Kementerian Kesihatan Malaysia Memberi Respon Tentang Home Birth dan Anti-Vaksin

1
21
views

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjawab surat terbuka Encik Zakaria Zakwan Zailani yang disiarkan oleh laman sesawang The Malaysian Insider. Surat tersebut menyatakan kebimbangan si penulis tentang isu ‘homebirth’ dan isu anti-vaksin yang semakin popular kebelakangan ini.

Menurutnya, kegiatan ‘homebirth’ ini telah menyebabkan beberapa kematian dan doktor-doktor yang pada mulanya tidak diperlukan akhirnya ditinggalkan untuk menangani komplikasi-komplikasi akibat daripada kegiatan ini. Begitu juga dengan golongan anti-vaksin dimana setelah disuapkan dengan maklumat yang tidak tepat akhirnya semua akibat yang berpunca dari pemahaman ini akhirnya akan membebankan para doktor.

Ringkasan daripada respon KKM mengenai isu ‘homebirth’:

1. “kelahiran selamat” (safe delivery) ialah kelahiran yang dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih (skilled health personnel) – WHO

2. “Any person who, not being a midwife registered under this Act, practices midwifery, shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a period not exceeding one year or to both.” – ‘Act 436 Midwives Act 1966 Part V Section 14(1)’

3. Pada tahun 2014 KKM telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan bersama beberapa pihak lain yang berkaitan dengan kelahiran tidak selamat di negara ini.

4. Beberapa langkah telah di ambil hasil daripada mesyuarat itu iaitu:

  • Perbincangan dengan kumpulan gentle birthing bagi memahami isu yang ingin diketengahkan dan memberi penekanan tentang kepentingan kelahiran selamat.
  • Mengeluarkan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertajuk “Langkah-Langkah Bagi Mempertingkatkan Usaha Untuk Mengurangkan Kelahiran Tidak Selamat” pada 13 Mac 2014 yang mengarahkan agar:
  • Semua hospital dan klinik diminta untuk meningkatkan aktiviti promosi kesihatan dan memberikan maklumat yang tepat mengenai kelahiran selamat kepada masyarakat umum. Antara maklumat penting yang mesti diberikan ialah kepentingan kelahiran selamat, risiko kehamilan dan kelahiran serta fasiliti tempat bersalin.
  • Semua Pakar Obstetrik/Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai Perubatan/Anggota Jururawat yang mengendalikan ibu hamil, adalah diminta untuk berbincang dengan klien dan pasangan beliau mengenai perancangan tempat bersalin berdasarkan status kesihatan klien serta memberi nasihat sewajarnya.
  • Bagi kes-kes yang memilih untuk bersalin di rumah, semua anggota diarah untuk mengendalikan ibu mengikut Garis Panduan Pengurusan Ibu Hamil Yang Memilih Untuk Bersalin Di Rumah dan Garis Panduan Senarai Semak Mengikut Sistem Kod Warna Penjagaan Kesihatan Ibu dan Bayi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Arahan telah dikeluarkan kepada semua fasiliti kesihatan supaya semua kelahiran tidak selamat mesti dilaporkan sehingga ke peringkat KKM untuk tujuan pemantauan dan penambahbaikan.

5. KKM telah pun mempertimbangkan tindakan undang-undang melalui Akta Perbidanan 1966 (Akta 436) tetapi pihak ‘doula’ mendakwa bahawa mereka tidak terlibat secara aktif di dalam proses kelahiran, sebaliknya hanya memberikan sokongan moral dan motivasi.
6. Sekiranya berlaku komplikasi dan kematian, waris atau wanita yang melahirkan itu sendiri boleh mempertimbangkan tuntutan sivil di mahkamah terhadap ‘doula’

Ringkasan daripada respon KKM mengenai isu anti-vaksin:

1. Di Malaysia penyakit berjangkit seperti batuk kokol, difteria dan tetanus jarang berlaku dan kes polio telah tiada semenjak tahun 2000. Ini kerana liputan program imunisasi kanak-kanak bawah 1 tahun adalah melebihi 95%.

2. Antara usaha yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberitahu masyarakat gambaran sebenar tentang keperluan imunisasi adalah;

  1. Memberi pendidikan kesihatan melalui media masa dan media sosial
  2. Mengadakan seminar dan dialog berkaitan imunisasi di peringkat negeri bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  3. Mengeluarkan kenyataan bersama dengan pihak JAKIM bagi menjelaskan keraguan isu halal terhadap vaksin tersebut.
  4. Menyediakan fakta-fakta dan informasi tentang vaksin dan imunisasi untuk rujukan masyarakat melalui laman web portal MyHealth
  5. Menyediakan ruang tanya pakar yang boleh digunakan bagi bertanya sebarang pertanyaan berkaitan imunisasi
  6. Berkerjasama dengan persatuan-persatuan tertentu dalam mempromosikan dan memberi maklumat tepat mengenai imunisasi melalui laman webhttp://www.immunise4life.my/

3. KKM juga meneliti semula Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk memasukkan keperluan pemberian pelalian sebagai satu cara perlindungan hak kanak-kanak dan pencegahan penyakit.

Negara lain

Pada 1 Januari 2016 depan, Australia akan menguatkuasakan undang-undang dimana ibubapa yang enggan memvaksinasi anak-anak mereka akan hilang kelayakan menerima bantuan kebajikan penjagaan kanak-kanak dan Family Tax Benefit Part A End-of-year supplement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here