Kepada Ibu Baru: Perubahan Diri Selepas Bersalin.

0
8
views

Artikel ini bertujuan untuk menerangkan secara ringkas apa yang akan berlaku selepas tempoh kehamilan. Artikel ini ditujukan khas kepada wanita yang akan menjadi ibu untuk pertama kali kelak. Ia juga bertujuan sebagai persediaan untuk anda merancang cara menangani perubahan-perubahan in. Lagi awal anda mengetahui apa yang bakal anda tempuhi kelak lebih mudah anda menerimanya nanti.

BACA: 12 Perkara Penting Sebagai Persediaan Bersalin. #7 Wajib Dibuat.

Perubahan perubahan yang akan berlaku merangkumi faktor fizikal dan mental seperti

  1. Emosi
  2. Masa tidur
  3. Rambut
  4. Bentuk badan
  5. Kulit
  6. Dan lain-lain lagi

Menimang cahaya mata untuk pertama kalinya sudah pasti menjadi detik yang paling indah di dalam hidup anda. Tuhan menciptakan wanita dengan kelebihan walau teruk mana sekalipun pengalaman bersalin, pasti mereka menginginkan detik kelahiran itu semula setelah beberapa lama.

Apabila ibu dan bayi pulang ke rumah, bermulalah perubahan yang besar di dalam keluarga. Dahulu berdua sekarang bertiga. Ada di antara ibu-ibu, penjagaan di rumah akan di ambil alih oleh ibu atau ibu mertua. Ada juga yang menempuhi tempoh berpantang berdua dengan suami. Anda sepatutnya sudah bersiap sedia dengan perubahan-perubahan ini. Jangan gusar jika anda berasa takut dan tidak yakin. Itu tandanya anda ingin memberikan yang terbaik untuk anak anda.

Emosi anda selepas bersalin

stress-mom

Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan maka bermulalah perubahan hormon dalam badan anda. Anda yang tidak mempunyai sebarang masalah dan berasa sihat bertenaga. Ada juga yang menghadapi kemurungan. Bayi anda memerlukan perhatian dan kasih sayang anda. Begitu juga dengan diri anda. Secara tiba-tiba semua tumpuan diberikan kepada anak anda.

Proses penyesuaian diri dengan kehadiran orang baru memerlukan kekuatan emosi. Tetapi badan anda juga memerlukan rehat yang secukupnya. Ini semua hanya pada permulaan sahaja. Jangan risau, sebaik sahaja hormon anda mula stabil, anda akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

Keletihan

sleep-mom

Anda telah menghabiskan segala tenaga sepanjan tempoh bersalin. Sudah tentu badan anda terasa penat. Bayi yang baru dilahirkan pula perlu disusukan 3-4 jam sekali. Jangan putus asa! Inilah tempoh penting untuk ibu dan bayi. Tambahan lagi bayi anda akan tidur lebih lama di waktu malam selepas sebulan.

Buat masa ini, ambillah masa untuk tidur sebentar sementara bayi anda tidur. Tahukah anda keletihan adalah salah satu penyebab susu badan berkurangan?

Badan anda memerlukan masa untuk kembali normal

Pada minggu-minggu pertama selepas bersalin, badan anda masih belum kembali normal. Perut anda masih ada tanda ketegangan, luka episiotomi masih ada, luka c-section masih ada lagi dan kulit masih kusam tidak bermaya.

Tempoh berpantang

diet

Dalam adat orang Melayu 44 hari pertama selepas bersalin ini di panggil tempoh berpantang. Amalan berpantang berdasarkan adat merangkumi makanan yang perlu dielakkan dan mesti dimakan, perbuatan dan sebagainya. Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang adalah selama 6 minggu. Ia memberi masa untuk  luka-luka akibat bersalin sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas sudah kering, maka si ibu sudah bersedia fizikal dan mental untuk anak dan suaminya.

Sepanjang tempoh nifas, pastikan anda menjaga kebersihan sebaik mungkin untuk mengelakkan jangkitan kuman. Pastikan tuala wanita yang digunakan lembut dan bersesuaian dengan anda. Selalunya selepas 6 minggu anda di sarankan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan.

Keguguran rambut

hair-fall

Masalah keguguran rambut di kalangan ibu selepas bersalin adalah normal. Ini disebabkan perubahan hormon. Oleh itu, elakkan mewarna rambut buat masa seketika dan gunakan shampu yang bersesuaian. Anda boleh mendapat khidmat ahli farmasi untuk tujuan ini. Memotong rambut juga boleh membantu menguatkan rambut anda. Tetapi tidak perlulah perubahan stail yang terlalu mendadak. Jika masalah ini berterusan selepas beberapa bulan, hubungi doktor pakar untuk nasihat.

Senaman

yoga

Apa sahaja senaman yang ingin dilakukan, pastikan ia tidak terlalu lincah. Senaman seperti yoga mungkin lebih sesuai. Selain meningkatkan tahap kesihatan, kelas-kelas senaman juga memberi peluang kepada ibu bertemu dengan rakan baru dan seterunya membantu tahap mental si ibu juga.

Kerap terkencing

Ini juga adalah sesuatu yang normal untuk ibu yang baru lepas bersalin. Pastikan anda sentiasa menggunakan pad atau liner ketika keluar. Dapatkan nasihat doktor pakar sakit puan untuk membantu anda mengatasi masalah ini.

Kulit yang kusam

skin

Ada diantara wanita mengandung mengalami masalah kulit kusam dan berbintik-bintik. Jangan risau, ini juga adalah perkara yang normal dan akan mula hilang sebaik sahaja tempoh kehamilan tamat. Anda juga harus berhati-hati untuk tidak selalu berjemur di tengah panas keran ini boleh meningkatkan pigmentasi kulit.

Tanda regangan di perut

Inilah yang paling ditakuti oleh para ibu. Tetapi malangnya ia tidak boleh dielakkan. Kadang kala walaupun anda telah menggunakan pelbagai jenis krim, tetapi tanda regangan masih juga timbul. Bukan sahaja di perut, malah di peha, buah dada dan pelbagai lagi tempat.

Malangnya, tanda ini sukar untuk dibuang sepenuhnya. Tetapi, lama-kelamaan ia akan menjadi pudar juga. Apa yang anda boleh lakukan ialah senaman yang aktif  selepas berpantang dan kembali kepada berat yang ideal.

Namun begitu ini tidak bermakna krim-krim kulit di luar sana langsung tidak berguna. Gunakannya cuma jangan harapkan kesan yang segera.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here