Pengenalan – 7 Persoalan Wajib Sebelum Anda Membeli Breast Pump

0
5
views

Apa itu breast pump?

Breast pump ialah pam yang digunakan untuk memerah susu supaya anda boleh membuat simpanan susu untuk anak anda.

Selain daripada itu ia juga digunakan untuk:
1. Stimulasi pengeluaran susu
2. Mengurangkan bengkak susu
3. Membantu penyusuan jika mempunyai anak kembar atau pramatang
4. Membuat stok simpanan susu apabila si ibu mula bekerja

Breast pump didatangkan dalam dalam beberapa jenis. Iaitu manual dan elektrik.

Breast pump elektrik terbahagi kepada 1 corong pam dan 2 corong pam. Pam elektrik sesuai untuk kegunaan yang kerap, lebih efisyen tetapi selalunya mempunyai banyak bahagian, berat dan berbunyi bising.

Breast pump manual hanya mempunyai 1 corong pam dimana anda harus menggunakan tangan untuk pengepam. Oleh itu, ia sesuai digunakan sebagai pengganti jika anda terpaksa memerah atau melakukan stimulasi sebelum sampai di rumah atau sebagainya. Ianya lebih murah, ringan dan tidak mengeluarkan bunyi.

Berapa kerapkah anda akan menggunakan breast pump?

Penggunaan sekali sekala

Pam manual disarankan untuk kegunaan sekali sekala atau dalam jangka masa sekejap. Ini kerana anda memerlukan kekuatan tangan untuk pergerakan berulang-ulang untuk mengepam susu. Caranya anda perlu tekapkan pam pada dada dan genggam pemegangnya dan lepaskan. Ia akan menyebabkan daya sedutan yang akan berakhir dalam beberapa minit. Anda perlu mengulanginya beberapa kali sehingga susu habis.

Ada ibu-ibu yang mengatakan pam jenis ini juga tidak begitu efisyen untuk merangsang pengeluaran susu dan mengosongkan payu dara. Ini boleh menyebabkan produksi susu menurun.

Tetapi ada juga yang menyukai pam manual kerana ia mudah untuk dibawa kemana-mana kerana ia amat ringan dan kecil maka ia boleh dimasukkan ke dalam tas tangan sahaja. Ada juga yang merasakan daya sedutannya lebih lembut berbanding pam elektrik yang mungkin lebih kuat.

Bagaimanapun jika anda perlu mengurangkan kebengkakan susu atau anda perlu membuat perahan secara berkala tetapi anda berada di luar. Ini adalah opsyen yang bagus kerana ianya ringan dan mudah dibawa kemana-mana.

Penggunaan kerap

Ibu-ibu yang bekerja selalunya lebih menyukai pam elektrik. Ini kerana pam ini boleh mengeoam kedua-dua belah dada anda sekali gus. Pam elektrik juga mempunyai pelarasan daya sedutan yang pelbagai. Daya sedutan yang rendah digunakan untuk meransang pengeluaran dan daya sedutan yang tinggi adalah untuk pengeluaran yang lebih efektif.

Namun ini tidak bermakna susu akan keluar lebih banyak.

Secara amnya pam jenis eletrik didatangkan dengan aksesori-aksesori yang lain seperti botol susu, alat ganti, penutup botol, beg dan sebagainya.

Ia biasanya didatangkan dengan bateri atau plak atau kedua-duanya sekali. Selain dari itu ianya juga lebih tahan lasak.

Ibu yang mengalami masalah penyusuan

Pam gred hospital membolehkan anda mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Teknik yang digunakan dikatakan sama dengan cara seorang bayi menghisap. Oleh itu ianya lebih efektif. Harganya juga lebih mahal dan selalunya lebih besar dan berat.

Dimanakah anda akan mengepam susu?

Pam elektrik mengeluarkan bunyi. Walaupun ada jenis-jenis breast pump yang dikatakan senyap, tetapi ia masih mengeluarkan sedikit bunyi. Pam elektrik juga (tidak semua) memerlukan soket untuk tenaga. Selain dari itu, pam jenis ini mempunyai banyak bahagian, tidak kompak walaupun ia diiklankan boleh di bawa ke mana-mana.

Ada sesetengah ibu yang lebih suka menggunakan pam manual kerana pam ini lebih ringan dan boleh dimasukkan ke dalam beg tangan sahaja.

Jika anda mahu mengepam susu ketika anak anda menyusu badan, anda boleh menggunakan pam manual yang senyap supaya tiada gangguan.

Apakah jenis botol susu yang anda gunakan?

Susu yang dipam terus memasuki botol susu dan terus disimpan mengurangkan kontaminasi dan ini juga bermaksud kurang peralatan yang perlu dicuci.

Oleh itu, jika anda berhasrat untuk berbuat demikian anda perlu membuat sedikit ‘homework’ terlebih dahulu.

Adakah pam itu bebas BPA?

Pada masa ini kesemua pengeluar breast pump berusaha mengeluarkan pam yang bebas BPA. Ini adalah kerana setiap bahagian yang dilalui oleh susu yang dipam harus menjalani proses sterilization. Apabila pam yang digunakan bebas BPA maka tiada partikel yang merbahaya terbebas ke dalam susu yang dipam.

Bagaimanakah cara pembersihan?

Pam manual selalunya lebih mudah untuk dibersihkan kerana hanya mempunyai beberapa bahagian sahaja. Selain itu, botol menyimpan susu juga perlu disteril sebelum digunakan untuk mengelakkan kontaminasi.

Bacalah manual untuk mengetahui bahagian-bahagian yang boleh disteril dan dibasuh. Ini kerana setiap pam mempunyai kaedah cucian yang spesifik.

Letakkan bahagian-bahagian berserta botol yang telah dicuci di rak pengeringan sebelum disteril untuk kegunaan yang seterusnya. Seeloknya jangan dilap dengan kain kerana ini boleh kontaminasi.

Seterusnya bagaimanakah anda perlu mula?

Anda boleh mendapatkan informasi di kedai-kedai yang menjual breastpump. Terdapat banyak review yang dibuat oleh ibu-ibu blogger. Kami juga mempunyai beberapa artikel yang berkaitan untk memudahkan anda membuat keputusan seperti berikut:

6 Breast Pump Terbaik Mengikut Keperluan Setiap Ibu. #2 Paling Berbaloi!

3 Breast Pump Manual Terbaik. #3 Yang Paling Unik!

Mungkin anda juga mahu melawat kedai-kedai atas talian yang menawarkan pakej-pakej breastpump yang menarik:

Senarai Kedai Barangan Bayi Atas Talian

Previous article23 Resepi Berpantang Yang Mudah, Ringkas dan Sedap. 2 hingga 5 Bahan Sahaja!
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here