Mama! Jangan stress sangat okay? Luang sedikit masa untuk melakukan aktiviti berikut.

0
12
views

Kalaulah menjadi seorang ibu adalah pekerjaan bergaji. Pastinya kita dibayar berbilion sebulan! Sudah pasti tugas ini ada turun naiknya. Adakala bila hormon tidak stabil, terasa ingin bersendirian untuk seketika. Tidak mengapa. Itu normal. Di dalam hati kita tetap menyimpan rasa kasih dan sayang yang tidak terhingga terhadap keluarga. Lovebaby ingin membantu mengurangkan stress pada saat-saat yang anda betul-betul memerlukannya.

Jika anda tiba-tiba merasakan tekanan yang amat sangat, hentikan apa yang anda sedang lakukan pada masa itu dan lakukan aktiviti-aktiviti yang berikut:

1. Minum air kosong
Hati yang panas boleh diredakan dengan segelas air kosong. Sesuai untuk si ibu yang sedang stress dengan anak yang tidak henti-henti menangis. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Kemudian minumlah segelas air sambil duduk di atas kerusi kemudian kembalilah melakukan apa yang anda sedang lakukan sebentar tadi.

2. Pisang
banana-smoothie
Ada kajian yang mengatakan pisang boleh mengurangkan stress dengan segera. Cubalah!
Pilihan LB: Smoothie Coklat Pisang

3. Snek
Sedikit snek sekali sekala apa salahnya. Asalkan tidak keterlaluan. Mungkin anda perlu sediakan satu bar coklat untuk kegunaan semasa ‘kecemasan’ nanti.

4. Urutan tangan
Setiap hari tangan kita berkerja dari pagi hingga ke malam. Oleh itu tangan anda membawa tekanan yang tinggi. Oleh itu, cubalah mengurut tangan anda untuk mengurangkan tekanan tersebut. Mulakan dengan menyapu sedikit losyen tangan untuk memudahkan urutan selain melembutkan kulit tangan.
Pilihan LB: Hanna & Kent Hand Therapy Collection Set di Hermo.my

5. Aktiviti kreatif
Adult-coloring-books
Tidak semua pandai melukis. Jadi apa salahnya mewarna? Bukan untuk kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga boleh mewarna. Tambahan pula, kini ia sudah menjadi trend untuk mengurangkan stress. Bukan perlu lama, 5 minit sahaja sudah cukup menenangkan minda. Untuk maklumat tambahan, anda boleh ke pautan ini – COLORING FOR ADULTS 101: YOUR COMPLETE GUIDE
Pilihan LB: Secret Garden An Inky Treasure Hunt and Coloring Book (English) di Lazada.

6. Mandi
Jika anda memerlukan sesuatu yang menenangkan sebelum mula melakukan kerja-kerja lain, mungkin dengan mengambil masa untuk mandi dengan betul. Basuh rambut dan badan dengan sabun beraroma yang menyegarkan bagaikan membuat terapi di spa.
Pilihan LB: Acca Kappa White Moss Bath Foam & Shower Gel di Hermo.my

7. Senaman ringan
Senaman seperti yoga mampu mengurangkan stress anda. Regangan pula mengurangkan tekanan pada otot. Aktiviti lari setempat tidak akan membuatkan anda lari dari tekanan, tetapi boleh menggalakkan pengeluaran hormon endorphin yang mengurangkan rasa tertekan. Sebenarnya, apa-apa jenis senaman berbentuk fizikal boleh menggalakkan pengeluaran hormon endorphin ini.

8. Berbual dengan rakan
Mungkin berbual-bual dan meluahkan perasaan dengan teman rapat boleh membantu mengurangkan tekanan. Tetapi jangan terleka pula!

9. Tidur sebentar
sleep
Badan kita mungkin keletihan. Itu yang menyebabkan kita mudah tersinggung, marah dan terasa. Maka tidurlah sebentar jika ada peluang.

10. Stress ball
Ada hari-hari tertentu kita rasa seperti ingin membaling sesuatu. Dapatkan bebola ini dan genggam sekuat hati.
Pilihan LB: Gracefulvara Smiley Face Design Anti Stress di Lazada

11. Menyikat rambut
Percaya atau tidak, menyikat rambut juga membantu. Sebenarnya, perbuatan yang berulang-ulang boleh menyebabkan badan kita berasa tenang.
Pilihan LB: Acca Kappa Mahogany Kotibé Wood Hair Brush di Hermo.my

12. Berzikir atau Bersolat
Sudah tentu! Apa lagi yang lebih berkesan selain daripada mengadu pada yg Esa.

Previous articleQuiet Book! Aktiviti Kraf Yang Menarik Untuk Anda dan Anak.
Next article4 Cara Melegakan Bayi Menangis Dalam Beberapa Saat
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here