Hari Pramatang Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan

0
12
views

Pada 15 November 2015 lepas, negara kita menyambut Hari Pramatang Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema “Born Too Soon – Tiny Miracle”.

Apakah yang dikategorikan sebagai bayi pramatang?
Dikatakan 1 daripada 10 bayi dilahirkan pramatang di seluruh dunia. Bayi pramatang ialah bayi yang dilahirkan sebelum mencapai tempoh 37 minggu kehamilan. Namun begitu, bayi yang dilahirkan pada minggu ke 36 selalunya tidak mempunyai masalah walaupun saiznya kecil. Bayi yang lahir kurang dari 36 minggu selalunya akan mengalami masalah kerana organ dalamannya belum cukup matang.

Apakah penyebab kepada bayi dilahirkan pramatang?
Kajian masih dilakukan bagi mencari punca kepada bayi-bayi ini dilahirkan pramatang. Tetapi terdapat beberapa penyebab yang telah dikenalpasti iaitu:

  1. Jangkitan
  2. Pra eklamsia
  3. Air ketuban keluar terlalu awal
  4. Diabetes
  5. Kehamilan kembar
  6. Merokok
  7. Mengambil dadah
  8. Pernah mengugurkan kandungan
  9. Pernah melahirkan bayi pramatang sebelum ini
  10. Kemalangan
  11. Pernah mengalami keguguran antara minggu ke 16 hingga 24
  12. Bertukar pasangan antara bayi pertama dan kedua
  13. Masalah dengan serviks, rahim dan plasenta
  14. Gaya hidup – kemiskinan dan sebagainya

Persediaan anda jika bakal melahirkan bayi pramatang
Jika doktor anda memberitahu bahawa anda berkemungkinan melahirkan bayi pramatang, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan:

  1. Bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai keadaan anda dan bayi kepada doktor
  2. Dapatkan lebih banyak informasi mengenainya melalui pembacaan
  3. Dapatkan nasihat daripada yang pernah mengalaminya seperti menyertai kumpulan ibu-ibu bayi pramatang sebagai motivasi

Siapa yang tidak berasa dalam keadaan ini. Sudah pasti lebih banyak yang harus dikorbankan seperti masa, wang dan tenaga berbanding bayi yang dilahirkan sihat. Tetapi jangan bimbang, tuhan pasti akan membalas pengorbanan anda dengan sesuatu yang baik.

Menurut Dr Zubaidi, perbanyakkan berdoa dan bersedekah.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang permasalahan ini, kami di Lovebaby mengesyorkan laman sesawang yang berikut. Laman-laman ini khas untuk ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang.

  1. http://www.bliss.org.uk/
  2. http://www.tommys.org/

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber:

  1. http://www.bliss.org.uk/
  2. http://www.tommys.org/
  3. http://www.babycenter.com.my/a1031133/pelahiran-pramatang
  4. http://drzubaidi.com/blog/banyakkan-doa-dan-sedekah-jika-anak-lahir-pramatang/

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here