Moms4Project Bazar dan Pameran Kerjaya Untuk Para Ibu. Jangan lepaskan peluang!

0
439
views

Moms4Project adalah salah satu platform sumber pekerjaan dan bengkel untuk projek-projek bebas dan peluang bekerja dari rumah peluang untuk ibu-ibu sekalian.

Sebagai tanda penulis menyokong usaha murni mereka ini, penulis ingin mewar-warkan sebuah event anjuran Moms4Project. Para ibu dijemput untuk hadir ke Bazar Jualan dan Pameran Kerjaya Mini pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 15 Ogos 2015 bertempat di WIM Taman Tun Dr Ismail!

job-fair-bazaar

Jangan risau. Masuk adalah percuma!

Lebih 40 vendor akan menyertai pameran ini. Inilah peluang bagi surirumah yang sedang mencari idea untuk menambah hasil pendapatan keluarga dari rumah.

Apa yang anda akan dapati di bazar ini adalah:

1. Kraftangan – seperti sabun, barang kemas, permainan, pakaian kanak-kanak, makanan dan sebagainya
2. Barang deko rumah – seperti terrarium garden
3. Peluang pekerjaan – bekerja dari rumah

job-fair-bazaar-2

Selain daripada itu, anda juga boleh menyumbang permainan dan buku kanak-kanak yang tidak diperlukan lagi kepada mereka sebagai sumbangan kepada Malaysian Child Resource Institute (MRCI) yang akan turut hadir ke acara ini.

Eh? Tidak mempunyai kenderaan untuk ke sana? Jangan risau! Moms4Project dengan usahasama Uber, akan menyediakan kemudahan pengangkutan secara percuma kepada pelanggan yang pertama kali menggunakan pekhidmatan Uber. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Uber ke dalam telefon mudah alih anda dan masukkan kod “MOMS4PROJECTS” untuk mendapatkan pengangkutan percuma ke tapak bazar. Mudah bukan?

uber

Ikuti Facebook dan Instagram mereka untuk lebih banyak peluang keemasan!

Previous articleKesakitan Di Bawah Perut Ketika Hamil
Next articlePanduan Menggunakan Cloth Diaper. Mungkin Menyelamatkan Poket Anda!
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here