Ibu Inspirasi: Menjadikan Keperluan Sendiri Sebagai Punca Pendapatan

0
6
views

Setiap ibu ada cerita disebalik setiap keputusannya. Selalunya anak-anaklah yang menjadi penentu dalam setiap langkah yang diambil termasuklah kerjaya.

BACA: Perkongsian Menarik Dari Ibu Yang Menguruskan 2 Perniagaan Dalam Satu Masa

Ibu inspirasi kali ini berpeluang menemuramah seorang ibu yang mengambil langkah menjadi seorang pendidik supaya dia sendiri boleh menjaga anak-anak disamping menjana pendapatan keluarga. Jom kita ikuti temuramah kami bersama Puan Liyana, pemilik dan tenaga pengajar di Genius Aulad Bangsar.

Puan Liyana
Ceritakan tentang keluarga anda.

Kami berkahwin pada November 2010 dan Alhamdulillah murah rezeki sebulan selepas itu saya mengandung. Anak kami yang pertama lahir pada Ogos 2010 (5 tahun), yang kedua lahir pada Febuari 2014 (2 tahun) dan yang terkini pada 25 April baru ini. Their names are Rania, Natrah and Maryam. Girl power!

Apakah perkara paling penting yang anda belajar setelah menjadi ibu?

I never knew i would LOOOVE kids!!! Dulu saya seorang yang tak rajin melayan budakbudak. Tetapi bila saya mengandung anak pertama, saya mula belajar mengenai keibubapaan dan cara menjaga anak datang secara semulajadi. Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan suami. Saya tidak pernah terfikir untuk menyusukan anak saya, tetapi Alhamdulillah berjaya semaksimum boleh. Saya tak pernah terfikir saya boleh melahirkan anak, tetapi Alhamdulillah berjaya, 3 kali pula! I never thought I could love someone I’ve never met soooo much!

Terangkan tentang bisnes anda?

Having a full time job means less time with my children. Dengan traffic jam, stress kerja. Saya belum boleh berhenti kerana kewangan masih belum stabil. Saya dan suami bercadang untuk membuka pusat pra sekolah supaya saya boleh menjaga anak-anak dimana mereka boleh besar depan mata sendiri dan dalam masa yang sama kewangan kami sekeluarga stabil. Kami juga bercadang untuk membantu ibubapa yang menghadapi masalah yang sama dengan kita; kurang spend time dengan anak. Itulah sebabnya kami membuka pusat ini di tengah-tengah bandar KL, supaya mereka boleh meluangkan lebih masa dengan anak, tak stress jam dalam kereta kerana boleh meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak dan anak-anak mereka lebih dekat jika berlaku sesuatu ketika ibubapa tengah bekerja.

Bagaimana anda menjaga anak anda ketika anda bekerja?

Yang paling tua mengikuti aktiviti di sekolah, manakala yang kedua pula bersama dengan saya di ofis. Oleh kerana ofis saya adalah pusat pra sekolah, maka anak saya boleh bermain dengan alatan mewarna, doh dan permainan di sini. Tapi ada masa juga dia tidak boleh dikawal terutama sekali bila dia sepahkan barang dan tidak mahu mengemasnya semula atau ketika bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar dan dia di ‘buli’. Saya terpaksa menjadi adil untuk semua anak-anak di sini, saya tidak benarkan dia bermain bersendirian tanpa dijaga. Sekarang saya berkira-kira sama ada mahu menjaga anak bongsu saya yang masih bayi sendiri atau perlu dihantar ke pusat penjagaan.

Bagaimana anda meluangkan masa dengan anak anda?

Memang anak-anak dengan saya sepanjang hari. Tetapi kami sebenarnya tidak mempunyai masa berkualiti bersama. Jadi selepas waktu bekerja, saya akan membawa mereka bersiar-siar sama ada makan aiskrim atau padang permainan sebelum balik ke rumah. Oleh kerana saya bekerja sendiri, maka saya mempunyai kelebihan untuk balik pada bila-bila masa. Kadang kala membawa mereka bersama ke pusat mencuci kereta juga adalah sesuatu yang menggembirakan kerana kami boleh berhibur di dalam kereta!

Apakah rutin penjagaan diri anda?

Hahahaha. Sejujurnya sekarang rutin penjagaan diri anak-anak lebih penting! Saya masih mencuba menjaga kulit dan semua tapi selalunya saya tidak sempat dan hanya betul-betul membuat sesuatu jika muka ditumbuhi jerawat. Tetapi saya akan memastikan saya mendapat masa berkualiti bersendirian sekurang-kurangnya 2 bulan sekali, manicure pedicure ke, facial ke, urut ke…

Apakah stail anda ketika keluar rumah?

I will try my best not to look so mak-mak laaa.. Saya akan memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk menyusu as I am a NIP mother. Adik- beradik saya semua perempuan jadi kami selalu berkongsi barang, so I have plenty of choices of clothes to wear! Untuk ke tempat kerja saya selalunya mengenakan pakaian yang sederhana tetapi jika saya berkeluaran bersama keluarga saya lebih suka memakai sesuatu yang lebih menarik.

Bagaimana anda dan suami meluangkan masa bersama?

We usually sneak out for a midnight movies during the weekends since my kids will sleep with their grandma. Tetapi dengan kelahiran anak kami yang terbaru ini mungkin tak akan ke panggung untuk masa yang lama. Sometimes its the little things that counts. Pergi grocery shopping di Mydin berdua pun saya anggap seperti dating hehehee. Setiap masa bersama kami pasti gunakan sehabis baik. Kadang kala, selepas menidurkan anak-anak kami akan menonton ulangan Maharaja lawak bersama-sama. Hehee.

Adakah anda memasak untuk keluarga jika ya bagaimana anda mencari masa?

I used to before I move back to my moms house. I cook in batch on weekends then I freeze it. Pagi-pagi sebelum pergi kerja saya akan letak di dalam peti sejuk untuk defrost jadi bila balik kerja terus panaskan sahaja. Tetapi sekarang sejak saya tinggal bersama ibu, ibu saya akan memasak untuk kami kecuali jika kadang kala anak-anak ingin memakan sesuatu yang berlainan.

Bagaimanakah anda menguruskan hal di rumah?

Suami saya membantu membasuh pakaian dan saya hanya perlu melipat (sigh!) serta menyimpan. Sejak tinggal bersama ibu, saya tidak perlu banyak berkemas seperti selalu. Hehehe

Adakah anda mempunyai hobi?

Yes I used to love shopping, now I still do cuma it is so hard to find the time. Saya suka shopping bersendirian. Saya suka berjalan dan Alhamdulillah suami saya tidak masalah. Kami suka berjalan-jalan dan makan-makan.

Nasihat dan tip anda kepada ibu-ibu yang mahu bekerja dan yang baru sahaja menjadi ibu?

You have to be emotionally stable dan bekerja dengan penuh amanah. InshaAllah kalau kita jujur bekerja, orang pun jujur jaga anak kita. Emosi kena stabil supaya emosi anak-anak juga akan stabil…

———————————————————————————————————————

Menarik bukan? Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pusat pra sekolah Genius Aulad Puan Liyana, sila rujuk pada pautan di bawah. Semoga kita berjumpa lagi dalam segmen ibu inspirasi dimasa akan datang!

Facebook: www.facebook.com/geniusauladbangsar
Instagram: geniusauladbangsar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here