1. Lazada
  2. Gemfive
  3. 11street
  4. shopee

Jadi, anda masih mencari baju?

Kongsikan artikel ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here