Program Untuk Membantu Ibu-ibu Kembali Bekerja Anjuran Kerajaan

0
150
views

Sebagai seorang ibu saya juga memahami keperluan untuk sentiasa memantau anak-anak kita. Pada zaman sekarang, sana sini kita dengar kecuaian penjaga yang kita letakkan kepercayaan untuk menjaga anak-anak kita. Ramai di antara kawan-kawan saya yang berhenti kerja kerana risau dan tidak percaya untuk meninggalkan anak kepada penjaga. Tambahan lagi jika anak tersebut memerlukan penjagaan yang istimewa.

Di sini lovebaby ingin kongsikan satu program yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para ibu untuk kembali bekerja dengan menyediakan insentif-insentif yang baik bagi memudahkan ibu-ibu bekerja dan seterusnya membantu menambah pendapatan isi rumah.

Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah mewujudkan satu portal yang menyenaraikan peluang-peluang pekerjaan yang sesuai untuk para ibu yang berkenaan.

BACA: 10 Perkara Yang Tidak Pernah Diberitahu Apabila Menjadi Ibu

Antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan bersama peluang pekerjaan adalah:

  1. Waktu bekerja yang fleksibel
  2. Kemudahan pusat jagaan kanak-kanak
  3. Cuti bersalin yang lebih lama

Selain itu program ini juga menawarkan kelas-kelas yang berkaitan untuk menyediakan ilmu yang mencukupi bagi bidang yang berkaitan. Antara bidang-bidang yang ditawarkan dalam program ini adalah:

  1. Pendidikan
  2. Akaun
  3. Teknologi maklumat
  4. Kejuruteraan
  5. Korporat
  6. Kraftangan
  7. Marketing
  8. Perubatan

Anda boleh cuba menjawab soalan quiz yang di sediakan bagi mengetahui sama ada anda bersedia atau tidak untuk kembali bekerja.

relaunch-readiness

Walaubagaimanapun program ini masih baru, senarai pekerjaan tidaklah begitu panjang. Tetapi anda boleh menghantar resume anda terlebih dahulu jika tiada pekerjaan yang sesuai untuk anda.

steps-returnees

 

Jadi inilah peluang kepada ibu-ibu untuk kembali bekerja. Untuk maklumat penuh, sila lawati http://flexworklife.my/

 

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here