Peekabox – Galakkan Tabiat Membaca Dengan Sekotak Buku Sebulan

0
6
views

Saya mengenali Peekabox ketika melayari laman web Mycybersale 2016 tidak lama dahulu. Langganan sekotak buku sebulan? Hmm.. Apa salahnya mencuba kan?

img_20161031_155852

Setelah membaca laman promosinya, saya terus teruja. Bayangkan buku-buku yang berharga RM200 lebih tetapi saya hanya perlu membayar RM39.90 (ketika ini Peekabox menawarkan harga promosi untuk bulan pertama bersempena Mycybersale 2016). Apa lagi, saya terus melanggan.

Peekabox-1

Inilah kotak pertama yang saya terima dari Peekabox. Wah! Anak saya yang berumur 3 tahun sangat bersemangat dan teruja melihat isi kotak. Saya juga tidak menyangka buku-buku yang diterima sungguh berkualiti. Jika diluar buku-buku ini berharga RM20 dan ke atas dan terdapat 6 buah kesemuanya. Memang berbaloi-baloi.

Buku-buku yang di terima dari Peekabox
Buku-buku yang di terima dari Peekabox

Menarik bukan? Tak sabar menanti bulan seterusnya.

Bagaimana untuk melanggan Peekabox?

1. Pegi ke laman web Peekabox

2.Pilih julat umur yang bersesuaian dengan anak anda. Julat umur yang ada ialah 2-5 tahun, 5-8 tahun dan 8-12 tahun

3. Pilih cara pembayaran, sama ada bulanan, 6 bulan atau tahunan menggunakan kad kredit melalui laman PayPal

4. Relaks dan tunggu ketibaan buku-buku anda.

Apa lagi yang perlu anda ketahui?

Penghantaran adalah percuma dan biasanya akan dihantar pada 5 haribulan. Anda juga boleh menghantarnya sebagai hadiah. Anda juga tidak perlu risau, langganan boleh ditamatkan pada bila-bila masa di laman web PayPal itu sendiri jika anda tidak berpuas hati dengan buku yang di terima.

Saya berharap agar pihak Peekabox akan menimbangkan buku Bahasa Malaysia satu hari nanti.

Bantal testimoni-testimoni yang positif dari ibu bapa yang telah melanggan servis ini. Anda boleh membacanya di laman Facebook mereka di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, berikut adalah cara menghubungi mereka.

Nombor telefon : +6018 3266 238

Emel :[email protected]

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here