Kemurungan selepas bersalin. Simptom dan bahayanya.

0
37
views

Pertama kali menjadi ibu adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Dari bujang kemudian berkahwin. Setelah berkahwin menjadi ibu pula. Hidup kita semakin lama semakin berubah mengikut usia. Oleh itu, persiapan diri adalah sangat penting agar kita tidak mensia-siakan masa yang ada.

Ketika mendapat tahu diri kita telah hamil, maka kita mula mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran orang baru kelak. Baik dari segi pemakaian, tempat penyimpanan, lampin sehinggalah pemakanan yang bagus untuk meningkatkan kadar susu dalam badan.

Media sosial menyediakan pelbagai tip-tip bagi si ibu muda. Tetapi berhati-hati ketika mengikut tip-tip tersebut. Adakala tip-tip tersebut tidak berasas dan boleh membahayakan. Kadang kala melihat ‘keberkesanan’ kawan-kawan kita menjadi ibu bapa boleh menyebabkan kita stress dengan soalan seperti ‘mengapa anak kita tidak seperti anak orang lain’. Kita mula rasa terbeban. Ini menjadi lebih bahaya untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Lihat sahaja baru-baru ini. Seorang ibu membunuh diri akibat tidak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu. Kita semua tahu ibu yang berada dalam pantang adalah sangat sensitif dan memerlukan sokongan orang-orang disekeliling.

Kemurungan posnatum atau meroyan bukanlah perkara main-main. Dipercayai 1 daripada 4 wanita bersalin akan mengalami masalah ini.

Apakah simptom-simptom kemurungan ini:

  1. Marah-marah
  2. Perasaan putus asa
  3. Gelisah
  4. Sering menangis
  5. Berasa terperangkap
  6. Muram
  7. Amat letih
  8. Rasa bersalah
  9. Pernukaran dalam tabiat makan dan tidur
  10. Tidak berminat untuk menjaga bayi sendiri

Tidak diketahui secara spesifik apakah punca kepada permasalahan ini. Tetapi berikut adalah antara yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada kemurungan posnatum:

  1. Kemurungan atau masalah mental yang terdahulu
  2. Suami yang kurang menyokong
  3. Tidak keluarga yang tinggal berdekatan
  4. Masalah kewangan
  5. Kelahiran yang rumit
  6. Bayi yang bermasalah kesihatan
  7. Sukar untuk menyusukan badan
  8. Dilanda ingatan-ingatan yang sedih seperti kematian, perpisahan dan sebagainya
  9. Masalah perkahwinan
  10. Ketidakseimbangan thyroid
  11. Masalah kesihatan seperti kencing manis
  12. Mengalami PMS

Teknik rawatan:

Jika anda mendapati anda mempunyai simptom-simptom seperti di atas, sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar sakit puan anda. Doktor akan mengenalpasti masalah anda dan akan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu anda ambil.

Antara rawatan yang diterima oleh pesakit ialah:

  1. Kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi
  2. Ubat anti depresan – Ubat ini bertindak mengimbangkan bahan-bahan kimia dalam otak dan mengeluarkan hormon seratonin agar anda berasa lebih tenang. Ramai yang mendapat kesan yang positif selepas memakan ubat ini. Namun ia mempunyai kesan seperti terlalu bergantung kepada ubat untuk meredakan perasaan dan mungkin masuk ke dalam susu ibu  tetapi dalam jumlah yang sedikit.

kemurungan

Apakah yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mengalami kemurungan selepas bersalin?

  1. Dapatkan tidur yang secukupnya
  2. Makan dengan betul dan sihat
  3. Elakkan duduk berseorangan dapatkan saudara mara atau rakan-rakan untuk membantu
  4. Pastikan anda menjaga diri anda juga seperti mandi dan menyiapkan diri kerana anak kecil boleh menyebabkan si ibu lupa untuk mempersiapkan diri sendiri
  5. Buatlah senaman ringan
  6. Bergaul dengan ibu-ibu lain

Apakah yang akan terjadi jika masalah ini berterusan tanpa rawatan?

Seperti yang kita sedia maklum berkenaan dengan berita yang berlaku baru-baru ini, adakalanya kemurungan yang serius boleh membuatkan seseorang itu membunuh diri. Kemurungan postanatum juga mempengaruhi hubungan ibu dan anak serta mengganggu perkembangan psikologi anak.

Oleh itu, jagalah diri anda sebaik mungkin ketika dan selepas mengandung. Terimalah segala bantuang yang diberikan dan cuba kurangkan stress anda. Ibu yang gembira menghasilkan anak yang lebih berkualiti.

Sumber:
http://www.thebump.com/a/postpartum-depression
http://www.babycenter.com.my/a1044775/meroyan-kemurungan-posnatum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here