Panduan Menggunakan Cloth Diaper. Mungkin Menyelamatkan Poket Anda!

0
6
views

Kos menjaga seorang anak pada masa kini semakin meningkat. Tidak salah kita mencari alternatif lain yang membantu mengurangkan beban pada poket kita. Mungkin ramai yang mengeluh bila mendengar ‘Cloth Diaper’ atau CD. Membuang masa katanya. Mahal sangat! Tetapi tidak semestinya kita harus menggunakan CD setiap hari dan setiap masa. Ada ibu-ibu yang hanya menggunakan pada waktu siang sahaja. Ada juga yang menggunakannya ketika hujung minggu sahaja. Satu kebaikan CD, kita tidak perlu membasuhnya setiap hari. Jom kita lihat jadual pengiraan penggunaan CD dan lampin pakai buang. Mana tahu anda mungkin boleh mempertimbangkannya.

Kos menggunakan lampin pakai buang:

Katakan sehari 6 kali kita menukar lampin dan katakan harga sekeping ialah RM0.60

Sehari: RM0.60 X 6 kali = RM3.60
Setahun: RM3.60 X 365 hari = RM1314

Selalunya purata kanak-kanak menggunakan lampin sehingga berumur 3 tahun.

3 tahun: RM1314 X 3 =

Kos belian Cloth Diapers atau CD:

Katakan sehelai berharga RM45.

10 helai : 10 x RM45 = RM 450
20 helai : 20 x RM45 = RM 900

Lebih banyak stok CD anda, lebih tahan lama kerana lambat lusuh kerana kurang proses pembasuhan. Juga jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya kerana saiznya boleh diubah suai dari saiz S, M hingga L.

Bagaimana mahu memulakan?

Jangan risau, anda tidak perlu membeli banyak sekali gus. Cuba dahulu membeli sehelai demi sehelai dan selang selikan dengan pemakaian lampin pakai buang. Cuba dahulu dari pelbagai jenis jenama untuk melihat kesesuaian anda dan anak anda. Mungkin anda boleh mencari lampin percubaan di dalam group preloved di Facebook.

Anatomi CD

i. Bahagian luar daripada polyurethane laminate (PUL) yang tahan lasak dan kalis air
ii. Bahagian dalam adalah kain lembut – microfleece atau suede bg memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
iii. Butang katup / velcro : Untuk kesesuaian size S, M atau L

Apa yang anda perlu ada untuk mula menggunakan CD

1. Wet bag – untuk mengumpul CD yang dah digunakan bila keluar rumah
2. Tong bertutup – untuk kumpul CD yang dah digunakan sebelum dibasuh sekali gus
3. Laundry bag – untuk basuhan mesin
4. Nappy liner (pilihan) – alas dalam lampin yang pakai buang untuk memudahkan pembasuhan
5. Fleece liner – basuh lepas setiap penggunaan kemudian baling dalam tong untuk basuh
6. Sabun baju baby – lebih sesuai untuk memastikan lampin anda tidak mudah rosak

Jenis-jenis:

http://alittledancer.blogspot.my/2013/06/cloth-diapering-according-to-facebook.html
http://alittledancer.blogspot.my/2013/06/cloth-diapering-according-to-facebook.html

Prefolds

http://diaperstoyou.blogspot.my/p/cotton-diapers.html
http://diaperstoyou.blogspot.my/p/cotton-diapers.html

Lampin jenis ini sebenarnya lampin kain yang perlu dilipat. Bagaimanapun anda memerlukan lampin luar supaya tidak basah untuk penggunaan lebih lama. Anda memerlukan pin kerana tidak mempunyai butang katup atau velcro.

Kebaikan:
1. Ekonomi.
2. Senang dibasuh.
3. Cepat kering.

Kekurangan:
1. Memerlukan lampin luar
2. Perlu dilipat dan di pin

Fitted Diaper

http://www.tinytapir.com/category/Fitted---One-Size/c224
http://www.tinytapir.com/category/Fitted—One-Size/c224

Merupakan lampin prefold tetapi mempunyai butang katup atau velcro.

Kebaikan:
1. Ekonomi.
2. Senang dibasuh.
3. Cepat kering.

Kekurangan:
1. Memerlukan lampin luar

Poket CD

http://theinspiredhome.org/cheap-cloth-diaper-inserts-wotb/
http://theinspiredhome.org/cheap-cloth-diaper-inserts-wotb/

Serupa dengan lampin pakai buang kecuali lampin jenis ini mempunya poket di mana anda boleh memasukkan penyerap atau absorebent insert.

Kebaikan:
1. Cara penggunaan mudah dan menyenangkan kerana penggunaan poket mudah difahami
2. Cepat kering
3. Boleh memasukkan 2 keping penyerap untuk kadar penyerapan yang lebih tinggi terutama untuk kegunaan pada sebelah malam

Kekurangan
1. Mengambil masa untuk memasukkan penyerap ke dalam poket

All In One – AIO

http://verybaby.com/sew-a-fleece-pocket-diaper-with-traditional-back-opening/
http://verybaby.com/sew-a-fleece-pocket-diaper-with-traditional-back-opening/

Menyerupai lampin pakai buang kerana tidak perlu membetulkan kain penyerapan sebelum memakai.

Kebaikan:
1. Lampin yang paling mudah digunakan kerana kain penyerapan di jahit terus pada lampin

Kekurangan:
1. Hanya boleh digunakan sekali sebelum perlu dibasuh
2. Tebal
3. Mengambil masa untuk kering

All In Two – AI2 / Hybrid

http://diaperstyle.com/item_363/Best-Bottom-Diapers-Covers.php
http://diaperstyle.com/item_363/Best-Bottom-Diapers-Covers.php

CD AIO tidak mempunyai poket tetapi menggunakan butang katup yang berfungsi memegang kain penyerap di tempatnya.

Kebaikan:
1. Boleh digunakan 2-3 kali jika bahagian luarnya tidak kotor lagi. Hanya perlu menukar kain penyerap sahaja.
2. Lebih nipis daripada AIO

Kekurangan:
1. Mengambil masa yang lebih lama untuk kering
2. Kemungkinan lebih mahal daripada CD jenis lain

Adakah and ingin mencuba? Dimana boleh anda beli? Di sini ada senarainya.

Bamboolite

bamboolite

OneBabyWorld

onebabyworld

LAZADA

Washable Cloth Diapers 6 Pcs + 12 Inserts
Washable Cloth Diapers 6 Pcs + 12 Inserts
Reusable Cloth Diapers
Reusable Cloth Diapers
6 pcs Baby Pocket Cloth Diapers
6 pcs Baby Pocket Cloth Diapers
Adjustable Washable Diaper Red
Adjustable Washable Diaper Red

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here