5 Resepi Mudah Berasaskan Roti Untuk 1 Tahun ke Atas. Saya sukakan yang #2

0
32
views

Kadang kala ada masa kita kekeringan idea untuk membuat makanan untuk si manja. Mungkin sebab hari-hari memerah otak untuk menjadi kreatif untuk  menyediakan makanan yang menarik. Yang paling mengharukan bila si kecil langsung tidak mahu menjamah makanan yang kita buat bersusah payah.

Di sini lovebaby ingin berkongsi resepi yang menggunakan roti. Mudah dan cepat disediakan tetapi masih berkhasiat. Perlu diingatkan roti hanya boleh di makan oleh bayi yang berumur 9 bulan ke atas dan tidak alergik dengan gandum.

Resepi-resepi ini sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun ke atas dan sudah mempunyai gigi untuk mengigit.

Jom kita cuba!

BACA: 8 Peralatan Makanan Bayi Yang Mesti Ada. #1 Paling Memudahkan Kerja.

1. Sandwhich Sushi Roll

sandwhich-sushi-roll

Bahan-bahan

  • Roti yang telah dipotong tepinya
  • Mentega kacang tanpa gula dan pengawet

Cara-cara adalah seperti dalam gambar di atas.

http://glorysmischief.com/archives/5208

2. Roti Bakar Pisang

roti-toast-banana

Bahan-bahan

  • 1 pisang masak
  • 1/4 cawan susu ibu atau susu formula
  • Secubit serbuk kayu manis
  • Roti gandum penuh dipotong kecil

Cara-cara

  1. Lecek pisang sehingga hancur.
  2. Masukkan susu dan serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
  3. Celupkan roti ke dalam adunan tadi.
  4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali yang leper dan masukkan roti tadi.
  5. Pastikan kedua-dua belah roti tersebut di masak sehingga keemasan.

http://www.homemade-baby-food-recipes.com/baby-led-weaning-recipes.html

3. Jejari Roti Pisang

tolled_banana_finger_lrg

Bahan-bahan

  • 2 keping roti
  • ½ sudu kecil butter
  • 1 biji pisang
  • 1 biji telur dipukul
  • 30 gm cerelac / bijirin (cereal) yang telah di hancurkan *tidak wajib
  • 2 sudu kecil minyak masak

Cara-cara

  1. Buang tepi roti terlebih dahulu dan sapukan butter ke atas roti tersebut.
  2. Gulungkan pisang di dalam roti dan sejukkan selama 10 minit.
  3. Celupkan pisang yang telah digulung tadi ke dalam telur.
  4. Kemudian salutkan dengan cerelac atau bijirin hancur.
  5. Goreng didalam kuali sehingga semua bahagian masak.

http://www.nestlejuniorclub.com.my/ms/feeding-my-baby/recipes-for-baby/rolled-banana-finger

4. Jejari Sandwhich Cheese

(null)
Bahan-bahan

  • 2 keping roti yang telah dibuang tepinya
  • Cream Cheese

Cara-cara

  1. Bakar roti terlebih dahulu sehingga agak keperangan
  2. Sapukan cheese di atas salah satu roti dan tangkup di atas roti yang satu lagi
  3. Potong memanjang seperti jejari agar mudah untuk dipegang

5. Jejari Roti Epal Gulung

roti-bakar-applesauce-cantum

Bahan-bahan

  • Roti yang dibuang tepinya
  • Puri epal (atau anda boleh menggunakan puri jenis ini)
  • Serbuk kayu manis

Cara-cara

  1. Gelekkan roti dengan penggelek sehingga nipis
  2. Sapukan puri epal
  3. Taburkan sedikit serbuk kayu manis
  4. Gulung roti tersebut
  5. Bakar di dalam microwave selama 30 saat dalam (pastikan anda meletakkan sebekas air di dalam microwave kerana jika tidak microwave anda akan berasap!)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here