Perkongsian Menarik Dari Ibu Yang Menguruskan 2 Perniagaan Dalam Satu Masa

0
6
views

Sudah lama segmen ‘Ibu Inspirasi’ tidak keluar dengan artikel baru. Kali ini lovebaby.my memaparkan tentang seorang wanita yang mengusahakan 2 perniagaan dan dalam pada masa yang sama menjadi ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 5 tahun, 2 tahun dan 3 bulan. Bijak mengambil peluang bagi menyelitkan aktiviti-aktiviti untuk berinteraksi bersama keluarga adalah rahsia Hanani Arshad membahagikan masa antara anak-anak, suami dan kerjaya.

BACA: Keluarga Didahulukan! Cara Seorang Analyst Programmer Membahagikan Masa Antara Kerjaya Dan Keluarga

Semoga perkongsian kali ini memberi inspirasi dan motivasi kepada ibu-ibu diluar sana untuk lebih bersemangat menjadi ibu yang berjaya.

Mari kita baca hasil temubual yang menarik ini.
ibu-inspirasi-hanani

1. Ceritakan tentang keluarga anda.
Berkahwin pada Mac 2009 dan dikurniakan 3 orang anak. Anak pertama berumur 5 tahun, anak kedua 2 tahun, anak ketiga 3 bulan.

2. Apakah perkara paling penting yang anda belajar setelah menjadi ibu?
Pengurusan masa serta ilmu keibu-bapaan

3. Terangkan tentang bisnes anda?
Membesar dengan bisnes milik keluarga dan masih mengendalikan perniagaan mereka dalam bidang automotif.
Di samping itu saya telah membuka perniagaan sendiri (syarikat sendirian berhad) bersama suami pada tahun 2015 dalam bidang “food & beverages”. Cawangan The Curve adalah cawangan pertama dibawah syarikat kami.

4. Bagaimana anda menjaga anak anda ketika anda bekerja?
Anak pertama & kedua berada dalam jagaan sendiri, mereka sering dibawa keluar bekerja. Selepas melahirkan anak kedua, saya memilih untuk bekerja dari rumah dengan menjadi sukarelawan (marketing) untuk Akademi Al Quran untuk wanita secara online. Sekiranya ada tugasan penting di luar, anak2 akan dijaga suami atau dihantar di rumah ahli keluarga terdekat. Sejak mendapat anak ketiga, kesemua mereka dijaga oleh pembantu rumah untuk keselesaan mereka bermain, berehat dan makan minum yang lebih terjaga.

5. Bagaimana anda meluangkan masa dengan anak anda?
Berinteraksi dengan menurut serta dalam aktiviti harian seperti permainan building blocks, melukis dan mewarna, buku cerita dan makan dan tidur bersama. Melalui aktiviti mudah seperti ini banyak interaksi dua hala berlaku, mengalakkan mereka bercerita dan berimaginasi, dan merapatkan ikatan kekeluargaan terutamanya pada waktu makan dan tidur. Anak anak sangat menghargai kehadiran ibu bapa pada waktu makan dan waktu tidur dimana disitu mereka akan secara automatik mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayang dalam keluarga.

6. Apakah rutin penjagaan diri anda?
Kebersihan diri, penjagaan kulit muka yang ringkas (wash, tone, moisturise), quick daily workout (stretching)

7. Apakah stail anda ketika keluar rumah?
Menitikberatkan keselesaan dan pemakaian ringkas untuk menjimatkan masa. Pakaian yang mesra solat dipilih untuk mudah solat dan bekerja semasa diluar rumah. Solekan asas dan ringkas untuk acara formal tapi lebih cenderung untuk tidak bersolek. Cukup sekadar moisturiser, sunblock & lip balm.

8. Bagaimana anda dan suami meluangkan masa bersama?
Sangat menitikberatkan waktu makan untuk sentiasa makan bersama bagi mendapat masa berkualiti. Dan kerana kami bekerja sekali, banyak masa kami terluang bersama kerana kerja tetapi sering diselitkan dengan aktiviti kegemaran kami iaitu MAKAN untuk merehatkan minda. Kadang kala dalam kesibukan bekerja kami akan ambil peluang menonton wayang. Secara rutin, kami banyak meluangkan masa dengan berbual di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke mana2 destinasi.

9. Adakah anda memasak untuk keluarga jika ya bagaimana anda mencari masa?
Ya saya sering memasak untuk keluarga sebelum ini tetapi sejak mendapat anak ketiga dan menguruskan perniagaan baru, waktu memasak lebih terhad. Oleh kerana kami amat sukakan makanan dari rumah, masakan ringkas dan sihat dipilih dalam menu keluarga. Pembantu rumah saya juga turut sama memasak kerana memikirkan kualiti dan kebersihan makanan di rumah lebih baik dari restoran di luar.

10. Bagaimanakah anda menguruskan hal di rumah?
Agak sukar untuk menguruskan rumah kerana anak2 sangat aktif “mengemas” namun pembantu rumah banyak telah membantu menguruskan hal mengemas dan membasuh baju terutamanya waktu awal pagi semasa anak anak masih tidur dan waktu saya di rumah mengambil alih tugas menjaga anak anak. Kebersihan rumah sangat saya titikberatkan.

11. Adakah anda mempunyai hobi?
Ya (pada suatu masa dulu). Tiada hobi yang khusus sejak bergelar ibu kerana banyak masa diluangkan untuk keluarga, namun saya masih mengekalkan hobi gardening dalam skala kecil.

12. Nasihat dan tip anda kepada ibu-ibu yang mahu bekerja dan yang baru sahaja menjadi ibu?
Tiada jalan yang mudah untuk menjadi ibu dan bekerja dalam masa sama, dan tiada seorang ibu pun yang sempurna. Dengan itu, teruskan usaha mencari kesempurnaan dalam membina keluarga yang bahagia dengan mencuba resepi resepi baru dalam memupuk warna warni dalam kehidupan rumahtangga dan dalam membesarkan anak anak. Kurangkan masa mengeluh dan terus pandang ke depan, kekurangan hari ini akan menjadi kelebihan hari esok. Berikan perhatian lebih pada suami dan anak anak dari kerjaya dengan mencari masa yang berkualiti walaupun hanya sekejap. Komunikasi adalah kunci kebahagiaan, sekiranya rasa sedih atau terluka, luahkan dengan berhemah. Tiada apa yang lebih baik dari komunikasi yang sempurna, dengan pencipta, dengan pasangan dan dengan anak anak.

Hanani Arshad – ibu kepada 3 superhero dan pemilik kafe PCLO Cafe The Curve.

Lawati Facebook page dan Instagram PCLO Cafe untuk maklumat lanjut
https://www.facebook.com/piccolocafemalaysia/
https://www.instagram.com/pclo_cafe/

Previous article22 Nasihat Seorang Ayah Kepada Anak-anaknya
Next article12 Mainan DIY Untuk Anak Anda. Hobi Yang Menyeronokkan!
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here