Menangani Si Anak Yang Susah Makan atau ‘Picky Eater’

0
5
views

Anda tertanya-tanya apakah cara dan jalan yang betul untuk menangani masalah ini. Anda tentu risaukan perkembangan dan kesihatan anak anda yang terlalu memilih makanan.

Apakah penyebab anak susah untuk makan?

1. Tidak lapar – Ya. Semudah itu. Ada ibu bapa yang menyangka anak mereka perlu makan dalam kuantiti yang banyak tetapi mungkin mereka masih belum lapar. Oleh sebab itu mereka kurang menjamah makanan yang dihidangkan.

2. Makanan itu tidak sedap pada dia (jangan marah) – Anak-anak kecil mempunyai reseptor rasa yang lebih sensitif daripada orang dewasa.Sebagai contoh, jika anda memberikan sayur sawi pada anak anda, mungkin dia merasakan sayur itu terlalu pahit untuk ditelannya. Maka carilah alternatif yang lain.

3. Terlampau dipaksa – Terlalu memaksa anak memakan sesuatu makanan juga boleh menyebakan impak negatif. Ia boleh menyebabkan anak lebih cepat merajuk dan ‘cranky’ ketika masa makan.

4. Mendedahkan makanan ‘sedap’ terlalu awal – Jika mereka tidak pernah rasa mereka tidak akan tahu. Pendedahan kepada makanan seperti kentang goreng, ais krim dan sebagainya yang terlalu awal menyebabkan mereka menjadi cerewet. Sebagai seorang ibu, saya faham ada kalanya kita berlumba dengan masa dan adakalanya kita stress dan memerlukan rehat dengan segera. Tetapi jika masih boleh, cuba untuk mengelakkan pendedahan terlalu awal kepada makanan sebegitu.

Tip-tip yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah anak ‘picky eater’

sanah-suvarna-161883

Jangan jadikan masa makan tempoh yang stress. Jika mereka tidak mahu makan apa yang dihidangkan maka jangan dipaksa. Anda perlu tetapkan jadual masa untuk makan. Seperti sarapan pukul 8 pagi, makan tengahari pukul 12, minum petang pukul 4 dan makan malam pukul 8 malam. Jangan berikan makanan di antara waktu ini kerana tidak mahu mereka berasa kenyang.

child-1566470_640

Puji dengan bersungguh-sungguh jika anak mahu menjamah walau sedikit makanan yang anda harapkan mereka makan.

boy-eating-ice-cream

Jangan terlalu memikirkan berapa banyak si anak makan. Mereka mungkin tidak banyak makan hari ini, tetapi makan banyak pada keesokan harinya.

mummy-feed-baby

Bagi pilihan yang terhad. Jika anda cuba memberi pasta, masukkan sekali makanan kegemarannya sekali. Jika mereka tidak mahu, tidak perlu dipaksa. Kajian menunjukkan kanak-kanak perlu didedahkan kepada makanan baru sebanyak 10-15 kali sebelum mereka berani mencuba. Tetapi jangan diasak dengan pilihan yang terlampau banyak. Dengan cara ini anda boleh memendekkan proses makan dan mengurangkan stress.

kid-close-eyes

Jika anda risau anak anda tidak suka makan sesuatu makanan yang anda harapkan, jangan risau. Cuba makanan lain. Sebagai contoh, anak anda tidak suka makan daging iaitu sumber protein. Maka gantikan dengan sumber protein yang lain seperti cheese, telur, peanut butter dan roti beserta tuna.

vegetables

Jika anda mahukan mereka makan lebih banyak sayuran, mungkin anda boleh mempelbagaikan resepi. Contohnya hidangkan lobak merah bersama bahan pencicah seperti sos tomato, mayoni, peanut butter, puri buah dan lain-lain lagi. Ataupun, anda boleh mempelbagaikan hidangan sayur kerana boleh jadi dia tidak suka pada lobak merah tetapi suka pada kacang buncis atau sayur berdaun.

food-shape

Warna dan bentuk. Ada kanak-kanak hanya suka makanan yang berwarna putih sahaja Jika ini kesnya, anda boleh kisarkan bahan lain ke dalam bahan utama yg berwarna putih. Sebagai contoh, kisarkan pisang dengan yogurt perisa vanilla sebagai smoothie yang enak. Ataupun mungkin ada yang akan lebih bersemangat untuk makan jika makanan mereka berbentuk menarik. Sebagai contoh cuba potong roti menjadi bentuk bintang, hati dan sebagainya.

Susu untuk kanak-kanak sukar makan atau ‘picky-eater’

Pernah dengar susu formula untuk kanak-kanak yang sukar makan atau picky eater? Ibu-ibu yang risaukan anak-anak mereka tidak mendapat vitamin dan nutrien yang cukup kerana terlalu memilih makanan boleh mencuba susu formula ini. Susu ini dikatakan mempunyai kandungan vitamin, nutrien, karbohidrat dan protein yang optimal untuk tumbesaran anak-anak.

Dari review yang dibuat oleh ibu-ibu yang pernah mencuba, mereka mengatakan susu jenis ini membuatkan anak mereka bertambah berat badan dan lebih aktif. Anda boleh cuba mencari review-review yang berkaitan di internet untuk lebih informasi.

Ada 2 susu formula yang dibuat khas untuk kanak-kanak yang sukar makan iaitu:

pediasure s26_pe_gold_1.4kg_f

  1. S26 Picky Eater Gold
  2. Pediasure

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here