Perkembangan bayi anda setiap bulan dalam masa setahun. Sungguh mengujakan!

0
185
views

Anak adalah anugerah ilahi yang tidak ternilai. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memantau perkembangan mental dan fizikal anak kita.

Namun begitu, ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri.

“If your baby reaches one milestone sooner, she may reach another one later, because she’s so busy perfecting the other skill,” says Jennifer Shu, MD, pediatrician and co-author of Heading Home with Your Newborn.
BACA: 12 Aktiviti Untuk Merangsang Perkembangan Deria Bayi Anda. #7 Paling Menarik.

Sebagai contoh, ada sesetengah bayi mula bercakap ketika berumur 8 bulan dan ada juga sesetengah yang hanya mula bercakap ketika berumur setahun.

Berikut adalah hanya sebagai panduan kepada para ibu bapa. Selalulah merujuk kepada doktor jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.

1 bulan

Dalam bulan pertama, otot-ototnya mula kuat. Bayi anda sedang menyesuaikan dirinya dengan keadaan di luar rahim.

  1. Mula mengangkat kepala dan dada seketika ketika meniarap,
  2. Boleh menoleh dari sisi ke sisi.
  3. Matanya boleh mengesan benda yang bergerak.
  4. Belajar menenangkan diri mereka dengan menghisap sesuatu. Sekiranya tiada puting maka mereka akan menghisap ibu jari mereka.

 

2 bulan

  1. Boleh mencari arah datang bunyi.
  2. Senyum dan membalas senyuman.
  3. Boleh menyambar objek.
  4. Sudah mula mengawal pergerakannya dengan baik.

 

3 bulan

Dalam bulan ketiga, anda akan mendapati bayi anda sudah boleh mengangkat kepalanya selama beberapa minit.

  1. Pola tidur yang lebih terkawal. Kebiasaannya pada ketika ini anak anda tidak lagi menyusu pada waktu malam. Walaupun sekali sekala mungkin mereka akan terbangun juga.
  2. Jelas mengenali ibu dan ayah nya.
  3. Mula berinteraksi dan memberi respon kepada orang lain
  4. Memandang ke arah datangnya bunyi

Senarai permainan yang sesuai untuk bayi 0-3 bulan

4 bulan

Pada usia ini, anak anda sudah mula responsif kepada benda baru. Sekarang, pada waktu malam, perhatiannya mula beralih kepada objek-objek.

  1. Mula memasukkan objek ke dalam mulut.
  2. Memegang objek dengan kedua belah tangan.
  3. Boleh berpusing dari terlungkup kepada terlentang.
  4. Ketawa.
  5. Boleh bermain sendiri. Selalunya dengan kaki dan tangan sendiri.
  6. Mengeluarkan bunyi konsonan seperti ma-ma atau da-da
  7. Boleh membezakan warna dengan lebih jelas
  8. Mula mengenali orang. Mungkin akan berasa tidak selesa apabila dikerumuni orang yang tidak dikenali.
  9. Duduk dengan sokongan.

 

5 bulan

  1. Mula menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan gigi.
  2. Cuba menggigit jari kaki ketika berbaring.
  3. Duduk dengan sendiri.
  4. Mula berminat dengan makanan dengan cara menjelir lidah apabila melihat anda atau orang lain sedang makan.
  5. Menangis apabila barang mainan kesukaannya diambil.
  6. Bayi anda akan menambah bunyi-bunyi baru dalam percakapannya.

 

6 bulan

  1. Kemahiran menggunakan tangan meningkat. Bayi anda sudah pandai menarik objek ke arahnya. Ia juga sudah pandai memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain.
  2. Belajar bergolek ke semua arah.
  3. Menoleh ke kiri dan kanan serta memandang ke atas dan ke bawah.
  4. Bayi anda suka membebel. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan dan mengagah.

Senarai permainan yang sesuai untuk bayi 3-6 bulan

7 bulan

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong berat badannya dengan kaki.

  1. Duduk tanpa sokongan.
  2. Melompat apabila dipegang berdiri.
  3. Memukul objek ke atas permukaan.
  4. Memperlihatkan perasaan kurang senang apabila berjauhan dengan anda.
  5. Bercakap apabila orang disekelilingnya bercakap.

 

8 bulan

Sekarang kemungkinan bayi anda sudah mampu duduk sendiri dengan baik dan mungkin sudah merangkak atau menyeret punggung ke sana sini. Dia juga mungkin sudah mampu melonjakan badan dan memegang sesuatu untuk berdiri.

  1. Sudah boleh memegang objek-objek kecil.
  2. Mula meniru emosi orang lain dan mula menunjukkan empati. Sebagai contoh, apabila melihat seorang bayi menangis, kemunginan dia akan menangis bersama.
  3. Menjatuh, memungut, membaling dan mengunyah objek yang dijumpainya.
  4. Tidak suka menukar lampin atau memakai baju.
  5. Penglihatannya semakin baik. Oleh itu, dia mula mengenali orang-orang disekelilingnya.

 

9 bulan

  1. Duduk dengan lebih lama.
  2. Menggunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengutip objek.
  3. Berjalan dengan memegang sesuatu seperti sofa rumah anda.
  4. Mula memahami bahasa. Kemungkinan bayi anda sudah memahami perkataan tidak.

 

10 bulan

  1. Memanggil ‘papa’ atau ‘mama’ kepada ibu dan bapanya.
  2. Melambai.
  3. Mula memahami banyak frasa bahasa.
  4. Mula bersosial dengan memberikan senyuman kepada orang lain atau menjadi penyegan atau menyorokkan muka apabila menjumpai orang yang tidak dikenalinya.
  5. Mungkin akan berasa takut dengan benda-benda yang tidak dikenalinya seperti telefon atau loceng.

 

11 bulan

  1. Seronok melihat buku yang berimej.
  2. Mencapai barang dalam keadaan duduk.
  3. Memasukkan objek ke dalam bekas.
  4. Mencapai barang di tempat sempit.
  5. Mengeluarkan bunyi-bunyi yang mirip dengan perkataan.

 

12 bulan

  1. Duduk dari keadaan berdiri dengan sendiri.
  2. Berdiri dengan hanya memegang sebelah tangan.
  3. Mula menghubungkait objek dengan nama objek tersebut.
  4. Menunjukkan kasih sayang.
  5. Memahami arahan yang mudah.
  6. Menggelengkan kepala bagi menunjukkan ‘tidak’.

 

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here