Panduan Membeli Car Seat

0
13
views

Salah satu keperluan yang penting untuk persediaan  menyambut orang baru ialah car seat. Walaupun di Malaysia belum mewajibkan kita memakai car seat untuk kanak-kanak, tetapi untuk keselamatan apa salahnya.

panduan-lengkap-membelicar-seat

Sebaiknya, car seat harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini untuk persediaan setelah kita dibenarkan pulang dari hospital.

BACA : Tips merancang pembelian barangan bayi. Wajib beli #2 adalah barang penting yang sering diabaikan.

Ada pelbagai jenis car seat yang boleh dipilih. Bagaimanakah cara untuk memilih car seat yang sesuai dengan bayi kita?

Pertama sekali, kita harus tahu bahawa terdapat 3 jenis car seat.

1. Rear Facing Car Seats

Kerusi jenis ini merangkumi 3 jenis car seat iaitu infant car seat, convertible car seat dan all in one seat. Ramai pakar berpendapat car seat jenis ini lebih selamat untuk anak-anak.

Infant Car Seat

Joie Gemm – Car Seat

Car seat jenis ini boleh menampung berat bayi sehingga 13kg mengikut jenama-jenama tertentu. Car seat ini perlu diletakkan menghadap ke belakang, maka car seat ini lebih sesuai digunakan untuk tahun pertama bayi kita. Car seat ini lebih kecil dan mudah diangkat keluar masuk kereta. Dan yang lebih penting, tanpa mengganggu si kecil yang sedang tidur. Tip pengalaman dari saya, mengangkat bayi yang sedang tidur dari kereta masuk ke rumah tanpa gangguan adalah satu kejayaan!

Tetapi penggunaan infant carrier mempunyai had masa. Selalunya kerusi ini hanya sesuai untuk tahun pertama sahaja. Bilakah masanya untuk menukar dari infant carrier kepada car seat? Mudah sahaja jawapannya. Apabila kepala bayi kita telah melebihi paras hujung kerusinya dan beratnya sudah melebihi had yang ditetapkan kerusi tersebut. Apabila anak anda sudah melepasi had ini, kami menasihatkan anda supaya bertukarlah kepada convertible car seat atau all in one car seat.

Convertible car seat

Joei Tilt Ladybug Car Seat

Car seat jenis ini boleh diletakkan menghadap ke belakang atau ke depan. Kebanyakkan car seat jenis ini bersesuaian untuk penggunaan dari bayi sehingga ke umur 4 tahun. Oleh itu, pastikan anda mengetahui had umur kerusi yang ingin anda beli.

Kerusi jenis ini lebih berat dari infant carrier maka, ia tidak mudah untuk dibawa keluar dan masuk dari kereta kita.

Tetapi, car seat ini lebih ekonomi jika dibandingkan dengan infant carrier kerana tempoh penggunaannya adalah lebih lama.

All in One Car Seat

Graco All-in-1 Car Seat
Graco All-in-1 Car Seat

Kerusi jenis ini boleh menghadap ke depan dan ke belakang dan boleh juga bertukar menjadi booster seat jika anak anda sudah sampai pada peringkat umur yang bersesuaian. Oleh kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur, maka penggunaannya adalah lebih lama daripada kedua jenis car seat yang disebut di atas.

2. Forward Facing Car Seat

Kerusi jenis ini juga merangkumi 3 jenis car seat iaitu convertible car seat, all-in-1 car seat dan combination seat.

Convertible car seat dan all-in-1 car seat adalah seperti yang diterangkan di atas.

Combination car seat

Joie Elevate Car Seat
Joie Elevate Car Seat

Kerusi ini pula ialah kerusi peralihan daripada forward facing car seat kepada booster seat. Ia masih mempunyai tali pinggang keselamatan 5 penjuru atau 5 point harness.

3. Booster

Ini pula peringkat akhir kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta.

Secara mudahnya, kerusi ini membantu menaikkan ketinggian anak anda supaya boleh menggunakan tali pinggang keselamatan kereta.

Kerusi jenis ini pula terbahagi kepada 4 jenis iaitu all-in-1 car seat, combination car seat, high back booster car seat dan booster car seat.

All-in-1 dan combination car seat adalah seperti yang diterangkan sebelum ini.

High Back Booster Car Seat

High Back Booster
Britax High Back Booster

Kerusi jenis ini sesuai untuk kenderaan yang tidak mempunyai penyandar di kepala.

Booster Car Seat

halford-booster-car-seat-blue
Halford Booster Car Seat

Ini pula booster car seat yang tidak mempunyai penyandar belakang. Bentuk mudah dan ringan sahaja.

Tip yang berguna untuk kita sebagai panduan membeli car seat.

  1. Kesenangan cara penggunaan. Pilihlah car seat yang mudah untuk kita dan pasangan kita gunakan.
  2. Pilihlah kerusi yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita. Klik di sini untuk menggunakan aplikasi mudah.
  3. Pastikan car seat yang ingin dibeli telah memenuhi piawaian tahap keselamatan seperti piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian United Nations (ECE R44.03 atau R44.04). Pastikan car seat tersebut berlabel E-Mark (European Standard ECE 44) yang tulen.
  4. Pastikan car seat yang dibeli muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila car seat ini berada dalam keadaan baring.
  5. Murah atau mahal kerusi yang dibeli, pastikan anda membaca buku panduan yang disediakan.
  6. Jangan lupa untuk mendaftar car seat yang baru dibeli untuk warranty atau jaminan tambahan.

Terdapat beberapa jenama yang popular di Malaysia iaitu:

1.Sweet Cherry
2.Halford
3.Maxi-Cosi
4.Recaro
5.Graco
6.Britax
7.Joie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here