Pendarahan Ringan Ketika Trimester Pertama. Perlukah Anda Risau?

0
156
views

Ketika saya ingin membuang air kecil, saya mendapati terdapat tompokan darah di seluar dalam saya. Saya sedang hamil dan masih dalam trimester pertama. Perlukah saya risau?

Tidak semestinya. Satu per empat wanita hamil akan mengalami pendarahan ketika trimester pertama. Adalah normal untuk anda berasa bimbang. Tetapi jika ini berlaku pastikan anda tidak terlalu panik dan tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang.

Kenapakah berlakunya pendarahan tersebut?

Jika pendarahan berlaku selepas seminggu dua dari tarikh persenyawaan berlaku, ia mungkin di sebabkan oleh implantasi telur. Implantasi bermaksud pelekatan telur yang telah disenyawakan di dinding uterus.
Selain daripada itu, ia juga mungkin berlaku pada tarikh anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan penebusan. Tetapi darah yang keluar hanyalah sedikit dan mungkin berlaku berulang kali.
Pendarahan juga boleh berlaku selepas anda dan suami anda ‘bersama’. Ini kerana pada awal kehamilan serviks anda mungkin dalam keadaan sensitif disebakan oleh hormon kehamilan,
Jangkitan serviks dan faraj juga boleh mengakibatkan pendarahan kecil.

Adakah saya harus berjumpa doktor?

Walaupun anda tidak perlu risau akan pendarahan ringan ini, namun anda harus berjumpa atau bertanya dengan doktor anda. Ini kerana hanya doktor anda yang memahami keadaan anda. Tambahan pula tidak rugi untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan anda dan kandungan anda.

Apakah punca pendarahan yang lebih serius?

Punca-punca pendarahan yang lebih serius ialah kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy), keguguran (miscarriage) dan kehamilan molar (molar pregnancy).

Walau apa pun puncanya. Pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan berfikiran positif. Stress yang melampau hanya akan mempengaruhi keselamatan kandungan anda.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here