Kesakitan Di Bawah Perut Ketika Hamil

0
271
views

Mengalami kesakitan di bahagian bawah perut? Menakutkan? Mungkin tidak perlu terlalu risau. Doktor akan memberitahu anda bahawa ini adalah round ligament pain.

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami kesakitan ini. Bagi sesetengah wanita, kesakitan dirasai apabila bangun dari tidur, bangun dari kerusi, batuk dan ketika melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah disebabkan oleh penegangan otot-otot yang menyokong rahim. Penegangan ini disebabkan oleh pembesaran bayi di dalam kandungan anda. Ketahuilah bahawa rahim anda membesar setiap hari. Begitu juga dengan bayi di dalam kandungan.

Untuk mengurangkan rasa kesakitan itu, anda boleh duduk atau berehat sebentar selepas melakukan aktiviti fizikal. Jika anda mahu bangkit dari posisi baring atau duduk, anda mestilah bangun perlahan-lahan. Tali pinggang sokongan juga membantu menyokong perut anda yang semakin membesar dan mengurangkan kesakitan akibat regangan otot.

Walaubagaimanapun, terdapat simptom-simptom yang harus anda beri perhatian. Jika kesakitan ini disertai dengan rasa mencucuk-cucuk, pendarahan, demam, kesejukan, keluar cairan daripada faraj, sakit ketika membuang air kecil atau rasa seperti hendak pitam, anda haruslah berjumpa dengan doktor.

Tonton video di bawah untuk cara-cara bangkit dari posisi baring

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here