Keluarga Didahulukan! Cara Seorang Analyst Programmer Membahagikan Masa Antara Kerjaya Dan Keluarga

0
6
views

Segmen ‘Ibu Inspirasi’ kali ini memaparkan tentang seorang ibu yang bekerja sepenuh masa sebagai Analyst Programmmer di sebuah syarikat terkemuka. Walaupun mempunyai 2 orang cahaya mata dan bekerja, Nur Madihah Abd Rahman tetap berusaha memastikan masa bersama keluarga diutamakan.

Mari kita ikuti cara beliau membahagikan masa.

1. Ceritakan tentang diri anda dan keluarga anda.
Saya seorang ibu yang berkerja sepenuh masa. Mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun dan anak lelaki berumur setahun – sejak berumah tangga pada tahun 2010.

2. Apakah perkara paling penting yang anda belajar setelah menjadi ibu?
Keluarga didahulukan – Kita tidak boleh terlepas setiap pencapaian anak-anak. Sesetengah perkara memerlukan pengorbanan kerana ianya sangat bernilai.

3. Siapa yang menjaga anak anda ketika anda bekerja?
Anak yang berumur 4 tahun dihantar ke ‘playschool’ sejak berumur 3 tahun dan yang kecil pula dijaga oleh ibu mertua.

4. Bagaimana anda meluangkan masa dengan anak anda?
Pada hari berkerja, meluangkan masa bermaksud melayan kerenah mereka ketika waktu makan malam dan meluangkan waktu bersama sebelum waktu tidur. Jika di hujung minggu, saya cuba untuk membawa mereka keluar berjalan-jalan dan melawat tempat-tempat yang menarik.

5. Apakah rutin penjagaan diri anda?
Saya seorang yang ringkas. Saya cuba untuk menjaga kesihatan dan pastikan saya mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari dan cuba untuk mendapatkan tidur yang cukup – walaupun ironinya sejak menjadi ibu, tidur saya tidak pernah cukup, anak-anak saya semuanya bangun di awal pagi.

6. Apakah stail anda ketika keluar rumah?
Sejak menjadi ibu, saya berpakaian seringkas yang mungkin, sedikit foundation, eyeliner dan lip tint sahaja – agak mudah dalam gaya seharian, tidak kira untuk santai atau bekerja – kecuali jika perlu menghadiri acara atau majlis yang mempunyai tatacara pemakaian yang tertentu.

7. Bagaimana anda dan suami meluangkan masa bersama?
Pada hari berkerja, kami selalu meluangkan masa bersama ketika makan malam atau menonton tv bersama- sama. Pada waktu lain, kami cuba untuk ‘go out on a date’ pada hari-hari yang istimewa atau sekadar keluar untuk bersantai berdua jika mempunyai kesempatan.

8. Adakah anda memasak untuk keluarga jika ya bagaimana anda mencari masa?
Ya, saya akan memasak untuk makan malam selepas pulang dari kerja dan ketika hujung minggu – ini adalah cara saya ‘mengganti’ balik masa yang digunakan untuk bekerja. Suami dan anak-anak tidak begitu cerewet mengenai makanan dan tidak sukar untuk memenuhi selera mereka, jadi tiada sebab untuk tidak memasak.

9. Bagaimanakah anda menguruskan hal di rumah?
Saya menguruskan hal-hal dirumah seperti membasuh, mengosok baju dan memasak untuk bekalan anak selepas pulang kerja atau ketika anak-anak sudah tidur, suami juga ada membantu bila perlu – saya agak ‘hopeless’ untuk melipat baju.

10. Adakah anda mempunyai hobi?
Saya suka membaca buku jika ada masa terluang – terutama sekali buku biography dan non-fiction.

11. Nasihat dan tip anda kepada ibu-ibu yang bekerja dan yang baru sahaja menjadi ibu?
Tak mungkin kita boleh buat segala-galanya dan mendapatkan kesempurnaan dalam setiap perkara walaupun kita berusaha gigih ke arah itu. Kita manusia biasa. Tak mengapa jika kita melakukan kesilapan sekali sekala. Jangan terlalu risau tentang prestasi kerja atau anak-anak dan semuanya akan menjadi lebih mudah. Lagipun, ibu yang bahagia akan melahirkan keluarga yang gembira!

Previous articleKepada Ibu Baru: Perubahan Diri Selepas Bersalin.
Next article10 Infografik Berguna Untuk Bakal-bakal Ibu
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here