Ibu Inspirasi : Bercuti Setahun Untuk Mencuba Kehidupan Sebagai Surirumah Sepenuh Masa

0
6
views

Untuk Ibu Inspirasi yang pertama, kami memperkenalkan seorang ibu yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun untuk mencuba kehidupan sebagai seorang surirumah. Dalam masa yang sama beliau juga mula berjinak-jinak di dalam bisnes atas talian sebagai pendapatan tambahan.

Beliau adalah Puan Nur Sobrina binti Abdul Rahman. Beliau yang dahulunya bekerja sebagai Information Services Analyst di ExxonMobil, yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang bernama Muhammad Adam Faris 5 tahun dan Muhammad Imran Haris 8 bulan. Mari kita ikuti temubual kami dengan Puan Nur Sobrina.

Ceritakan serba sedikit tentang keluarga anda
Saya telah berkahwin pada November 2009 dan kini mempunyai 2 orang anak lelaki yang bernama Muhammad Adam Faris 5 tahun dan Muhammad Imran Haris 8 bulan.

Apakah perkara paling penting yang anda belajar setelah menjadi ibu?
Menjadi ibu bermakna menjadi segala galanya untuk anak-anak. Apa yang kita lakukan, semuanya untuk mereka.

Terangkan tentang bisnes anda?
Bisnes saya kecil kecilan sahaja. Saya menjual buku-buku resepi kanak-kanak, tudung, sambal rangup dan yg terkini, susu lembu segar dan susu kambing. 3 tahun lepas saya ada juga menjual barang kemas buatan tangan sendiri yang diberi nama Lil Choms.

Bagaimana anda menjaga anak anda ketika anda bekerja?
Buat masa ini, saya sedang bercuti selama setahun untuk melihat sama ada kami boleh hidup dgn hanya satu income. Sementara bercuti ini, saya mencuri peluang untuk berniaga kecil kecilan secara online dan ia dilakukan serentak sambil menjaga anak anak di rumah.

Bagaimana anda meluangkan masa dengan anak anda?
Sebagai seorang surirumah, saya mempunyai 100% masa bersama mereka. Kalau hendak ke mana mana pun saya akan bawa mereka berdua.

Apakah rutin penjagaan diri anda?
Simple. Jaga muka. Jaga kebersihan diri dan jaga kesihatan.

Apakah stail anda ketika keluar rumah?
Solekan simple memadai hanya dengan bedak muka, eyeliner dan lipstick . Pakaian juga yang simple dan menutup aurat.

Bagaimana anda dan suami meluangkan masa bersama?
Suami saya selalu pulang ke rumah sebelum Maghrib dan kami akan makan bersama sama. Pada waktu hujung minggu dia akan bawa saya dan anak anak berjalan-jalan,pergi beriadah di tasik dan taman permainan.

Adakah anda memasak untuk keluarga jika ya bagaimana anda mencari masa?
Ya saya selalu memasak untuk keluarga. Selalunya saya akan memasak semasa anak-anak tidur atau sedang bermain. Masak dengan pantas tapi harus pastikan rasanya sedap. Itu memang cabaran utama. Hehe.

Bagaimanakah anda menguruskan hal di rumah?
Setiap pagi saya akan membasuh baju dan menyidainya. Lipat kain selang sehari. Dan kerja rumah yg lain dilakukan mengikut rutin harian dan mingguan.

Adakah anda mempunyai hobi?
Adakah ‘makan’ juga satu hobi? Hehe. Saya suka buat kek tapi masalahnya keluarga saya tak ramai yang suka kek. Maka saya membuat kek sekali sekala sahaja.

Nasihat dan tip anda kepada ibu-ibu yang mahu bekerja di rumah dan yang baru sahaja menjadi ibu?
Kita kena pandai bahagikan masa antara bisnes dan keluarga. Harus memastikan badan kita sihat dan cergas. Baru lah semua benda berjalan lancar!

😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here